KITAB SIRRUL ASSRAR
( Syeikh Abdul Qadir Jailani 1/ 27 )
1: UCAPAN UNTUK PARA PEMBACA
(Petikan surat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani)
Sahabat-sahabatku yang dikasihi. Hati kamu adalah seumpama cermin
yang berkilat. Kamu mesti membersihkannya daripada debu dan
kekotoran yang menutupinya. Cermin hati kamu itu telah ditakdirkan
untuk memancarkan cahaya rahsia-rahsia Ilahi.
Bila cahaya dari “ Allah adalah cahaya bagi semua langit dan bumi… ”
mula menyinari ruang hati kamu, lampu hati kamu akan menyala.
Lampu hati itu “berada di dalam kaca, kaca itu sifatnya seumpama bintang
berkilau-kilauan terang benderang…” Kemudian kepada hati itu anak
panah penemuan-penemuan suci akan hinggap. Anak panah kilat akan
mengeluarkan daripada awan petir maksud “bukan dari timur atau
barat, dinyalakan dari pohon zaitun yang diberkati…” dan
memancarkan cahaya ke atas pokok penemuan, sangat tulen, sangat lutsinar
sehingga ia “memancarkan cahaya walaupun tidak disentuh oleh api”.
Kemudian lampu makrifat (hikmah kebijaksanaan) akan menyala
sendiri. Mana mungkin ia tidak menyala sedangkan cahaya rahsia
Allah menyinarinya?
Sekiranya cahaya rahasia Ilahi bersinar ke atasnya, langit malam kepada rahsia-rahsia akan menjadi terang oleh ribuan bintang-bintang “…dan berpandukan bintang-bintang (kamu) temui jalan (kamu)…” . Bukanlah bintang yang memandu kita tetapi cahaya Ilahi. Lantaran Allah “…menghiaskan langit rendah dengan keindahan bintang-bintang”. Sekiranya lampu rahsia-rahsia Ilahi dinyalakan di dalam diri batin kamu yang lain akan datang secara sekaligus atau beransur-ansur.

Sebahagiannya kamu telah ketahui sebahagian yang lain
akan kami beritahu di sini. Baca, dengar, cuba fahamkan. Langit
ketidaksedaran (kelalaian) yang gelap akan dinyalakan oleh
kehadiran Ilahi dan kedamaian serta keindahan bulan purnama yang
akan naik dari ufuk langit memancarkan “cahaya di atas cahaya”
berterusan meninggi di langit, melepasi peringkat yang ditentukan
sebagaimana yang Allah telah tentukan bagi kerajaan-Nya, sehingga
ia bersinar penuh kemuliaan di tengah-tengah langit, menghambat
kegelapan kelalaian. “(Aku bersumpah) demi malam apabila ia senyap
sepi…dengan cuaca pagi yang cemerlang…” malam ketidaksedaran kamu
akan melihat terangnya hari siang.
Kemudian kamu akan menghirup air
wangi kenangan dan “bertaubat di awal pagi” terhadap
ketidaksedaran (kelalaian) dan menyesali umur kamu yang dihabiskan
di dalam lena. Kamu akan mendengar nyanyian burung bulbul di pagi
hari dan kamu akan mendengarnya berkata:
Mereka tidur sedikit sahaja di malam hari dan pada awal pagi mereka memohon keampunan Allah Allah bimbangkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki.
Kemudian kamu akan melihat di ufuk langit peraturan Ilahi akan matahari ilmu batin mula terbit. Ia adalah matahari kamu sendiri, Lantaran kamu adalah “yang Allah beri petunjuk” dan kamu “berada pada jalan yang benar” dan bukan “mereka yang Dia tinggalkan di dalam kesesatan”. Dan kamu akan memahami rahsia:
Tidak diizinkan matahari mengejar bulan dan tidak pula malam mendahului siang. Tiap sesuatu berjalan pada landasan (masing-masing).

Akhirnya ikatan akan terurai selaras dengan “perumpamaan yang Allah
adakan untuk insan dan Allah mengetahui tiap sesuatu”, dan
tabir-tabir akan terangkat dan kulit akan pecah, mendedahkan yang
seni di bawah pada yang kasar. Kebenaran akan membuka tutupan
mukanya.
Semua ini akan bermula bila cermin hati kamu dipersucikan. Cahaya rahsia-rahsia Ilahi akan memancar Padanya jika kamu berhajat dan bermohon kepada-Nya, daripada-Nya, dengan-Nya.
2: PENGENALAN
Segala puji dan puja untuk Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Dia yang mengumpul segala pengetahuan di dalam Zat-Nya dan Dia jualah Pencipta segala pengetahuan dengan keabadian. Segala kewujudan bersumberkan Wujud-Nya. Segala puji bagi Allah lantaran Dia menghantarkan Quran yang mulia yang mengandungi di dalamnya sebab-sebab ia diturunkan iaitu untuk memperingatkan manusia tentang Allah. Dihantarkan-Nya kepada pembimbing yang memandu manusia pada jalan yang benar dengan yang paling Perkasa di antara agama-agama.

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w
yang tidak diajar oleh makhluk tetapi diajar oleh-Nya sendiri.
Baginda s.a.w adalah nabi-Nya yang terakhir, penyambung terakhir
pada rantaian kenabian yang diutus kepada dunia yang sedang
hanyut di dalam huru hara, yang paling mulia di kalangan
nabi-nabi-Nya, dimuliakan dengan kitab suci yang paling suci dan
paling mulia. Keturunan baginda s.a.w adalah pembimbing bagi orang-orang
yang mencari. Sahabat-sahabat baginda s.a.w adalah pilihan dari
kalangan orang yang baik-baik dan murah hati. Semoga
kesejahteraan dan keberkatan yang melimpah-limpah dikurniakan
kepada ruh-ruh mereka.
Tentu sekali yang paling berharga di antara yang berharga, paling
tinggi, permata yang tidak ternilai, barang perniagaan yang paling
menguntungkan manusia, adalah ilmu pengetahuan. Hanya dengan hikmah
kebijaksanaan kita boleh mencapai keesaan Allah, Tuhan sekalian
alam. Hanya dengan hikmah kebijaksanaan kita boleh mengikuti
rasul-rasul-Nya dan nabi-nabi-Nya. Orang yang berpengetahuan, yang
bijaksana, adalah hamba-hamba Allah yang tulen yang Dia pilih untuk
menerima perutusan Ilahi. Dia lebihkan mereka daripada yang lain
semata-mata dengan kebaikan rahmat-Nya yang Dia curahkan kepada
mereka. Mereka adalah pewaris nabi-nabi, pembantu-pembantu mereka,
yang dipilih oleh rasul-rasul-Nya untuk menjadi khalifah kepada
sekalian manusia. Mereka berhubungan dengan nabi-nabi dengan
perasaan yang amat seni dan kebijaksanaan yang sangat tinggi.
Allah Yang Maha Tinggi memuji orang-orang yang memiliki hikmah kebijaksanaan:
“Kemudian Kami wariskan Kitab itu kepada mereka yang Kami pilih daripada hamba-hamba Kami, tetapi sebahagian daripada mereka menganiayai diri mereka sendiri, dan sebahagian daripada mereka cermat, dan sebahagian daripada mereka ke hadapan dalam kebajikan-kebajikan dengan izin Allah, yang demikian adalah kurniaan yang besar”. ( Surah Fatir, ayat 32).
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Pemegang hikmah kebijaksanaan adalah pewaris nabi-nabi. Penduduk langit mengasihi mereka dan di atas muka bumi ini ikan-ikan di laut bertasbih untuk mereka hingga kepada hari kiamat”.
Dalam ayat lain Allah Yang Maha Tinggi berfirman:
“Tidak takut kepada Allah daripada hamba-hamba-Nya melainkan orang-orang yang berilmu Pengetahuan” (Surah Fatir, ayat 28).
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Pada hari pembalasan, Allah akan mengumpulkan sekalian manusia, kemudian mengasingkan yang berilmu di antara mereka dan berkata kepada mereka: ‘Wahai orang-orang yang berilmu. Aku kurniakan kepada kamu ilmu-Ku kerana Aku mengenali kamu. Tidak aku kurniakan hikmah kebijaksanaan kepada kamu untuk Aku hukumkan kamu pada hari ini. Masuklah ke dalam syurga-syurga-Ku. Aku telah ampunkan kamu' ”.
Segala puji milik Allah, Tuhan sekalian alam lantaran Dia kurniakan makam yang tinggi kepada hamba-hamba-Nya yang taat dan memelihara mereka daripada dosa dan menyelamatkan mereka daripada diseksa. Dia berkati ahlul hikmah dengan menghampiri mereka.
Sebahagian daripada murid-murid kami meminta supaya kami sediakan sebuah buku yang memadai buat mereka. Sesuai dengan permintaan dan keperluan mereka kami siapkan buku yang ringkas ini Semoga ia dapat mengubati dan memuaskan mereka serta yang lain juga. Kami namakan buku ini “ Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar ” atau “rahasia dalam rahasia-rahasia yang Kebenarannya sangat diperlukan”. Dalam pekerjaan ini kenyataan di dalam kepercayaan dan perjalanan kami dibukakan. Setiap orang memerlukannya.
Dalam menyampaikan hasil kerja ini kami bahagikannya kepada 24 bab kerana terdapat 24 huruf di dalam pengakuan suci “La ilaha illah Llah, Muhammadun rasulu Llah” dan juga terdapat 24 jam dalam satu hari.
3: PERMULAAN PENCIPTAAN
Semoga Allah s.w.t memberikan kamu kejayaan di dalam amalan-amalan kamu yang disukai-Nya dan Semoga kamu memperolehi keredaan-Nya. Fikirkan, tekankan kepada pemikiran kamu dan fahamkan apa yang aku katakan.
Allah Yang Maha Tinggi pada permulaannya menciptakan cahaya Muhammad daripada cahaya suci Keindahan-Nya. Dalam hadis Qudsi Dia berfirman: “Aku ciptakan ruh Muhammad daripada cahaya Wajah-Ku”.
Ini dinyatakan juga oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan sabdanya:
“Mula-mula Allah ciptakan ruhku. Pada permulaannya diciptakan-Nya sebagai ruh suci”.
“Mula-mula Allah ciptakan qalam”.
“Mula-mula Allah ciptakan akal”.
Apa yang dimaksudkan sebagai ciptaan permulaan itu ialah ciptaan hakikat kepada Nabi Muhammad s.a.w, Kebenaran tentang Muhammad yang tersembunyi. Dia juga diberi nama yang indah-indah. Dia dinamakan nur, cahaya suci, kerana dia dipersucikan dari kegelapan yang tersembunyi di bawah sifat jalal Allah. Allah Yang Maha Tinggi berfirman: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu dari Allah, cahaya dan kitab yang menerangkan”. (Al-Maaidah, ayat 15)
Dia dinamakan akal yang meliputi (akal universal) kerana dia telah melihat dan mengenali segala-galanya. Dia dinamakan qalam kerana dia menyebarkan hikmah dan ilmu dan dia mencurahkan ilmu ke dalam huruf-huruf.
Roh Muhammad adalah zat atau hakikat kepada segala kejadian, permulaan dan kenyataan alam maya. Baginda s.a.w menyatakan hal ini dengan sabdanya, “Aku daripada Allah dan sekalian yang lain daripadaku” . Allah Yang Maha Tinggi menciptakan sekalian roh-roh daripada roh baginda s.a.w di dalam alam kejadian yang pertama, dalam bentuk yang paling baik. ‘Muhammad' adalah nama kepada sekalian kemanusiaan di dalam alam arwah. Dia adalah sumber, asal usul dan kediaman bagi sesuatu dan segala-galanya.
Empat ribu tahun selepas diciptakan cahaya Muhammad, Allah ciptakan arasy daripada cahaya mata Muhammad. Dia ciptakan makhluk yang lain daripada arasy. Kemudian Dia hantarkan roh-roh turun kepada peringkat penciptaan yang paling rendah, kepada alam kebendaan, alam jirim dan badan.
“Kemudian Kami turunkan ia kepada peringkat yang paling rendah” . (Surah Tin, ayat 15)
Dia hantarkan cahaya itu daripada tempat ia diciptakan, dari alam lahut, iaitu alam kenyataan bagi Zat Allah, bagi keesaan, bagi wujud mutlak, kepada alam nama-nama Ilahi, kenyataan sifat-sifat Ilahi, alam bagi akal asbab kepunyaan roh yang meliputi (roh universal). Di sana Dia pakaikan roh-roh itu dengan pakaian cahaya. Roh-roh ini dinamakan ‘roh pemerintah'. Dengan berpakaian cahaya mereka turun kepada alam malaikat. Di sana mereka dinamakan ‘roh rohani'. Kemudian Dia arahkan mereka turun kepada alam kebendaan, alam jirim, air dan api, tanah dan angin dan mereka menjadi ‘roh manusia'. Kemudian daripada dunia ini Dia ciptakan tubuh yang berdaging, berdarah.
“Kemudian Kami jadikan kamu dan kepadanya kamu akan dikembalikan dan daripadanya kamu akan dibangkitkan sekali lagi”. (Surah Ta Ha, ayat 55)
Selepas peringkat-peringkat ini Allah memerintahkan roh-roh supaya memasuki badan-badan dan dengan kehendak-Nya mereka pun masuk.
“Maka apabila Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiup padanya roh-Ku…”. (Surah Shad, ayat 72)
Sampai masanya roh-roh itu terikat dengan badan, dengan darah dan daging dan lupa kepada asal usul kejadian dan perjanjian mereka. Mereka lupa tatkala Allah ciptakan mereka pada alam arwah Dia telah bertanya kepada mereka: “Adakah aku Tuhan kamu? Mereka telah menjawab:Iya, bahkan!.”
Mereka lupa kepada ikrar mereka. Mereka lupa kepada asal usul mereka, lupa juga kepada jalan untuk kembali kepada tempat asal mereka. Tetapi Allah Maha Penyayang, Maha Pengampun, sumber kepada segala keselamatan dan pertolongan bagi sekalian hamba-hamba-Nya. Dia mengasihani mereka lalu Dia hantarkan kitab-kitab suci dan rasul-rasul kepada mereka untuk mengingatkan mereka tentang asal usul mereka.

“Dan Sesungguhnya Kami telah utuskan Musa (membawa) ayat-ayat Kami
(sambil Kami mengatakan): hendaklah kamu keluarkan kaum kamu dari
kegelapan kepada cahaya, dan ingatkan mereka kepada hari-hari
Allah”. (Surah Ibrahim, ayat 5)
Yaitu ‘ingatkan roh-roh tentang hari-hari di mana mereka tidak terpisah dengan Allah'.
Ramai rasul-rasul telah datang ke dunia ini, melaksanakan tugas mereka dan kemudian meninggalkan dunia ini. Tujuan semua itu adalah membawa kepada manusia perutusan, peringatan serta menyedarkan manusia dari kelalaian mereka. Tetapi mereka yang mengingati-Nya, yang kembali kepada-Nya, manusia yang ingin kembali kepada asal usul mereka, menjadi semakin berkurangan dan terus berkurangan ditelan zaman.
Nabi-nabi terus diutuskan dan perutusan suci berterusan sehingga muncul roh Muhammad yang mulia, yang terakhir di kalangan nabi-nabi, yang menyelamatkan manusia daripada kehancuran dan kelalaian. Allah Yang Maha Tinggi mengutuskannya untuk membuka mata manusia iaitu membuka mata hati yang ketiduran. Tujuannya ialah mengejutkan manusia dari kelalaian dan ketidaksedaran dan untuk menyatukan mereka dengan keindahan yang abadi, dengan penyebab, dengan Zat Allah. Allah berfirman:
“Katakan: Inilah jalanku yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku kepada Allah dengan pandangan yang jelas (basirah)”. (Surah Yusuf, ayat 108).
Ia menyatakan jalan Nabi Muhammad s.a.w. Baginda s.a.w dalam menunjukkan tujuan kita telah bersabda, “Sahabat-sahabatku adalah umpama bintang di langit. Sesiapa daripada mereka yang kamu ikuti kamu akan temui jalan yang benar”.

Pandangan yang jelas (basirah) datangnya daripada mata kepada roh.
Mata ini terbuka di dalam jantung hati orang-orang yang hampir
dengan Allah, yang menjadi sahabat Allah. Semua ilmu di dalam dunia
ini tidak akan mendatangkan pandangan dalam (basirah). Seseorang
itu memerlukan pengetahuan yang datangnya daripada alam ghaib yang
tersembunyi pengetahuan yang mengalir daripada kesedaran Ilahi.
“Dan Kami telah ajarkan kepadanya satu ilmu dari sisi Kami (ilmu laduni)”. (Surah Kahfi, ayat 65).
Apa yang perlu seseorang lakukan ialah mencari orang yang mempunyai pandangan dalam (basirah) yang mata hatinya celik, dan cetusan serta perangsang daripada orang yang seperti ini adalah perlu. Guru yang demikian, yang dapat memupuk pengetahuan orang lain, mestilah seorang yang hampir dengan Allah dan berupaya menyaksikan alam mutlak.

Wahai anak-anak Adam, saudara-saudara dan saudari-saudari!
Bangunlah dan bertaubatlah kerana melalui taubat kamu akan memohon
kepada Tuhan agar dikurniakan-Nya kepada kamu hikmah-Nya. Berusaha
dan berjuanglah. Allah memerintahkan:
“Dan berlumba-lumbalah kepada keampunan Tuhan kamu dan syurga yang lebarnya (seluas) langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang berbakti. Yang menderma di waktu senang dan susah, dan menahan marah, dan memaafkan manusia, dan Allah kasih kepada mereka yang berbuat kebajikan”. (Surah Imraan, ayat 133 & 134).

Masuklah kepada jalan itu dan bergabunglah dengan kafilah
kerohanian untuk kembali kepada Tuhan kamu. Pada satu masa nanti
jalan tersebut tidak dapat dilalui lagi dan pengembara pada jalan
tersebut tidak ada lagi. Kita tidak datang ke bumi ini untuk
merosakkan dunia ini. Kita dihantar ke mari bukan untuk makan,
minum dan berak. Roh penghulu kita menyaksikan kita. Baginda s.a.w
berdukacita melihat keadaan kamu. Baginda s.a.w telah mengetahui apa
yang akan berlaku kemudian hari apabila baginda s.a.w bersabda,
“Dukacitaku adalah untuk umat yang aku kasihi yang akan datang
kemudian”.
Apa sahaja yang datang kepada kamu datang dalam keadaan salah satu
bentuk, secara nyata atau tersembunyi; nyata dalam bentuk peraturan
syarikat dan tersembunyi dalam bentuk hikmah kebijaksanaan atau
makrifat. Allah Yang Maha Tinggi memerintahkan kita supaya
mensejahterakan zahir kita dengan mematuhi peraturan syarikat dan
meletakkan batin kita dalam keadaan yang baik dan teratur dengan
memperolehi hikmah kebijaksanaan atau makrifat. Bila zahir dan
batin kita menjadi satu dan hikmah kebijaksanaan atau makrifat
dengan peraturan agama (syarikat) bersatu, seseorang itu sampai
kepada makam yang sebenarnya (hakikat).
“Dia alirkan dua laut, padahal kedua-duanya bertemu. Antara dua itu ada dinding yang kedua-duanya tidak mampu melewatinya”. (Surah Imraan, ayat 19 & 20).
Kedua-duanya mesti menjadi satu. Kebenaran atau hakikat tidak akan diperolehi dengan hanya menggunakan pengetahuan melalui pancaindera dan deria-deria tentang alam kebendaan. Dengan cara tersebut tidak mungkin mencapai matlamat, sumber, iaitu Zat. Ibadat dan penyembahan memerlukan kedua-duanya iaitu peraturan syarikat dan makrifat. Allah berfirman tentang ibadat:
“Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku”. (Surah Dzaariyat, ayat 56).
Dalam lain perkataan, ‘mereka diciptakan supaya mengenali Daku' . Jika seseorang tidak mengenali-Nya bagaimana dia boleh memuji-Nya dengan sebenar-benarnya, meminta pertolongan-Nya dan berkhidmat kepada-Nya?

Makrifat yang diperlukan bagi mengenali-Nya boleh dicapai dengan
menyingkap tabir hitam yang menutupi cermin hati seseorang,
menyucikannya sehingga bersih dan menggilapkannya sehingga
bercahaya. Kemudian perbendaharaan keindahan yang tersembunyi akan
memancar pada rahasia cermin hati.
Allah Yang Maha Tinggi telah berfirman melalui rasul-Nya:
“Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi. Aku suka dikenali, lalu Aku ciptakan makhluk supaya Aku dikenali”.
Allah Yang Maha Tinggi telah berfirman melalui rasul-Nya:
“Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi. Aku suka dikenali, lalu Aku ciptakan makhluk supaya Aku dikenali”.
Tujuan suci diciptakan manusia ialah supaya mereka mengenali Allah, memperolehi makrifat.
Ada dua peringkat makrifat yang suci. Seseorang itu perlu mengenali sifat-sifat Allah dan dalil-dalil yang menjadi kenyataan atau penzahiran bagi sifat-sifat tersebut. Satu lagi ialah mengenali Zat Allah. Di dalam mengenali sifat-sifat Allah manusia secara zahirnya dapat menikmati kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat. Makrifat yang memimpin kepada Zat Allah tidak diperolehi dengan diri zahir manusia. Ia terjadi di dalam jiwa atau roh suci manusia yang berada di dalam dirinya yang zahir ini.
“Dan Kami telah perkuatkan dia (Isa) dengan roh kudus”. (Surah Baqarah, ayat 87).
Orang yang mengenali Zat Allah menemui kuasa ini melalui roh kudus (suci) yang dikurniakan kepada mereka.

Kedua-dua makrifat tersebut diperolehi dengan hikmah kebijaksanaan
yang mempunyai dua aspek; hikmah kebijaksanaan kerohanian yang di
dalam dan pengetahuan zahir tentang benda-benda nyata. Kedua-duanya
diperlukan untuk mendapatkaan kebaikan. Nabi s.a.w bersabda,
“Pengetahuan ada dua bahagian. Satu pada lidah yang menjadi dalil
tentang kewujudan Allah, satu lagi di dalam hati manusia. Inilah yang
diperlukan bagi melaksanakan harapan kita”.
Pada peringkat permulaannya seseorang itu memerlukan pengetahuan
syarikat. Ini memerlukan pendidikan yang mengenalkan dalil-dalil
luar tentang Zat Allah yang menyata di dalam alam sifat-sifat dan
nama-nama ini. Apabila bidang ini telah sempurna sampailah giliran
pendidikan kerohanian tentang rahasia-rahasia, di mana seseorang
itu masuk ke dalam bidang makrifat yang murni untuk mengetahui yang
sebenarnya (hakikat). Pada peringkat yang pertama seseorang itu
mestilah meninggalkan segala-galanya yang tidak dipersetujui oleh
syariat malah, kesilapan di dalam melakukan perbuatan yang baik
mestilah dihapuskan. Perbuatan yang baik mestilah dilakukan dengan
cara yang betul, sebagaimana keperluan pada jalan sufi. Keadaan ini
boleh dicapai dengan melatihkan diri dengan melakukan perkara-perkara
yang tidak dipersetujui oleh ego diri sendiri dan melakukan amalan
yang bertentangan dengan kehendak hawa nafsu. Berhati-hatilah di
dalam beramal agar amalan itu dilakukan bukan untuk dipertontonkan
atau diperdengarkan kepada orang lain.
Semuanya mestilah dilakukan
semata-mata kerana Allah, demi mencari keredaan-Nya. Allah
berfirman:
“Barangsiapa berharap menemui Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal salih dan janganlah dia mempersekutukan sesuatu dengan Allah dalam ibadatnya kepada Tuhannya”. (Surah Kahfi, ayat 110).
Apa yang dihuraikan sebagai daerah makrifat itu adalah tahap penghabisan bagi daerah kejadian yang pertama. Ia adalah permulaan dan merupakan rumah yang setiap orang kembali ke sana . Di samalah roh suci dijadikan. Apa yang dimaksudkan dengan roh suci adalah roh insan. Ia dijadikan dalam bentuk yang paling baik.

Kebenaran atau hakikat tersebut telah ditanam di tengah-tengah hati
sebagai amanah Allah, diamanahkan kepada manusia agar disimpan
dengan selamat. Ia bangkit dan menyata melalui taubat yang
sungguh-sungguh dan usaha sebenar mempelajari agama. Keindahannya
akan memancar ke permukaan apabila seseorang itu mengingati Allah terus
menerus, mengulangi kalimah “La ilaha illah Llah” . Pada
mulanya kalimah ini diucapkan dengan lidah. Bila hati sudah hidup ia
diucapkan di dalam, dengan hati.
Sufi menggambarkan keadaan kerohanian yang demikian dengan
menganggapnya sebagai bayi, iaitu bayi yang lahir di dalam hati,
dibela dan dibesarkan di sana . Hati memainkan peranan seperti ibu,
melahirkannya, menyusun, memberi makan dan memeliharanya. Jika
anak-anak diajarkan kepakaran keduniaan untuk kebaikannya, bayi hati
pula diajarkan makrifat rohani. Sebagaimana kanak-kanak bersih
daripada dosa, bayi hati adalah tulen, bebas daripada kelalaian,
ego dan ragu-ragu. Kesucian bayi biasanya menyata dalam bentuk
zahir yang cantik. Dalam mimpi, kesucian dan ketulenan bayi hati
muncul dalam rupa malaikat. Manusia berharap mendapat ganjaran
syurga sebagai balasan kepada perbuatan baik tetapi hadiah-hadiah
yang didatangi dari syurga didatangkan ke mari melalui tangan-tangan
bayi hati.
“Dalam kebun-kebun kenikmatan…melayani mereka anak-anak muda yang tidak berubah keadaan mereka”. (Surah Waqi'ah, ayat 12 – 17 ).
“Dalam kebun-kebun kenikmatan…melayani mereka anak-anak muda yang tidak berubah keadaan mereka”. (Surah Waqi'ah, ayat 12 – 17 ).
“Melayani mereka adalah anak-anak muda laksana mutiara yang tersimpan”. (Surah Tur, ayat 24).
Mereka adalah anak-anak kepada hati, menurut yang diilhamkan kepada sufi, dipanggil anak-anak kerana keelokan dan ketulenan mereka. Keindahan dan ketulenan mereka menyata dalam kewujudan zahir, dalam darah daging, dalam bentuk manusia. Oleh kerana keelokan dan kelembutan sifatnya ia dinamakan anak-anak hati, tetapi dia adalah manusia sejati yang mampu mengubah bentuk kejadian atau ciptaan kerana dia berhubung erat dengan Pencipta sendiri. Dia adalah wakil sebenar kemanusiaan. Di dalam kesedarannya tidak ada sesuatu malah dia tidak melihat dirinya sebagai sesuatu. Tiada hijab, tiada halangan di antara kewujudannya dengan Zat Allah.

Nabi Muhammad s.a.w menggambarkan suasana demikian sebagaimana
sabda baginda s.a.w, “ Ada masa aku dengan Allah di mana tiada
malaikat yang hampir dan tidak juga nabi yang diutus”. Maksud
‘nabi' di sini ialah kewujudan lahiriah yang sementara bagi
Rasulullah s.a.w sendiri. Malaikat yang paling hampir dengan Allah ialah
cahaya suci Muhammad s.a.w, kejadian pertama. Dalam suasana
kerohanian itu baginda s.a.w sangat hampir dengan Allah sehingga
wujud zahirnya dan rohnya tidak berkesempatan menghijabkannya
dengan Allah. Baginda s.a.w menggambarkan lagi suasana demikian, “
Ada syurga Allah yang tidak ada mahligai dan taman-taman atau
sungai madu dan susu, syurga yang di dalamnya seseorang hanya
menyaksikan Wajah Allah Yang Maha Suci” . Allah s.w.t berfirman:
“Beberapa muka pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannya dia
memandang”. (Surah Qiamat, ayat 22 & 23).
Pada suasana atau makam tersebut jika seseorang makhluk termasuklah malaikat mendekatinya kewujudan badannya akan terbakar menjadi abu. Allah s.w.t berfirman melalui rasul-Nya:
“Jika Aku bukakan penutup sifat keperkasaan-Ku dengan bukaan yang sangat sedikit sahaja, semua akan terbakar sejauh yang dilihat oleh pandangan-Ku”.
Jibrail yang menemani Nabi Muhamamd s.a.w pada malam mikraj, apabila sampai di Sidratul Muntaha, telah mengatakan jika dia melangkah satu langkah sahaja lagi dia akan terbakar menjadi abu.
4: MANUSIA KEMBALI KE KAMPUNG HALAMAN, KEPADA ASAL USUL / PERMULAAN MEREKA
Manusia dipandang daripada dua sudut; wujud lahiriah dan wujud rohani. Dalam segi kewujudan lahiriah keadaan kebanyakan manusia adalah berlebih kurang saja di antara satu sama lain. Oleh yang demikian peraturan kemanusiaan yang umum boleh digunakan untuk sekalian manusia bagi urusan lahiriah mereka. Dalam sudut kewujudan rohani yang tersembunyi di sebalik wujud lahiriah, setiap manusia adalah berbeda. Jadi, peraturan yang khusus mengenai diri masing-masing diperlukan.
Manusia boleh kembali kepada asalnya dengan mengikuti peraturan umum, dengan mengambil langkah-langkah tertentu. Dia mestilah mengambil peraturan agama yang jelas dan mematuhinya. Dengan demikian dia boleh maju ke hadapan. Dia boleh meningkat dari satu peringkat kepada peringkat yang lebih tinggi sehingga dia sampai dan memasuki jalan atau peringkat kerohanian, masuk ke daerah makrifat. Peringkat ini sangat tinggi dan dipuji oleh Rasulullah s.a.w, “ Ada suasana yang semua dan segala-galanya berkumpul di sana dan ia adalah makrifat yang murni”.

Untuk sampai ke peringkat tersebut Perlulah dibuang kepura-puraan
dan kepalsuan yang melakukan kebaikan kerana menunjuk-nunjuk.
Kemudian dia perlu menetapkan tiga matlamat. Tiga matlamat tersebut
sebenarnya adalah tiga jenis syurga. Yang pertama dinamakan Ma'wa –
syurga tempat kediaman yang aman. Ia adalah syurga duniawi. Kedua,
Na'im – taman keredaan Allah dan kurniaan-Nya kepada makhluk-Nya.
Ia adalah syurga di dalam alam malaikat.
Ketiga dinamakan Firdaus –
syurga alam tinggi. Ia adalah syurga pada alam kesatuan akal asbab,
rumah kediaman bagi roh-roh, medan bagi nama-nama dan sifat-sifat.
Kesemua ini adalah balasan yang baik, keelokan Allah yang manusia
berjasad akan nikmati dalam usahanya sepanjang tiga peringkat ilmu
pengetahuan yang berturut-turut; usaha mematuhi peraturan syariat;
usaha menghapuskan yang berbilang-bilang pada dirinya, melawan
penyebab yang menimbulkan suasana berbilang-bilang itu, iaitu ego
diri sendiri, bagi mencapai peringkat penyatuan dan kehampiran dengan
Pencipta; akhirnya usaha untuk mencapai makrifat, di mana dia
mengenali Tuhannya. Peringkat pertama dinamakan syariat, kedua
tarekat dan ketiga makrifat.
Nabi Muhammad s.a.w menyimpulkan keadaan-keadaan tersebut dengan
sabda baginda s.a.w, “ Ada suasana di mana semua dan segala-galanya
dikumpulkan dan ia adalah hikmah kebijaksanaan (makrifat)”.
Baginda s.a.w juga bersabda, “Dengannya seseorang mengetahui
kebenaran (hakikat), yang berkumpul di dalamnya sebab-sebab dan
semua kebaikan. Kemudian seseorang itu mesti bertindak atas kebenaran
(hakikat) tersebut. Dia juga perlu mengenali kepalsuan dan bertindak
ke atasnya dengan meninggalkan segala yang demikian”. Baginda
s.a.w mendoakan, “Ya Allah, tunjukkan kepada kami yang benar dan
jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan
kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya”.
Orang yang kenal dirinya dan menentang keinginannya yang salah
dengan segala kekuatannya akan sampai kepada mengenali Tuhannya dan
akan menjadi taat kepada kehendak-Nya.
Semua ini adalah peraturan umum yang mengenai diri zahir manusia.
Kemudian ada pula aspek diri rohani atau diri batin manusia yang
merupakan insan yang tulen, suci bersih dan murni. Maksud dan
tujuan diri ini hanya satu iaitu kehampiran secara keseluruhan
kepada Allah s.w.t. Satu cara sahaja untuk mencapai suasana yang
demikian, iaitu pengetahuan tentang yang sebenarnya (hakikat). Di dalam
daerah wujud penyatuan mutlak, pengetahuan ini dinamakan kesatuan
atau keesaan.
Matlamat pada jalan tersebut harus diperolehi di dalam kehidupan
ini. Di dalam suasana itu tiada beza di antara tidur dengan jaga
kerana di dalam tidur roh berkesempatan membebaskan dirinya untuk
kembali kepada asalnya, alam arwah, dan dari sana kembali semula ke
sini dengan membawa berita-berita dari alam ghaib. Fenomena ini
dinamakan mimpi. Dalam keadaan mimpi ia berlaku secara
sebahagian-bahagian. Ia juga boleh berlaku secara menyeluruh
seperti israk dan mikraj Rasulullah s.a.w. Allah berfirman: “Allah
memegang jiwa-jiwa ketika matinya dan yang tidak mati, dalam
tidurnya, lalu Dia tahan yang dihukumkan mati atasnya dan Dia
lepaskan yang lain”. (Surah Zumaar, ayat 42).
Nabi s.a.w bersabda, “Tidur orang alim lebih baik daripada ibadat
orang jahil” . Orang alim adalah orang yang telah memperolehi
pengetahuan tentang hakikat atau yang sebenar, yang tidak berhuruf,
tidak bersuara. Pengetahuan demikian diperolehi dengan terus
menerus berzikir nama keesaan Yang Maha Suci dengan lidah rahsia.
Orang alim adalah orang yang zat dirinya ditukarkan kepada cahaya
suci oleh cahaya keesaan. Allah berfirman melalui rasul-Nya: “Insan
adalah rahsia-Ku dan Aku rahsianya. Pengetahuan batin tentang hakikat
roh adalah rahsia kepada rahsia-rahsia-Ku. Aku campakkan ke dalam
hati hamba-hamba-Ku yang baik-baik dan tiada siapa tahu Keadaannya
melainkan Aku.”
“Aku adalah sebagaimana hamba-Ku mengenali Daku. Bila dia
mencari-Ku dan ingat kepada-Ku, Aku besertanya. Jika dia mencari-Ku
di dalam, Aku mendapatkannya dengan Zat-Ku. Jika dia ingat dan
menyebut-Ku di dalam jemaah yang baik, Aku ingat dan menyebutnya di
dalam jemaah yang lebih baik”.
Segala yang dikatakan di sini jika berhasrat mencapainya perlulah melakukan tafakur – cara mendapatkaan pengetahuan yang demikian jarang digunakan oleh orang ramai. Nabi s.a.w bersabda, “Satu saat bertafakur lebih bernilai daripada satu tahun beribadat”. “Satu saat bertafakur lebih bernilai daripada tujuh puluh tahun beribadat”. “Satu saat bertafakur lebih bernilai daripada seribu tahun beribadat”.
Nilai sesuatu amalan itu tersembunyi di dalam hakikat kepada yang sebenarnya. Perbuatan bertafakur di sini nampaknya mempunyai nilai yang berbeda.

Sesiapa merenungi sesuatu perkara dan mencari penyebabnya dia akan
mendapati setiap bahagian mempunyai bahagian-bahagian sendiri dan
dia juga mendapati setiap satu itu menjadi penyebab kepada
berbagai-bagai perkara lain. Renungan begini bernilai satu tahun
ibadat.
Sesiapa merenungi kepada pengabdiannya dan mencari penyebab dan alasan dan dia dapat mengetahui yang demikian, renungannya bernilai lebih daripada tujuh puluh tahun ibadat.
Sesiapa merenungkan hikmah kebijaksanaan Ilahi dan bidang makrifat dengan segala kesungguhannya untuk mengenal Allah Yang Maha Tinggi, renungannya bernilai lebih daripada seribu tahun ibadat kerana ini adalah ilmu pengetahuan yang sebenarnya.

Pengetahuan yang sebenarnya adalah suasana keesaan. Orang arif yang
menyintai menyatu dengan yang dicintainya. Daripada alam kebendaan
terbang dengan sayap kerohanian meninggi hingga kepada puncak
pencapaian. Bagi ahli ibadat berjalan di dalam syurga, sementara
orang arif terbang kepada kedudukan berhampiran dengan Tuhannya.
Para pencinta mempunyai mata pada hati mereka mereka memandang
sementara yang lain terpejam sayap yang mereka miliki tanpa daging
tanpa darah mereka terbang ke arah malaikat Tuhan jualah yang
dicari!
Penerbangan ini terjadi di dalam alam kerohanian orang arif. Para
arifbillah mendapat penghormatan dipanggil insan sejati, menjadi
kekasih Allah, sahabat-Nya yang akrab, pengantin-Nya. Bayazid
al-Bustami berkata, “Para Pemegang makrifat adalah pengantin Allah
Yang Maha Tinggi”.
Hanya pemilik-pemilik ‘pengantin yang pengasih' mengenali mereka dengan dekat dan secara mesra..
Hanya pemilik-pemilik ‘pengantin yang pengasih' mengenali mereka dengan dekat dan secara mesra..
Orang-orang arif yang menjadi
sahabat akrab Allah, walaupun sangat cantik, tetapi ditutupi oleh
keadaan luaran yang sangat sederhana, seperti manusia biasa. Allah
berfirman melalui rasul-Nya: “ Para sahabat-Ku tersembunyi di bawah
kubah-Ku. Tiada yang mengenali mereka kecuali Aku”.
Kubah yang di bawahnya Allah sembunyikan sahabat-sahabat akrab-Nya adalah keadaan mereka yang tidak terkenal, rupa yang biasa sahaja, sederhana dalam segala hal. Bila melihat kepada pengantin yang ditutupi oleh tabir perkahwinan, apakah yang dapat dilihat kecuali tabir itu?

Yahya bin Muadh al-Razi berkata, “ Para kekasih Allah adalah air
wangi Allah di dalam dunia. Tetapi hanya orang-orang yang beriman
yang benar dan jujur sahaja dapat menciumnya”. Mereka mencium
keharuman baunya lalu mereka mengikuti bau itu. Keharuman itu
mengwujudkan kerinduan terhadap Allah dalam hati mereka.
Masing-masing dengan cara tersendiri mempercepatkan langkahnya,
menambahkan usaha dan ketaatannya. Darjah kerinduannya,
keinginannya dan kelajuan perjalanannya bergantung kepada berapa
ringan beban yang dibawanya, sejauh mana dia telah melepaskan diri
kebendaan dan keduniaannya. Semakin banyak seseorang itu menanggalkan
pakaian dunia yang kasar ini semakin dia merasakan kehangatan.
Penciptanya dan semakin hampirlah kepada permukaan akan muncul
diri rohaninya. Kehampiran dengan yang sebenar (hakikat) bergantung
kepada sejauh mana seseorang itu melepaskan kebendaan dan
keduniaan yang menipu daya.
Penanggalan aspek yang berbilang-bilang pada diri membawa seseorang
hampir dengan satu-satunya kebenaran. Orang yang akrab dengan
Allah adalah orang yang telah membawa dirinya kepada keadaan
kekosongan. Hanya selepas itu baharulah dia dapat melihat kewujudan
yang sebenarnya (hakikat). Tidak ada lagi kehendak pada dirinya untuk
dia membuat sebarang pilihan. Tiada lagi ‘aku' yang tinggal,
kecuali kewujudan satu-satunya iaitu yang sebenarnya (hakikat).
Walaupun berbagai-bagai kekeramatan yang muncul melalui dirinya
sebagai membuktikan kedudukannya, dia tidak ada kena mengena dengan
semua itu. Di dalam suasananya tidak ada pembukaan terhadap
rahsia-rahsia kerana membuka rahsia Ilahi adalah kekufuran.
Di dalam buku yang bertajuk “Mirsad” ada dituliskan, ‘Semua orang
yang kekeramatan zahir melalui mereka adalah ditutup daripadanya
dan tidak memperdulikan keadaan tersebut. Bagi mereka masa
kekeramatan muncul melalui mereka dianggap sebagai masa perempuan
keluar darah haid. Wali-wali yang hampir dengan Allah perlu
mengembara sekurang-kurangnya seribu peringkat, yang pertamanya ialah
pintu kekeramatan. Hanya mereka yang dapat melepasi pintu ini tanpa
dicederakan akan meningkat kepada peringkat-peringkat lain yang
lebih tinggi. Jika mereka leka mereka tidak akan sampai ke
mana-mana.
5: PENURUNAN MANUSIA KE PERINGKAT RENDAH YANG PALING BAWAH
Allah Yang Maha Tinggi menciptakan roh suci sebagai ciptaan yang paling sempurna , yang pertama diciptakan, di dalam alam kewujudan mutlak bagi Zat-Nya. Kemudian Dia berkehendak menghantarkannya kepada alam rendah. Tujuan Dia berbuat demikian ialah bagi mengajar roh suci mencari jalan kembali kepada yang sebenar di tahap Maha Kuasa, mencari kedudukannya yang dahulu yang hampir dan akrab dengan Allah. Dihantarkan-Nya roh suci kepada perhentian utusan-utusan-Nya, wali-wali-Nya, kekasih-kekasih dan sahabat-sahabat-Nya.

Dalam perjalanannya, Allah menghantarkannya
mula-mula kepada kedudukan akal asbab bagi keesaan, bagi roh
universal, alam nama-nama dan sifat-sifat Ilahi, alam hakikat
kepada Muhammad s.a.w. Roh suci memiliki dan membawa bersama-samanya
benih kesatuan. Apabila melalui alam ini ia dipakaikan cahaya suci dan
dinamakan ‘roh sultan'. Apaabila melalui alam malaikat yang
menjadi perantaraan kepada mimpi-mimpi, ia mendapat nama ‘roh
perpindahan'. Bila akhirnya ia turun kepada dunia kebendaan ini ia
dibaluti dengan daging yang Allah ciptakan untuk kesesuaian
makhluk-Nya. Ia dibaluti oleh jirim yang kasar bagi menyelamatkan dunia
ini kerana dunia kebendaan jika berhubung secara langsung dengan
roh suci maka dunia kebendaan akan terbakar menjadi abu. Dalam
hubungannya dengan dunia ini ia dikenali sebagai kehidupan, roh
manusia.
Tujuan roh suci dihantar ke tempat ciptaan yang paling rendah ini
ialah supaya ia mencari jalan kembali kepada kedudukannya yang
asal, makam kehampiran, ketika ia masih di dalam bentuk berdaging
dan bertulang ini. Ia sepatutnya datang ke alam benda yang kasar
ini, dan dengan melalui hatinya yang berada di dalam mayat ini,
menanamkan benih kesatuan dan menunbuhkan pokok keesaan di dalam
dunia ini. Akar pokok masih berada pada tempat asalnya. Dahannya
memenuhi ruang kebahagiaan, dan di sana demi keredaan Allah,
mengeluarkan buah kesatuan. Kemudian di dalam bumi hati roh itu
menanamkan benih agama dan bercita-cita menumbuhkan pokok agama
agar diperolehi buahnya, tiap satunya akan menaikkannya kepada
peringkat yang lebih hampir dengan Allah.
Allah membuatkan jasad-jasad atau tubuh-tubuh untuk dimasuki oleh
roh-roh dan bagi roh-roh ini masing-masing mempunyai nama yang
berbeza-beza. Dia bena ruang penyesuaian di dalam tubuh.
Diletakkan-Nya roh manusia, roh kehidupan di antara daging dan
darah. Diletakkan-Nya roh suci di tengah-tengah hati, di mana dibena
ruang bagi jirim yang sangat seni untuk menyimpan rahasia di antara
Allah dengan hamba-Nya. Roh-roh ini berada pada tempat yang
berbeda-beda dalam tubuh, dengan tugas yang berbeda, urusan yang
berbeda, masing-masing umpama membeli dan menjual barang yang
berlainan, mendapat faedah yang berbeda. Perniagaan mereka sentiasa
membawakan kepada mereka banyak manfaat dalam bentuk nikmati dan
rahmat Allah. “Daripada apa yang Kami berikan kepada mereka, secara
sembunyi atau terang-terang, (mereka) mengharapkan perniagaan yang
tidak akan rugi”. (Surah Fatir, ayat 29).
Layaklah bagi setiap manusia mengetahui urusannya di dalam alam
kewujudan dirinya sendiri dan memahami tujuannya. Dia mestilah
faham bahawa dia tidak boleh meminda apa yang telah dihukumkan
sebagai benar untuknya dan digantungkan dilehernya. Bagi orang yang
mahu meminda apa yang telah dihukumkan untuknya, yang terikat
dengan cita-cita dan dunia ini Allah berkata: “Tidaklah (mahu) dia
ketahui (bagaimana keadaan) apabila dibongkarkan apa-apa yang di dalam
kubur? Dan dizahirkan apa-apa yang di dalam dada?” (Surah ‘Aadiyat,
ayat 9). “Dan tiap-tiap manusia Kami gantungkan (catatan) amalannya
pada tengkuknya…” (Surah Bani Israil, ayat 13).
6: TEMPAT ROH-ROH DI DALAM BADAN
Tempat roh manusia, roh kehidupan, di dalam badan ialah dada. Tempat ini berhubung dengan pancaindera dan deria-deria. Urusan atau bidangnya ialah agama. Pekerjaannya ialah mentaati perintah Allah . Dengan peraturan-peraturan yang ditentukan-Nya, Allah memelihara dunia nyata ini dengan teratur dan harmoni. Roh itu bertindak menurut kewajipan yang ditentukan oleh Allah, tidak menganggap perbuatannya sebagai perbuatannya sendiri kerana dia tidak berpisah dengan Allah. Perbuatannya daripada Allah; tidak ada perpisahan di antara ‘aku' dengan Allah di dalam tindakan dan ketaatannya. “Barangsiapa percaya akan pertemuan Tuhannya hendaklah mengerjakan amal salih dan janganlah ia sekutukan sesuatu dalam ibadat kepada Tuhannya”. (Surah Kahfi, ayat 110).

Allah adalah esa dan Dia mencintai yang bersatu dan satu. Dia mahu
semua penyembahan dan semua amal kebaikan, yang Dia anggap sebagai
pengabdian kepada-Nya, menjadi milik-Nya semata-mata, tidak
dikongsikan dengan apa sahaja. Jadi, seseorang tidak memerlukan
kelulusan atau halangan daripada sesiapa pun di dalam pengabdiannya
kepada Tuhannya, juga amalannya bukan untuk kepentingan duniawi.
Semuanya semata-mata kerana Allah. Suasana yang dihasilkan oleh
petunjuk Ilahi seperti menyaksikan bukit-bukti kewujudan Allah di
dalam alam nyata ini; kenyataan sifat-sifat-Nya, kesatuan di dalam
yang banyak, hakikat di sebalik yang nyata, kehampiran dengan
Pencipta, semuanya adalah ganjaran bagi amalan kebaikan yang benar
dan ketaatan tanpa mementingkan diri sendiri. Namun, semuanya itu
di dalam taklukan alam benda, daripada bumi yang di bawah tapak kaki
kita sehinggalah kepada langit-langit. Termasuk juga di dalam
taklukan alam dunia ialah kekeramatan yang muncul melalui
seseorang, misalnya berjalan di atas air, terbang di udara,
berjalan dengan pantas, mendengar suara dan melihat gambaran dari
tempat yang jauh atau boleh membaca fikiran yang tersembunyi.
Sebagai ganjaran terhadap amalan yang baik manusia juga diberikan
nikmati di akhirat seperti syurga, khadam-khadam, bidadari, susu,
madu, arak dan lain-lain. Semuanya itu merupakan nikmati syurga
tingkat pertama, syurga dunia.
Tempat ‘roh perpindahan atau roh peralihan' ialah di dalam hati.
Urusannya ialah pengetahuan tentang jalan kerohanian. Kerjanya
berkait dengan empat nama-nama pertama bagi nama-nama Allah yang
indah. Sebagaimana dua belas nama-nama yang lain empat nama
tersebut tidak termasuk di dalam sempadan suara dan huruf. Jadi, ia
tidak boleh disebut. Allah Yang Maha Tinggi berfirman:
“Dan bagi Allah jualah nama-nama yang baik, jadi serulah Dia dengan nama-nama tersebut”. (Surah A'raaf, ayat 180).
“Dan bagi Allah jualah nama-nama yang baik, jadi serulah Dia dengan nama-nama tersebut”. (Surah A'raaf, ayat 180).
Firman Allah di atas menunjukkan tugas utama manusia adalah
mengetahui nama-nama Tuhan. Ini adalah pengetahuan batin seseorang.
Jika mampu memperolehi pengetahuan yang demikian dia akan sampai
kepada makam makrifat. Di samalah pengetahuan tentang nama keesaan
sempurna.
Nabi s.a.w bersabda, “ Allah Yang Maha Tinggi mempunyai sembilan puluh sembilan nama, siapa mempelajarinya akan masuk syurga” . Baginda s.a.w juga bersabda, “Pengetahuan adalah satu. Kemudian orang arif jadikannya seribu” . Ini bermakna nama kepunyaan Zat hanyalah satu. Ia memancar sebagai seribu sifat kepada orang yang menerimanya.

Dua belas nama-nama Ilahi berada di dalam lengkungan sumber
pengakuan tauhid “La ilaha illa Llah” . Tiap satunya adalah satu
daripada dua belas huruf dalam kalimah tersebut. Allah Yang Maha
Tinggi mengurniakan nama masing-masing bagi setiap huruf di dalam
perkembangan hati. Setiap satu daripada empat alam yang dilalui
oleh roh terdapat tiga nama yang berlainan. Allah Yang Maha Tinggi
dengan cara ini memegang erat hati para pencinta-Nya, dalam kasih
sayang-Nya. Firman-Nya: “Allah tetapkan orang-orang yang beriman
dengan perkataan yang tetap di Penghidupan dunia dan akhirat”.
(Surah Ibrahim, ayat 27).
Kemudian dikurniakan kepada mereka kehampiran-Nya. Dia sediakan
pokok keesaan di dalam hati mereka, pokok yang akarnya turun kepada
tujuh lapis bumi dan Dahannya meninggi kepada tujuh lapis langit,
bahkan meninggi lagi hingga ke arasy dan mungkin lebih tinggi lagi.
Allah berfirman: “Tidakkah engkau perhatikan bagaimana Allah
adakan misal, satu kalimah yang baik seperti pohon yang baik,
pangkalnya tetap dan cabangnya ke langit . (Surah Ibrahim, ayat 24).
Tempat ‘roh perpindahan atau roh peralihan' adalah di dalam nyawa
kepada hati. Alam malaikat berterusan di dalam penyaksiannya. Ia
boleh melihat syurga alam tersebut, penghuninya, cahayanya dan
semua malaikat di dalamnya. Kalam ‘roh peralihan' adalah bahasa
alam batin, tanpa huruf tanpa suara. Perhatiannya berterusan
menyentuh soal-soal rahsia-rahsia maksud yang tersembunyi. Tempatnya di
akhirat apabila kembali ialah syurga Na'im, taman kegembiraan
kurniaan Allah.
Tempat ‘roh sultan' di mana ia memerintah, adalah di tengah-tengah hati, jantung kepada hati. Urusan roh ini ialah makrifat. Kerjanya ialah mengetahui semua pengetahuan ketuhanan yang menjadi perantaraan bagi semua ibadat yang sebenar-benarnya diucapkan dalam bahasa hati. Nabi s.a.w bersabda, “Ilmu ada dua bahagian. Satu pada lidah, yang membuktikan kewujudan Allah. Satu lagi di dalam hati. Inilah yang perlu bagi menyedarkan tujuan seseorang”. Ilmu yang sebenar-benarnya bermanfaat berada di dalam sempadan kegiatan hati. Nabi s.a.w bersabda, “Quran yang mulia mempunyai makna zahir dan makna batin” . Allah Yang Maha Tinggi membukakan Quran kepada sepuluh lapis makna yang tersembunyi. Setiap makna yang berikutnya lebih bermanfaat daripada yang sebelumnya kerana ia semakin hampir dengan sumber yang sebenarnya. Dua belas nama kepunyaan Zat Allah adalah umpama dua belas mata air yang memancar dari batu apabila Nabi Musa a.s menghentamkan batu itu dengan tongkatnya.

“Dan (ingatlah) tatkala Musa mintakan air bagi kaumnya, maka Kami
berkata, ‘Pukullah batu itu dengan tingkat kamu'. Lantas terpancar
daripadanya dua belas mata air yang sesungguhnya setiap golongan
itu mengetahui tempat minumnya”. (Surah Baqarah, ayat 60) .
Pengetahuan zahir adalah umpama air hujan yang datang dan pergi
sementara pengetahuan batin umpama mata air yang tidak pernah
kering. “Dan satu tanda untuk mereka, ialah bumi yang mati (lalu)
Kami hidupkannya dan Kami keluarkan daripadanya biji-bijian, lalu
mereka memakannya”. (Surah Yaa Sin, ayat 33).
Allah jadikan satu bijian, sebiji benih di langit. Benih itu
menjadi kekuatan kepada kehaiwanan di dalam diri manusia.
Dijadikan-Nya juga sebiji benih di dalam alam roh-roh (alam
al-anfus); menjadi sumber kekuatan, makanan roh. Bijian itu
dijiruskan dengan air dari sumber hikmah. Nabi s.a.w bersabda, “Jika
seseorang menghabiskan empat puluh hari dalam keikhlasan dan kesucian
sumber hikmah akan memancar dari hatinya kepada lidahnya”.
Nikmat bagi ‘roh sultan ialah kelazatan dan kecintaan yang
dinikmatinya dengan menyaksikan kenyataan keelokan, kesempurnaan
dan kemurahan Allah Yang Maha Tinggi. Firman Allah: “Dia telah
diajar oleh yang bersangatan kekuatannya, yang berupa bagus, lalu
ia menjelma dengan sempurnanya padahal ia di pehak atas yang paling
tinggi. Kemudian ia mendekati rapat (kepadanya), maka adalah (rapatnya)
itu kadar dua busur panah atau lebih dekat (lagi). Lalu Ia
wahyukan kepada hamba-Nya apa yang Ia mahu wahyukan. Hatinya tidak
mendusta apa yang dia lihat”. (Surah Najmi, ayat 5 – 11).
Nabi s.a.w menggambarkan suasana demikian dengan cara lain, “Yang
beriman (yang sejahtera) adalah cermin kepada yang beriman (yang
sejahtera)” . Dalam ayat ini yang sejahtera yang pertama ialah hati
orang yang beriman yang sempurna, sementara yang sejahtera kedua
itu ialah yang memancar kepada hati orang yang beriman itu, tidak
lain daripada Allah Yang Maha Tinggi sendiri. Allah menamakan
Diri-Nya di dalam Quran sebagai Yang Mensejahterakan. “Dia jualah
Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia…Yang Mensejahterakan (Pemelihara
iman), Pemelihara segala-galanya” . (Surah Hasyr, ayat 23).
Kediaman ‘roh sultan' di akhirat ialah syurga Firdaus, syurga yang tinggi.
Setesen di mana roh-roh berhenti adalah tempat rahsia yang Allah buatkan untuk Diri-Nya di tengah-tengah hati, di mana Dia simpankan rahsia-Nya (Sirr) untuk disimpan dengan selamat. Keadaan roh ini diceritakan oleh Allah melalui pesuruh-Nya:
“Insan adalah rahsia-Ku dan Aku rahsianya”.
Urusannya ialah kebenaran (hakikat) yang diperolehi dengan mencapai keesaan; mencapai keesaan itulah tuagsnya. Ia membawa yang banyak kepada kesatuan dengan cara terus menerus menyebut nama-nama keesaan di dalam bahasa rahsia yang suci. Ia bukan bahasa yang berbunyi di luar.
“Dan jika engkau nyaringkan perkataan, maka Sesungguhnya Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi”. (Surah Ta Ha, ayat 7)

Hanya Allah mendengar bahasa roh suci dan hanya Allah mengetahui keadaannya.
Nikmat bagi roh ini ialah penyaksian terhadap ciptaan Allah yang pertama. Apa yang dilihatnya ialah keindahan Allah. Padanya terdapat penyaksian rahsia. Pandangan dan pendengaran menjadi satu. Tidak ada perbandingan dan tidak ada persamaan tentang apa yang disaksikanya. Dia menyaksikan sifat Allah, keperkasaan dan kekerasan-Nya sebagai esa dengan keindahan, kelembutan dan kemurahan-Nya.
Bila manusia temui matlamatnya, tempat kediamannya, bila dia temui akal asbab, pertimbangan keduniaannya yang memandunya selama ini akan tunduk kepada Perintahnya; hatinya akan rasa gentar bercampur hormat, lidahnya terkunci. Dia tidak berupaya menceritakan keadaan tersebut kerana Allah tidak menyerupai sesuatu.

Bila apa yang diperkatakan di sini sampai ke telinga orang yang
berilmu, mula-mula cubalah memahami tahap pengetahuan sendiri.
Tumpukan perhatian kepada kebenaran (hakikat) mengenai
perkara-perkara yang sudah diketahui sebelum mendongak ke ufuk yang
lebih tinggi, sebelum mencari peringkat baharu, semoga mereka
memperolehi pengetahuan tentang kehalusan perlaksanaan Ilahi. Semoga
mereka tidak menafikan apa yang sudah diperkatakan, tetapi
sebaliknya mereka mencari makrifat, kebijaksanaan untuk mencapai
keesaan. Itulah yang sangat diperlukan.
7: ILMU PENGETAHUAN DAN PERKEMBANGAN KEROHANIAN
Ilmu pengetahuan zahir mengenai benda-benda yang nyata dibahagikan kepada dua belas bahagian dan ilmu pengetahuan batin juga dibahagikan kepada dua belas bahagian. Bahagian-bahagian tersebut dibahagikan di kalangan orang awam dan orang khusus, hamba-hamba Allah yang sejati, menurut kadar keupayaan dan kebolehan mereka.

Bagi tujuan yang berkaitan dengan kita pembicaraan ilmiah mengenai
ini dibuat dalam empat bahagian. Bahagian pertama melibatkan
peraturan agama , mengenai kewajipan dan larangan berhubung dengan
perkara-perkara dan peraturan-peraturan di dalam dunia ini. Kedua
menyentuh soal pengertian atau maksud dalaman serta tujuan kepada
peraturan-peraturan tersebut dan bahagian ini dinamakan bidang
kerohanian yaitu pengetahuan mengenai perkara-perkara yang tidak
nyata. Ketiga mengenai hakikat kerohanian yang tersembunyi yang
dinamakan kearifan. Keempat mengenai hakikat dalaman kepada
hakikat yaitu mengenai kebenaran yang sebenar-benarnya. Manusia
yang sempurna perlu mempelajari semua bidang atau bahagian tersebut dan
mencari jalan ke arahnya.
Nabi s.a.w bersabda, “Agama ialah pokok, kerohanian adalah
dahannya, kearifan (makrifat) adalah daunnya, kebenaran (hakikat)
adalah buahnya. Quran dengan ulasannya, keterangannya,
terjemahannya dan ibarat-ibaratnya mengandungi semuanya itu” . Di
dalam buku al-Najma perkataan-perkataan tafsir, ulasan dan takwil
serta terjemahan melalui ibarat dimengertikan sebagai: ulasan terhadap
Quran adalah keterangan dan perincian bagi faedah kefahaman orang
awam, sementara terjemahan melalui ibarat adalah keterangan tentang
maksud yang tersirat yang boleh diselami melalui tafakur yang
mendalam serta memperolehi ilham sebagaimana yang dialami oleh
orang-orang beriman yang sejati.
Terjemahan yang demikian adalah
untuk hamba-hamba Allah yang khusus lagi teguh, berterusan di dalam
suasana kerohanian mereka dan teguh dengan pengetahuan yang membolehkan
mereka membuat pertimbangan yang benar. Kaki mereka teguh berpijak
di atas bumi sementara hati dan fikiran mereka menjulang kepada
ilmu ketuhanan. Dengan rahmat Allah keadaan berterusan begini yang
tidak bercampur dengan keraguan di tempatkan di tengah-tengah hati
mereka. Hati yang teguh dalam suasana ini bersesuaian dengan
bahagian kalimah tauhid “La ilaha illa Llah” , pengakuan terakhir
keesaan.
“Dia jualah yang menurunkan Kitab kepada kamu. Sebahagiannya adalah
ayat-ayat yang menghukum, yaitu ibu-ibu bagi Kitab, dan
(sebahagian) yang lain adalah ayat-ayat yang perlukan takwil.
Adapun orang-orang yang di hati mereka ada kesesatan mencari-cari
apa yang ditakwil daripadanya kerana hendak membuat fitnah dan
kerana hendak membuat takwilnya sendiri padahal tidak mengetahui
takwilnya melainkan Allah dan orang-orang yang teguh kuat di dalam
ilmu berkata, ‘Kami beriman kepadanya (kerana) semua itu daripada
Tuhan kami', dan tidak mengerti melainkan orang-orang yang
mempunyai fikiran”. (Surah Imraan, ayat 7)
Jika pintu kepada ayat ini terbuka akan terbuka juga semua pintu-pintu kepada alam rahasia batin.
Hamba Allah yang sejati berkewajipan melaksanakan perintah-perintah-Nya dan menjauhkan diri daripada larangan-Nya. Dia juga perlu menentang ego dirinya dan membendung kecenderungan jasad yang tidak sehat. Asas penentangan ego terhadap agama adalah dalam bentuk khayalan dan gambaran yang bercanggah dengan kenyataan. Pada peringkat kerohanian ego yang khianat itu menggalakkan seseorang supaya memperakui dan mengikuti sebab-sebab dan rangsangan yang hanya hampir dengan kebenaran (bukan kebenaran yang sejati), walaupun ianya risalat nabi dan fatwa wali yang telah diubah, juga mengikuti guru yang pendapatnya salah. Pada peringkat makrifat ego cuba menggalakkan seseorang supaya memperakui kewalian dirinya sendiri malah ego juga mengheret seseorang kepada mengakui ketuhanannya – dosa paling besar menganggapkan diri sendiri sebagai bersekutu dengan Allah. Allah berfirman: “Tidakkah engkau perhatikan orang yang mengambil hawa nafsunya sebagai tuhan..” (Surah Furqaan, ayat 43).

Tetapi peringkat kebenaran sejati adalah berbeda. Ego dan iblis
tidak boleh sampai ke sana . Malah malaikat juga tidak sampai ke
sana . Sesiapa sahaja kecuali Allah jika sampai ke sana pasti
terbakar. Jibrail berkata kepada Nabi Muhamamd s.a.w pada sempadan
peringkat ini, “Jika aku mara satu langkah lagi aku akan terbakar
menjadi abu”.
Hamba Allah yang sejati bebas daripada perlawanan egonya dan iblis kerana dia dilindungi oleh perisai keikhlasan dan kesucian.
“Ia (iblis) berkata: Oleh itu demi kemuliaan-Mu, aku akan sesatkan mereka semuanya, kecuali di antara mereka hamba-hamba-Mu yang dibersihkan” . (Surah Shad, ayat 82 & 83).
Manusia tidak dapat mencapai hakikat kecuali dia suci murni kerana sifat-sifat keduniaannya tidak akan meninggalkannya sehinggalah hakikat menyata dalam dirinya. Ini adalah keikhlasan sejati. Kejahilannya hanya akan meninggalkannya bila dia menerima pengetahuan tentang Zat Allah. Ini tidak dapat dicapai dengan pelajaran; hanya Allah tanpa pengantaraan boleh mengajarnya. Bila Allah Yang Maha Tinggi sendiri yang menjadi Guru, Dia kurniakan ilmu yang daripada-Nya sebagaimana Dia lakukan kepada Khaidhir. Kemudian manusia dengan kesedaran yang diperolehinya sampai kepada peringkat makrifat di mana dia mengenali Tuhannya dan menyembah-Nya yang dia kenal.

Orang yang sampai kepada suasana ini memiliki penyaksian roh suci
dan dapat melihat kekasih Allah, Nabi Muhamamd s.a.w. Dia boleh
bercakap dengan baginda s.a.w mengenai segala perkara daripada awal
hingga ke akhirnya dan semua nabi-nabi yang lain memberikannya
khabar gembira tentang janji penyatuan dengan yang dikasihi. Allah
menggambarkan suasana ini: “Kerana Barangsiapa taat kepada Allah
dan rasul-Nya, maka mereka beserta orang-orang yang diberi nikmat
daripada nabi-nabi, siddiqin, syuhada dan salihin dan Alangkah baiknya
mereka ini sebagai sahabat rapat”. (Surah Nisaa' ,ayat 69).
Orang yang tidak boleh menemui pengetahuan ini di dalam dirinya
tidak akan menjadi arif walaupun dia membaca seribu buah buku.
Nikmat yang boleh diharapkan oleh orang yang mempelajari ilmu zahir
ialah syurga; di sana semua yang dapat dilihat adalah kenyataan
sifat-sifat Ilahi dalam bentuk cahaya. Tidak kira bagaimana
sempurna pengetahuannya tentang perkara nyata yang boleh dilihat dan
dipercayai, ia tidak membantu seseorang untuk masuk kepada suasana
kesucian dan mulia, iaitu kehampiran dengan Allah, kerana seseorang
itu perlu terbang ke tempat tersebut dan untuk terbang perlu
kepada dua sayap. Hamba Allah yang sejati adalah yang terbang ke
sana dengan menggunakan dua sayap, iaitu pengetahuan zahir dan
pengetahuan batin, tidak pernah berhenti di tengah jalan, tidak
tertarik dengan apa sahaja yang ditemui dalam perjalanannya. Allah
berfirman melalui rasul-Nya: “Hamba-Ku, jika kamu ingin masuk
kepada kesucian berhampiran dengan-Ku jangan pedulikan dunia ini
ataupun alam tinggi para malaikat, tidak juga yang lebih tinggi di
mana kamu boleh menerima sifat-sifat-Ku yang suci”.
Dunia kebendaan ini menjadi godaan dan tipu daya syaitan kepada
orang yang berilmu. Alam malaikat menjadi rangsangan kepada orang
yang bermakrifat dan suasana sifat-sifat Ilahi menjadi godaan
kepada orang yang memiliki kesedaran terhadap hakikat. Sesiapa yang
berpuas hati dengan salah satu daripada yang demikian akan
terhalang daripada kurniaan Allah yang membawanya hampir dengan Zat-Nya.
Jika mereka tertarik dengan godaan dan rangsangan tersebut mereka
akan berhenti, mereka tidak boleh maju ke hadapan, mereka tidak
boleh terbang lebih tinggi. Walaupun matlamat mereka adalah
kehampiran dengan Pencipta mereka tidak lagi boleh sampai ke sana .
Mereka telah terpedaya, mereka hanya memiliki satu sayap.
Orang yang mencapai kesedaran tentang hakikat yang sebenar,
menerima rahmat dan kurniaan dari Allah yang tidak pernah mata
melihatnya dan tidak pernah telinga mendengarnya dan tidak pernah
hati mengetahui namanya. Inilah syurga kehampiran dan keakraban
dengan Allah. Di sana tidak ada mahligai permata juga tidak ada
bidadari yang cantik sebagai pasangan. Semoga manusia mengetahui nilai
dirinya dan tidak berkehendak, tidak menuntut apa yang tidak layak
baginya. Saidina Ali r.a berkata, “Semoga Allah merahmati orang
yang mengetahui harga dirinya, yang tahu menjaga diri agar berada
di dalam sempadannya, yang memelihara lidahnya, yang tidak
menghabiskan masanya dan umurnya di dalam sia-sia”.
Orang yang berilmu mestilah menyedari bahawa bayi roh yang lahir
dalam hatinya adalah pengenalan mengenai kemanusiaan yang sebenar,
iaitu insan yang sejati. Dia patut mendidik bayi hati, ajarkan
keesaan melalui berterusan menyedari tentang keesaan – tinggalkan
keduniaan kebendaan ini yang berbilang-bilang, cari alam
kerohanian, alam rahsia di mana tiada yang lain kecuali Zat Allah. Dalam
kenyataannya di sana bukan tempat, ia tidak ada permulaan dan
tidak ada penghujung. Bayi hati terbang melepasi padang yang tiada
berkesudahan itu, menyaksikan perkara-perkara yang tidak pernah
dilihat mata sebelumnya, tiada sesiapa bercerita mengenainya, tiada
sesiapa boleh menggambarkannya.
Tempat yang menjadi rumah kediaman bagi
mereka yang meninggalkan diri mereka dan menemui keesaan dengan
Tuhan mereka, mereka yang memandang dengan pandangan yang sama
dengan Tuhan mereka, pandangan keesaan. Bila mereka menyaksikan
keindahan dan kemuliaan Tuhan mereka tidak ada apa lagi yang
tinggal dengan mereka. Bila dia melihat matahari dia tidak dapat
melihat yang lain, dia juga tidak dapat melihat dirinya sendiri. Bila
keindahan dan kemurahan Allah menjadi nyata apa lagi yang tinggal
dengan seseorang? Tidak ada apa-apa!
Nabi s.a.w bersabda, “Seseorang perlu dilahirkan dua kali untuk
sampai kepada alam malaikat”. Ia adalah kelahiran maksud daripada
perbuatan dan kelahiran rohani daripada jasad. Kemungkinan yang
demikian ada dengan manusia. Ini adalah keanehan rahsia manusia. Ia
lahir daripada percampuran pengetahuan tentang agama dan kesedaran
terhadap hakikat, sebagaimana bayi lahir hasil daripada
percampuran dua titik air.
“Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia daripada setitik (mani) yang bergiliran, yang Kami berikan percubaan kepada mereka, iaitu Kami jadikan dia mendengar dan melihat”. (Surah Insaan, ayat 2).
“Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia daripada setitik (mani) yang bergiliran, yang Kami berikan percubaan kepada mereka, iaitu Kami jadikan dia mendengar dan melihat”. (Surah Insaan, ayat 2).
Bila maksud menjadi nyata dalam kewujudan ia menjadi mudah untuk
melepasi bahagian yang cetek dan masuk ke dalam laut penciptaan dan
membenamkan dirinya ke dasar hukum-hukum peraturan Allah. Sekalian
alam kebendaan ini hanyalah satu titik jika dibandingkan dengan
alam kerohanian. Hanya bila semua ini difahamkan maka kuasa
kerohanian dan cahaya keajaiban yang bersifat ketuhanan, hakikat
yang sebenar-benarnya, memancar ke dalam dunia tanpa perkataan tanpa
suara.
8: TAUBAT DAN PENGAJARAN MELALUI PERKATAAN
Tahap-tahap dan peringkat-peringkat perubahan kerohanian telah pun disebut. Perlu ditegaskan bahawa setiap peringkat dicapai terutamanya dengan taubat. Bolehlah dipelajari cara bertaubat dengan orang yang mengetahui cara berbuat demikian dan yang telah sendirinya bertaubat. Taubat yang sebenar dan menyeluruh merupakan langkah pertama di dalam perjalanan. “(Ingatlah) tatkala orang-orang kafir itu adakan dalam hati mereka kesombongan (iaitu) kesombongan jahiliah. Lalu Allah turunkan ketenteraman atas rasul-Nya dan atas mukmin. Dan Dia wajibkan mereka (ucapkan) perkataan menjaga keselamatan (taubat) kerana mereka lebih berhak dengan itu, dan memang (mereka) ahlinya, dan adalah Allah mengetahui tiap sesuatu”. (Surah Fath, ayat 26).

Keadaan takutkan Allah mempunyai maksud yang sama dengan kalimah “
La ilaha illa Llah” – tiada Tuhan, tiada apa-apa, kecuali Allah.
Bagi orang yang mengetahui ini akan ada perasaan takut
kehilangan-Nya, kehilangan perhatian-Nya, cinta-Nya, keampunan-Nya;
dia takut dan malu melakukan kesalahan sedangkan Dia melihat, dan
takutkan azab-Nya. Jika seseorang itu tidak berkeadaan demikian dia
perlu mendapatkaan orang yang takutkan Allah dan menerima keadaan
takutkan Allah itu daripada orang berkenaan.
Sumber dari mana perkataan itu diterima mestilah bersih dan suci
daripada segala-galanya kecuali Allah, dan sesiapa yang menerimanya
mestilah ada kebolehan untuk membezakan antara perkataan orang yang
suci hatinya dengan perkataan orang awam. Penerimanya mestilah
sedar cara perkataan itu diucapkan, kerana perkataan yang bunyinya
sama mungkin mempunyai maksud yang jauh berbeza. Tidak mungkin
perkataan yang datangnya daripada sumber yang asli sama dengan
perkataan yang datangnya daripada sumber lain.
Hatinya menjadi hidup bila dia menerima benih tauhid daripada hati
yang hidup kerana benih yang demikian sangat subur, itulah benih
kehidupan. Tidak ada yang tumbuh daripada benih yang kering lagi tiada
kehidupan. Kalimah suci “La ilaha illa Llah” disebut dua kali di
dalam Quran menjadi bukti. “(Kerana) apabila dikata kepada mereka
“Tiada Tuhan melainkan Allah” mereka menyombong. Dan mereka
berkata, ‘Apakah kami mesti tinggalkan tuhan-tuhan kami buat
(mengikut) seorang ahli syair dan gila?” (Surah Shaaffaat. Ayat 35
& 36).
Ini adalah keadaan orang awam yang baginya rupa luar termasuk
kewujudan zahirnya adalah tuhan-tuhan. “Oleh itu Ketahuilah bahawa
tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan mintalah perlindungan bagi
buah amal kamu, dan bagi mukmin dan mukminat, dan Allah mengetahui
tempat usaha kamu (di siang hari) dan tempat kembali kamu (pada
malam hari)”. (Surah Muhammad, ayat 19).
Firman Allah ini menjadi panduan kepada orang-orang beriman yang tulen yang takutkan Allah.
Saidina Ali r.a meminta Rasulullah s.a.w mengajarkan kepadanya cara yang mudah, paling bernilai, paling cepat kepada keselamatan. Baginda s.a.w menanti Jibrail memberikan jawapannya daripada sumber Ilahi. Jibrail datang dan mengajarkan baginda s.a.w mengucapkan “La ilaha” sambil memusingkan mukanya yang diberkati ke kanan, dan mengucapkan “illa Llah” sambil memusingkan mukanya ke kiri, ke arah hati sucinya yang diberkati. Jibrail mengulanginya tiga kali; Nabi s.a.w mengulanginya tiga kali dan mengajarkan yang demikian kepada Saidina Ali r.a dengan mengulanginya tiga kali juga. Kemudian baginda s.a.w mengajarkan yang demikian kepada sahabat-sahabat baginda. Saidina Ali r.a merupakan orang yang pertama bertanya dan menjadi orang yang pertama diajarkan.

Kemudian satu hari selepas kembali daripada peperangan, Nabi s.a.w
berkata kepada pengikut-pengikut baginda, “Kita baharu kembali
daripada peperangan yang kecil untuk menghadapi peperangan yang
besar” . Baginda s.a.w merujukkan kepada perjuangan dengan ego diri
sendiri, keinginan yang rendah yang menjadi musuh kepada penyaksian
kalimah tauhid. Baginda s.a.w bersabda, “Musuh kamu yang paling
besar ada di bawah rusuk kamu ”.
Cinta Ilahi tidak akan hidup sehinggalah musuhnya, hawa nafsu badaniah kamu, mati dan meninggalkan kamu.
Cinta Ilahi tidak akan hidup sehinggalah musuhnya, hawa nafsu badaniah kamu, mati dan meninggalkan kamu.
Mula-mulanya kamu mesti bebas daripada ego kamu yang mengheret kamu
kepada kejahatan. Kemudian kamu akan mula memiliki suara hati yang
belum penuh, walaupun kamu masih belum bebas sepenuhnya daripada
dosa. Kamu akan memiliki perasaan mengkritik diri sendiri – tetapi ia
belum mencukupi. Kamu mesti melepasi tahap tersebut kepada
peringkat di mana hakikat yang sebenarnya dibukakan kepada kamu,
kebenaran tentang benar dan salah. Kemudian kamu akan berhenti
melakukan kesalahan dan akan hanya melakukan kebaikan. Dengan
demikian diri kamu akan menjadi bersih.
Di dalam menentang hawa nafsu
dan tarikan badan kamu, kamu mestilah melawan nafsu kehaiwanan –
kerakusan, terlalu banyak tidur, pekerjaan yang sia-sia – dan
menentang sifat-sifat haiwan liar di dalam diri kamu – kekejian,
marah, kasar dan berkelahi. Kemudian kamu mesti usahakan membuang
perangai-perangai ego yang jahat, takabur, sombong, dengki, dendam,
tamak dan lain-lain penyakit tubuh dan hati kamu. Cuma orang yang
berbuat demikian yang benar-benar bertaubat dan menjadi bersih, suci
murni dan tulen. “Sesungguhnya Allah kasih kepada orang yang bertaubat
dan memelihara kesuciannya”. (Surah Baqarah, ayat 222).
Dalam melakukan taubat seseorang itu mestilah mengambil perhatian
supaya penyesalannya tidak samar-samar dan tidak juga secara umum
agar dia tidak jatuh ke dalam ancaman Allah: “Tidak kira berapa
banyak mereka bertaubat mereka tidak sebenarnya menyesal. Taubat
mereka tidak diterima”.
Ini ditujukan kepada mereka yang hanya mengucapkan kata-kata taubat tetapi tidak tahu sejauh mana dosa mereka, malah tidak mengambil tindakan pembaikan dan pencegahan. Itulah taubat yang biasa, taubat zahir yang tidak menusuk kepada punca dosa. Ia adalah umpama orang yang cuba menghapuskan rumput dengan memotong bahagian di atas tanah tetapi tidak mencabut akarnya yang di dalam bumi. Tindakan yang demikian membantu rumput untuk tumbuh dengan lebih segar.

Orang yang bertaubat dengan mengetahui kesalahannya dan punca
kesalahan itu berazam tidak mengulanginya dan membebaskan dirinya
daripada kesalahan itu, mencabut akar pokok yang merosakkan itu.
Cangkul yang digunakan untuk menggali akarnya, punca kepada
dosa-dosa, ialah pengajaran kerohanian daripada guru yang benar.
Tanah mestilah dibersihkan sebelum ditanam pokok orkid.
“Dan Kami bawakan perumpamaan kepada manusia supaya mereka memikirkannya”. (Surah Hasyr, ayat 21).
“Dia jualah Penerima taubat hamba-hamba-Nya dan mengampunkan dosa, dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (Surah Syura, ayat 25).
“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan amal salih, maka mereka itu Allah tukarkan kejahatan mereka dengan kebaikan kerana adalah Allah itu Pengampun, Penyayang”. (Surah Furqaan, ayat 70).

Ketahuilah taubat yang diterima tandanya ialah seseorang itu tidak lagi jatuh ke dalam dosa tersebut.
Ada dua jenis taubat , taubat orang dan taubat mukmin sejati . Orang awam berharap meninggalkan kejahatan dan masuk kepada kebaikan dengan cara mengingati Allah dan mengambil langkah usaha bersungguh-sungguh, meninggalkan hawa nafsunya dan kesenangan badannya dan menekankan egonya. Dia mesti meninggalkan keegoannya yang ingkar terhadap peraturan Allah dan masuk kepada taat. Itulah taubatnya yang menyelamatkannya dari neraka dan memasukkannya ke dalam syurga.

Orang mukmin sejati, hamba Allah yang tulen, berada di dalam
suasana yang jauh berbeza. Mereka berada pada makam makrifat yang
jauh lebih tinggi daripada makam orang awam yang paling baik. Sebenarnya
bagi mereka tidak ada lagi anak tangga untuk dipanjat; mereka
telah sampai kepada kehampiran dengan Allah. Mereka telah
meninggalkan kesenangan dan nikmat dunia ini dan menikmati
kelazatan alam kerohanian – rasa kehampiran dengan Allah, nikmat
menyaksikan Zat-Nya dengan mata keyakinan.
Perhatian orang awam tertuju kepada dunia ini dan kesenangan mereka
adalah merasai nikmat kebendaan dan kewujudan kebendaannya. Malah,
jika kewujudan kebendaan manusia dan dunia merupakan satu kesilapan
begitu jugalah nikmat dan kecacatan yang paling baik daripadanya.
Kata-kata yang diucapkan oleh orang arif, “Kewujudan dirimu
merupakan dosa, menyebabkan segala dosa menjadi kecil jika
dibandingkan dengannya” . Orang arif selalu mengatakan bahawa
kebaikan yang dilakukan oleh orang baik-baik tidak mencapai
kehampiran dengan Allah tidak lebih daripada kesalahan orang yang
hampir dengan-Nya. Jadi, bagi mengajar kita memohon keampunan terhadap
kesalahan yang tersembunyi yang kita sangkakan kebaikan, Nabi s.a.w
yang tidak pernah berdosa memohon keampunan daripada Allah sebanyak
seratus kali sehari. Allah Yang Maha Tinggi mengajarkan kepada
rasul-Nya: “Pintalah perlindungan bagi buah amal kamu dan bagi
mukmin dan mukminat”. (Surah Muhamamd, ayat 19).
Dia jadikan rasul-Nya yang suci murni sebagai teladan tentang cara
bertaubat – dengan merayu kepada Allah supaya menghilangkan ego
seseorang, sifat-sifatnya dan dirinya, semuanya pada diri seseorang,
mencabut kewujudan diri seseorang. Inilah taubat yang sebenarnya.
Taubat yang demikian meninggalkan segala-galanya kecuali Zat Allah,
dan berazam untuk kembali kepada-Nya, kembali kepada kehampiran-Nya
untuk melihat Wajah Ilahi. Nabi s.a.w menjelaskan taubat yang demikian
dengan sabda baginda s.a.w, “ Ada sebahagian hamba-hamba Allah
yang tulen yang tubuh mereka berada di sini tetapi hati mereka
berada di sana , di bawah arasy”. Hati mereka berada pada langit
kesembilan, di bawah arasy Allah kerana penyaksian suci terhadap
Zat-Nya tidak mungkin berlaku pada alam bawah.
Di sini hanya kenyataan atau penzahiran sifat-sifat suci-Nya yang
dapat disaksikan, memancar ke atas cermin yang bersih kepunyaan
hati yang suci. Saidina Umar r.a berkata, “Hatiku melihat Tuhanku dengan
cahaya Tuhanku”. Hati yang suci adalah cermin di mana keindahan,
kemuliaan dan kesempurnaan Allah memancar. Nama lain yang diberi
kepada suasana ini ialah pembukaan (kasyaf), menyaksikan
sifat-sifat Ilahi yang suci.
Bagi memperolehi suasana tersebut, untuk membersihkan dan menyinarkan hati, perlulah kepada guru yang matang, yang di dalam keesaan dengan Allah, yang disanjung dan dimuliakan oleh semua, dahulu dan sekarang. Guru berkenaan mestilah telah sampai kepada makam kehampiran dengan Allah dan dihantar balik ke alam rendah oleh Allah untuk membimbing dan menyempurnakan mereka yang layak tetapi masih mempunyai kecacatan.

Di dalam penurunan mereka untuk melakukan tugas tersebut wali-wali
Allah mestilah berjalan Sesuai dengan sunnah Rasulullah s.a.w
dengan mengikuti teladan baginda s.a.w, tetapi tugas mereka berlainan
dengan tugas rasul. Rasul diutuskan untuk menyelamatkan orang ramai
dan juga orang-orang yang beriman. Guru-guru tadi pula tidak
dihantar untuk mengajar semua orang tetapi hanyalah sebilangan yang
dipilih sahaja. Rasul-rasul diberi kebebasan dalam menjalankan
tugas mereka, sementara wali-wali yang mengambil tugas sebagai guru
mesti mengikuti jalan rasul-rasul dan nabi-nabi.
Guru kerohanian yang mengaku diri mereka merdeka, menyamakan
dirinya dengan nabi, jatuh kepada kesesatan dan kekufuran. Bila
Nabi s.a.w mengatakan sahabat-sahabat baginda yang arif adalah umpama
nabi-nabi Bani Israil, baginda memaksudkan lain daripada ini –
kerana nabi-nabi yang datang selepas Musa a.s semuanya mengikuti
prinsip agama yang dibawa oleh Musa a.s. Mereka tidak membawa
peraturan baharu. Mereka mengikuti undang-undang yang sama.
Seperti
mereka juga orang-orang arif dari kalangan umat Nabi Muhammad
s.a.w yang bertugas membimbing sebahagian daripada orang-orang suci yang
dipilih, mengikuti kebijaksanaan Nabi s.a.w, tetapi menyampaikan
perintah dan larangan dengan cara baharu yang berbeza, terbuka dan
jelas, menunjukkan kepada murid-murid mereka dengan perbuatan yang
mereka kerjakan pada masa dan keadaan yang berlainan. Mereka
memberi dorongan kepada murid-murid mereka dengan menunjukkan kelebihan
dan keindahan prinsip-prinsip agama. Tujuan mereka ialah membantu
pengikut-pengikut mereka menyucikan hati yang menjadi tapak untuk
membena tugu makrifat.
Dalam semua itu mereka mengikut teladan daripada pengikut-pengikut
Rasulullah s.a.w yang terkenal sebagai ‘golongan yang memakai baju
bulu' yang telah meninggalkan semua aktiviti keduniaan untuk berdiri
di pintu Rasulullah s.a.w dan berada hampir dengan baginda. Mereka
menyampaikan khabar sebagaimana mereka menerimanya secara langsung
daripada mulut Rasulullah s.a.w.
Dalam kehampiran mereka dengan
Rasulullah s.a.w mereka telah sampai kepada peringkat di mana
mereka boleh bercakap tentang rahsia israk dan mikraj Rasulullah
s.a.w sebelum baginda membuka rahsia tersebut kepada sahabat-sahabat
baginda.
Wali-wali yang menjadi guru memiliki kehampiran yang serupa dengan Nabi s.a.w dengan Tuhannya. Amanah dan penjagaan terhadap ilmu ketuhanan yang serupa dianugerahkan kepada mereka. Mereka merupakan Pemegang sebahagian daripada kenabian, dan diri batin mereka selamat di bawah penjagaan Rasulullah s.a.w.

Tidak semua orang yang memiliki ilmu berada di dalam keadaan
tersebut. Mereka yang sampai ke situ adalah yang lebih hampir
kepada Rasulullah s.a.w daripada anak-anak dan keluarga mereka sendiri
dan mereka adalah umpama anak-anak kerohanian Rasulullah s.a.w yang
hubungannya lebih erat daripada hubungan darah. Mereka adalah
pewaris sebenar kepada Nabi s.a.w. Anak yang sejati memiliki zat
dan rahsia bapanya pada rupa zahirnya dan juga pada batinnya. Nabi
s.a.w menjelaskan rahasia ini, “Ilmu khusus adalah umpama khazanah
rahasia yang hanya mereka yang mengenali Zat Allah boleh
mendapatkannya.
Namun bila rahasia itu dibukakan orang yang mempunyai
kesedaran dan ikhlas tidak menafikannya”.
Ilmu tersebut dimasukkan kepada Nabi s.a.w pada malam baginda s.a.w mikraj kepada Tuhannya. Rahsia itu tersembunyi di dalam diri baginda di sebalik tiga ribu tabir hijab. Baginda s.a.w tidak membuka rahsianya melainkan kepada sebahagian pengikut baginda yang sangat hampir dengan baginda. Melalui penyebaran dan keberkatan rahsia inilah Islam akan terus memerintah sehingga ke hari kiamat.

Pengetahuan batin tentang yang tersembunyi membawa seseorang kepada
rahsia tersebut. Sains, kesenian dan kemahiran keduniaan adalah
umpama kerangka kepada pengetahuan batin. Mereka yang memiliki
pengetahuan kerangka itu bolehlah mengharapkan satu hari nanti
mereka diberi kesempatan untuk memiliki apa yang di dalam kerangka.
Sebahagian daripada mereka yang berilmu memiliki apa yang patut
dimiliki oleh seorang manusia secara umumnya sementara sebahagian
yang lain menjadi ahli dan memelihara ilmu tersebut daripada
hilang.
Ada golongan yang menyeru kepada Allah dengan nasihat yang baik.
Sebahagian daripada mereka mengikuti sunnah Nabi s.a.w dan
dipimpin oleh Saidina Ali r.a. yang menjadi pintu kepada gedung
ilmu yang melaluinya masuklah mereka yang menerima undangan dari
Allah. “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan bijaksana dan nasihat dan
bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik” . (Surah Nahl, ayat
125).
Maksud dan perkataan mereka adalah sama. Perbezaan pada zahirnya hanyalah pada perkara-perkara terperinci dan cara pelaksanaannya.
Maksud dan perkataan mereka adalah sama. Perbezaan pada zahirnya hanyalah pada perkara-perkara terperinci dan cara pelaksanaannya.
Sebenarnya ada tiga makna yang kelihatan sebagai tiga jenis ilmu
yang berbeza – dilakukan secara berbeza, tetapi menjurus kepada
yang satu Sesuai dengan sunnah Rasulullah s.a.w. Ilmu dibahagikan kepada
tiga yang tidak ada seorang manusia boleh menanggung keseluruhan
beban ilmu itu juga tidak berupaya mengamalkan dengan sekaliannya.
Bahagian pertama ayat di atas “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan
bijaksana (hikmah)” , Sesuai dengan makrifat, zat dan permulaan
kepada segala sesuatu, pemiliknya mestilah sebagaimana Nabi s.a.w
beramal Sesuai dengannya. Ia hanya dikurniakan kepada lelaki sejati
yang berani, tentera kerohanian yang akan mempertahankan kedudukannya
dan menyelamatkan ilmu tersebut. Nabi s.a.w bersabda, “Kekuatan
semangat lelaki sejati mampu menggoncang gunung” . Gunung di sini
menunjukkan keberatan hati sesetengah manusia. Doa lelaki sejati
yang menjadi tentera kerohanian dimakbulkan. Bila mereka
menciptakan sesuatu ia berlaku, bila mereka mahukan sesuatu hilang
maka ia pun hilang. “Dia kurniakan hikmah kepada sesiapa yang Dia
kehendaki, dan Barangsiapa dikurniakan hikmah maka sesungguhnya dia
telah diberi kebajikan yang banyak”. (Surah Baqarah, ayat 269).
Jenis kedua ialah ilmu zahir yang disebut Quran sebagai “seruan
yang baik”. Ia menjadi kulit kepada hikmah kebijaksanaan rohani.
Mereka yang memilikinya menyeru kepada kebaikan, mengajar manusia
berbuat baik dan meninggalkan larangan-Nya. Nabi s.a.w memuji mereka.
Orang yang berilmu menyeru dengan lemah lembut dan baik hati,
sementara yang jahil menyeru dengan kasar dan kemarahan.
Jenis ketiga ialah ilmu yang menyentuh kehidupan manusia di dalam
dunia. Ia disebut sebagai ilmu agama (syariat) yang menjadi sarang
kepada hikmah kebijaksanaan (makrifat). Ia adalah ilmu yang
diperuntukkan kepada mereka yang menjadi pemerintah manusia;
menjalankan keadilan ke atas sesama manusia; pentadbiran manusia ke
atas sesama manusia. Bahagian terakhir ayat Quran yang di atas
tadi menceritakan tugas mereka “dan berbincanglah dengan mereka
dengan cara yang lebih baik”. Mereka ini menjadi kenyataan kepada
sifat Allah “al-Qahhar” Yang Maha Keras. Mereka berkewajipan menjaga
peraturan di kalangan manusia selaras dengan hukum Tuhan, seumpama
sabut melindungi tempurung dan tempurung melindungi isi.
Nabi s.a.w menasihatkan, “Biasakan dirimu berada di dalam majlis
orang-orang arif, taatlah kepada pemimpin kamu yang adil. Allah
Yang Maha Tinggi menghidupkan hati dengan hikmah seperti Dia
jadikan bumi yang mati hidup dengan tumbuh-tumbuhan dengan menurunkan
hujan” . Baginda s.a.w juga bersabda , “Hikmah adalah harta yang
hilang bagi orang yang beriman, dikutipnya di mana sahaja ditemuinya”.
Malah perkataan yang diucapkan oleh manusia biasa datangnya daripada Loh Terpelihara menurut hukum Allah terhadap segala perkara daripada awal hingga akhir. Loh itu disimpan pada alam tinggi pada akal asbab tetapi perkataan diucapkan menurut makam seseorang. Perkataan mereka yang telah mencapai makam makrifat adalah secara langsung daripada alam tersebut, makam kehampiran dengan Allah. Di sana tidak ada perantaraan.

Ketahuilah bahawa semua akan kembali kepada asal mereka. Hati, zat,
mesti dikejutkan; jadikan ianya hidup untuk mencari jalan kembali
kepada asalnya yang suci murni. Ia mesti mendengar seruan. Seseorang
mesti mencari orang yang orang yang daripadanya seruan itu muncul,
melaluinya zahir seruan. Itulah guru yang sebenar. Ini merupakan
kewajipan bagi kita. Nabi s.a.w bersabda, “Menuntut ilmu wajib bagi
setiap orang Islam lelaki dan perempuan”. Ilmu tersebut merupakan
peringkat terakhir semua ilmu, itulah ilmu makrifat, ilmu yang akan
membimbing seseorang kepada asalnya, yang sebenar (hakikat). Ilmu
yang lain perlu menurut sekadar mana keperluannya. Allah menyukai
mereka yang meninggalkan cita-cita dan angan-angan kepada dunia,
kemuliaan dan kebesarannya, kerana kepentingan duniawi ini
menghalang seseorang kepada Allah. “Katakanlah: “Aku tidak meminta
kepadamu upah atas (menyampaikan)nya, kecuali percintaan (kepadaku)
lantaran kerabat”. (Surah Syura, ayat 23).
Ditafsirkan maksud perkataan “apa yang hampir dengan kamu” ialah datang hampir dengan kebenaran.
9: KEROHANIAN ISLAM DAN AHLI SUFI
Sufi adalah perkataan Arab – saf, yang bererti tulen. Alam batin sufi dipersucikan, menjadi tulen dan diterangi oleh cahaya makrifat, penyatuan dan keesaan.
Istilah sufi dikaitkan juga dengan bidang kerohanian mereka yang sentiasa berhubung dengan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w yang dikenali sebagai ‘puak yang memakai baju bulu'. Saf, pakaian bulu yang kasar menggambarkan keadaan mereka yang miskin lagi hina. Kehidupan dunia di dalam kesempatan. Mereka berjimat cermat di dalam makanan, minuman dan lain-lain. Dalam buku ‘al-Majm' ada dikatakan, “Apa yang terjadi kepada ahli suluk yang suci ialah pakaian dan kehidupan mereka sangat sederhana dan hina”.

Walaupun
mereka kelihatan tidak menarik secara keduniaan tetapi hikmah
kebijaksanaan (makrifat) mereka ternyata pada sifat mereka yang
lemah lembut dan halus, yang menjadikan mereka menarik kepada
sesiapa yang mengenali mereka. Mereka menjadi contoh kepada alam
manusia. Mereka berpandukan ilmu Ilahi. Pada pandangan Tuhan mereka
berada pada martabat pertama kemanusiaan. Dalam pandangan mereka
yang mencari Tuhan puak sufi ini kelihatan cantik walaupun pada
zahirnya buruk. Mereka mesti dikenali dan berupaya mengenali, dan
mereka dengan mesti dengan cara itu iaitu satu dan semua, kerana
mereka semua berada pada makam keesaan dan mesti nyata sebagai satu.
Dalam bahasa Arab perkataan tasawwuf, kerohanian Islam, terdiri
daripada empat huruf – ‘ta', ‘sin', ‘wau' dan ‘pa' (t,s,w,f). Huruf
pertama, t, bermaksud taubat . Ini adalah langkah pertama perlu
diambil pada jalan ini. Ia adalah seolah-olah dua langkah, satu
zahir dan satu batin . Taubat zahir dalam perkataan, perbuatan dan
perasaan, menjaga kehidupan agar bebas daripada dosa dan kesalahan
dan cenderung untuk berbuat kebaikan dan ketaatan; meninggalkan
keingkaran dan penentangan, mencari kesejahteraan dan kedamaian . Taubat
batin dilakukan oleh hati. Penyucian hati daripada hawa nafsu
duniawi yang huru hara dan hati bulat berazam mahu mencapai alam
ketuhanan. Taubat – mengawasi kesalahan dan meninggalkannya,
menyedari kebenaran dan berjuang ke arahnya – membawa seseorang
kepada langkah kedua.
Langkah kedua ialah keadaan aman dan sejahtera, safa . Huruf ‘s'
adalah simbolnya . Dalam peringkat ini juga ada dua langkah perlu
diambil. Pertama ialah ke arah kesucian di dalam hati dan kedua
pula ke arah pusat hati. Hati yang tenang datang daripada hati yang
bebas daripada kesusahan, keresahan yang disebabkan oleh masalah
semua kebendaan ini, masalah makan, minum, tidur, perkataan yang
sia-sia. Dunia ini seumpama tenaga tarikan bumi, menarik hati ke
bawah, dan untuk membebaskan hati daripada masalah tersebut menyebabkan
berlaku tekankan kepada hati. Di sana ada pula ikatan-ikatan – hawa
nafsu dan kehendak, pemilikan, kasihkan keluarga dan anak-anak –
yang mengikat hati seni kepada bumi dan menghalangnya terbang
tinggi.
Cara membebaskan hati, bagi menyucikannya, adalah dengan mengingati
Allah. Pada permulaan ingatkan ini berlaku secara luaran, dengan
mengulangi nama-nama Tuhan, menyebutnya kuat-kuat sehingga kamu dan
orang lain boleh mendengarnya. Apabila ingatkan kepada-Nya sudah
berterusan ingatkan tersebut masuk ke dalam hati dan berlaku di dalam
senyap. Allah berfirman: “Sesungguhnya orang mukmin itu ialah
mereka yang apabila disebut (nama) Allah, takutlah hati-hati
mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah menambahkan lagi
keimanan mereka, dan kepada Tuhan merekalah mereka kembali” .
(Surah Anfaal, ayat 2).
Takutkan Allah dalam ayat tersebut bermaksud takut dan harap,
hormat dan kasihkan Allah. Dengan ingatan dan ucapan nama-nama
Allah hati menjadi jaga dari ketiduran dan kelalaian, menjadi suci
bersih dan bersinar. Kemudian bentuk dan rupa dari alam ghaib
menyata di dalam hati. Nabi s.a.w bersabda, “Ahli ilmu zahir
mendatangi dan menerkam sesuatu dengan akal fikirannya sementara
ahli ilmu batin sibuk membersihkan dan menggilap hati mereka”.
Kesejahteraan pada pusat rahsia bagi hati diperolehi dengan
membersihkan hati daripada segala sesuatu dan menyediakannya untuk
menerima Zat Allah semata-mata yang memenuhi ruang hati apabila hati
sudah diperindahkan dengan kecintaan Allah. Alat pembersihannya ialah
berterusan mengingati dan menyebut di dalam hati, dengan lidah
rahsia akan kalimah tauhid “La ilaha illa Llah”. Bila hati dan
pusat hati berada dalam suasana tenang dan damai maka peringkat
kedua yang disimbolkan sebagai huruf ‘s' selesai.
Huruf ketiga ‘w' bermaksud wilayah, suasana kesucian dan keaslian pencinta-pencinta Allah dan sahabat-sahabat-Nya . Keadaan ini bergantung kepada kesucian batin. Allah menggambarkan sahabat-sahabat-Nya dengan firman-Nya: “Ketahuilah, sesungguhnya pembantu-pembantu Allah tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak mereka berdukacita. Bagi merekalah kegembiraan di penghidupan dunia dan akhirat…”. (Surah Yunus, ayat 62 – 64).

Seseorang yang di dalam kesucian menyedari sepenuhnya tentang
Allah, mencintai-Nya fan berhubungan dengan-Nya. Hasilnya dia
diperelokkan dengan peribadi, akhlak dan perangai yang terbaik. Ini
merupakan hadiah suci yang dikurniakan kepada mereka. Nabi s.a.w
bersabda, “Perhatikanlah akhlak yang mulia dan berbuatlah sesuai
dengannya” . Dalam peringkat ini orang yang di dalam kesedaran
tersebut meninggalkan sifat-sifat keduniaannya yang sementara dan
kelihatanlah dia diliputi oleh sifat-sifat Ilahi yang suci. Dalam
hadis Qudsi Allah berfirman: “Bila Aku kasihkan hamba-Ku, Aku
menjadi pendengarannya, penglihatannya, percakapannya, pemegangnya dan
perjalanannya”.
Keluarkan segala-galanya dari hati kamu dan biarkan Allah sahaja yang berada di sana . “Dan katakanlah telah datang kebenaran dan telah lenyap kepalsuan kerana sesungguhnya kepalsuan itu akan lenyap”. (Surah Bani Israil, ayat 81).

Bila kebenaran telah datang dan kepalsuan telah lenyap maka selesailah peringkat wilayah.
Huruf keempat ‘f' bermakna fana, lenyap diri sendiri ke dalam ketiadaan. Diri yang palsu akan hancur dan hilang apabila sifat-sifat yang suci memasuki seseorang, dan apabila sifat-sifat serta keperibadian yang banyak menghalang tempatnya akan diganti oleh satu sahaja sifat keesaan.
Dalam kenyataan hakikat sentiasa hadir. Ia tidak hilang dan tidak juga berkurangan. Apa yang berlaku adalah orang yang beriman menyedari dan menjadi satu dengan yang menciptakannya. Dalam suasana berada dengan-Nya orang yang beriman memperolehi kurniaan-Nya; manusia yang sementara menemui kewujudan yang sebenar dengan menyedari rahsia abadi. “Semua akan binasa kecuali Wajah-Nya”. (Surah Qasas, ayat 88).

Cara untuk menyedari hakikat ini ialah melalui anugerah-Nya, dengan
kehendak-Nya. Bila kamu berbuat kebaikan semata-mata kerana-Nya
dan bersesuaian dengan kehendak-Nya kamu akan menjadi hampir dengan
hakikat-Nya, Zat-Nya. Kemudian semua akan lenyap kecuali Yang Esa yang
meredai dan yang Dia diredai, bersatu. Perbuatan baik adalah ibu
yang melahirkan bayi kebenaran; kehidupan dalam kesedaran bagi
manusia yang sebenar-benarnya.
“Perkataan yang baik dan perbuatan yang baik naik kepada Allah” . (Surah Fatir, ayat 10).
Jika seseorang berbuat sesuatu dan jika kewujudannya bukan untuk Allah sahaja maka dia mengadakan sekutu bagi Allah, dia meletakkan yang lain pada tempat Allah – dosa yang tidak diampunkan yang akan memusnahkannya, lambat atau cepat. Tetapi bila diri dan kepentingan diri fana seseorang itu mencapai peringkat bersatu dengan Allah. Allah menggambarkan makam tersebut: “Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (adalah) dalam kebun-kebun dan (dekat) sungai-sungai. Di tempat duduk kebenaran, di sisi Raja Agung yang sangat berkuasa”. (Surah Qamar, ayat 54 & 55).

Tempat itu ialah tempat bagi hakikat yang penting, hakikat kepada
hakikat-hakikat, tempat penyatuan dan keesaan. Ia adalah tempat
yang disediakan untuk nabi-nabi, untuk mereka yang dikasihi oleh
Allah, untuk para sahabat-Nya. Allah beserta orang-orang yang benar.
Bila kewujudan bersatu dengan wujud yang abadi ia tidak boleh
dipandang sebagai kewujudan yang terpisah. Bila semua ikatan
keduniaan ditanggalkan dan seseorang itu dalam suasana kesatuan
dengan Allah, dengan kebenaran (hakikat) Ilahi, dia menerima
kesucian yang abadi, tidak akan tercemar lagi, dan masuk ke dalam
golongan: “Mereka itu ahli syurga yang kekal di dalamnya”. (Surah
A'raaf, ayat 42).
Mereka adalah: “Orang-orang yang beriman dan beramal salih” . (Surah A'raaf, ayat 42).
Bagaimanapun: “ Kami tidak memberatkan satu diri melainkan sekadar kuasanya” . (Surah A'raaf, ayat 42).
Tetapi seseorang memerlukan kesabaran yang kuat: “Dan Allah beserta orang yang sabar” . (Surah Anfaal, ayat 66).
10: ZIKIR
Allah Yang Maha Tinggi menunjukkan jalan kepada para pencari supaya mengingati-Nya: “Dan hendaklah kamu sebut Dia sebagaimana Dia pimpin kamu. (Surah Baqaraah, ayat 198).
Ini bermakna Pencipta kamu telah membawa kamu ke peringkat kesedaran dan keyakinan yang tertentu dan kamu hanya boleh mengingati-Nya menurut kadar keupayaan tersebut. Nabi s.a.w bersabda, “Ucapan zikir yang paling baik adalah yang aku dan sekalian nabi-nabi bawa, itulah kalimah “La ilaha illa Llah”.
Terdapat berbagai-bagai peringkat zikir dan masing-masing ada cara yang berlainan.

Ada yang diucap dengan lidah secara kuat dan ada
pula yang diucapkan secara senyap, dari lubuk hati. Pada peringkat
permulaan seseorang perlu menyebutkan ucapan zikirnya dengan
lidahnya secara berbunyi. Kemudian peringkat demi peringkat zikir
mengalir ke dalam diri, turun kepada hati, naik kepada roh dan
seterusnya pergi semakin jauh iaitu kepada bahagian rahsia-rahsia,
pergi lagi kepada yang lebih jauh iaitu bahagian yang tersembunyi
sehinggalah kepada yang paling tersembunyi daripada yang
tersembunyi. Sejauh mana zikir masuk ke dalam, peringkat yang
dicapainya, bergantung kepada sejauh mana Allah dengan kemurahan-Nya
membimbing seseorang.
Zikir yang diucapkan dengan perkataan menjadi kenyataan bahawa hati
tidak lupa kepada Allah. Zikir secara senyap di dalam hati adalah
pergerakan perasaan. Zikir hati adalah dengan cara merasakan di
dalam hati tentang kenyataan tentang keperkasaan dan keelokan
Allah. Zikir adalah melalui pancaran cahaya suci yang dipancarkan
oleh keperkasaan dan keelokan Allah. Zikir pada tahap rahsia ialah
melalui keghairahan (zauk) yang diterima daripada pemerhatian rahsia
suci itu. Zikir pada bahagian tersembunyi membawa seseorang kepada:
“Di tempat duduk yang hak, di sisi Raja Agung yang sangat
berkuasa”. (Surah Qamar, ayat 55).
Zikir peringkat terakhir yang dipanggil khafi al-khafi – yang
paling tersembunyi daripada yang tersembunyi – membawa seseorang
kepada suasana fana diri sendiri dan penyatuan dengana yang hak.
Dalam kenyataannya tiada sesiapa kecuali Allah yang mengetahui
keadaan orang yang telah masuk ke dalam alam yang mengandungi semua
pengetahuan, kesudahan kepada semua dan segala perkara. “Dia
mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi” . (Surah Ta Ha, ayat 7).
Bila seseorang telah melepasi tahap zikir-zikir tersebut suasana
jiwa yang berlainan seolah-olah roh lain lahir dalam diri
seseorang. Roh ini lebih tulen dan seni daripada roh-roh yang lain.
Ia adalah bayi kepada hati, bayi kepada hakikat. Ketika dalam
bentuk benih bayi ini mengajak dan menarik orang lain untuk mencari
dan menemui yang hak. Setelah ia lahir bayi ini menggesa orang lain
supaya mendapatkaan Zat Allah Yang Maha Tinggi. Roh baharu ini yang
dinamakan bayi kepada hati dan juga benih serta keupayaannya tidak
terdapat pada semua orang. Ia hanya terdapat pada orang mukmin
yang tulen. “Dia jualah yang tinggi darjat-Nya, yang memiliki
arasy. Dia kirim roh dari perintah-Nya kepada sesiapa yang Dia
kehendaki:. (Surah Mukmin, ayat 15).
Roh khusus ini dihantar daripada makam Yang Maha Perkasa dan
diletakkan di dalam alam maya yang nyata di mana sifat-sifat
Pencipta menyata pada penciptaan, tetapi roh ini adalah kepunyaan
alam yang hak. Ia tidak berminat dan tidak memperdulikan apa sahaja
melainkan Zat Allah. Nabi s.a.w bersabda, “Dunia ini tidak disukai
dan tidak dihajati oleh orang yang inginkan akhirat. Akhirat pula
tidak dihajati oleh orang yang inginkan dunia, dan ia tidak akan diberi
kepada mereka. Tetapi bagi roh yang mencari Zat Allah dunia dan
akhirat tidak menarik perhatiannya” . Roh untuk yang hak. Orang
yang memilikinya akan mencari, menemui dan bersama Tuhannya.
Apa sahaja yang kamu buat di sini zahir kamu mestilah menurut jalan
yang lurus. Ia hanya mungkin dengan mengikuti dan mematuhi serta
memelihara peraturan dan hukum agama. Untuk berbuat demikian
seseorang haruslah menyedari, mengingati Allah malam dan siang,
zahir dan batin, berterusan. Bagi mereka yang menyaksikan yang hak
mengingati Allah adalah wajib sebagaimana perintah-Nya: “Maka
hendaklah kamu ingat kepada Allah sambil berdiri dan sambil duduk dan
sambil (berbaring) atas rusuk-rusuk kamu” . (Surah Nisaa', ayat
103).
“Yang mengingati Allah sambil berdiri dan sambil duduk dan sambil
berbaring dan memikirkan tentang kejadian langit-langit dan bumi
(sambil berkata), ‘Wahai Tuhan kami, Engkau tidak jadikan (semua)
ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau'” . (Surah Imraan, ayat 191).
11: SYARAT YANG PERLU UNTUK MELAKUKAN ZIKIR
Salah satu syarat menyediakan seseorang untuk berzikir ialah berada di dalam keadaan berwuduk; basuh dan bersihkan tubuh badan dan sucikan hati . Pada peringkat permulaan, supaya zikir itu berkesan, perlulah disebut kuat-kuat akan perkataan dan ayat yang dijadikan zikir – kalimah tauhid, sifat-sifat Allah. Bila perkataan tersebut diucapkan usahakan agar kamu berada di dalam kesedaran (tidak lalai). Dengan cara ini hati mendengar ucapan zikir dan diterangi oleh apa yang dizikirkan. Ia menerima tenaga dan menjadi hidup – bukan sahaja hidup di dunia ini bahkan juga hidup abadi di akhirat. “Mereka tidak akan merasa padanya kematian, hanya kematian pertama, dan Dia pelihara mereka daripada azab jahanam”. (Surah Dukhaan, ayat 56).

Nabi s.a.w menceritakan bahawa keadaan orang mukmin yang mencapai
yang hak melalui zikir, “Orang mukmin tidak mati. Mereka hanya
meninggalkan hidup yang sementara ini dan pergi kepada kehidupan
abadi” . Dan mereka lakukan di sana apa yang mereka lakukan dalam
dunia. Nabi s.a.w bersabda, “Nabi-nabi dan orang-orang yang hampir
dengan Allah terus beribadat di dalam kubur seperti yang mereka
lakukan di dalam rumah mereka”. Ibadat yang dimaksudkan itu adalah
penyerahan dan merendahkan diri rohani kepada Allah bukan
sembahyang yang lima waktu sehari. Tawaduk yang di dalam diri,
dengan diam, adalah nilai utama yang menunjukkan iman yang sejati.
Makrifat tidak dicapai oleh manusia dengan usaha tetapi ia adalah
anugerah dari Allah. Setelah dinaikkan kepada makam tersebut orang
arif menjadi akrab dengan rahsia-rahsia Allah. Allah membawa
seseorang kepada rahsia-rahsia-Nya apabila hati orang itu hidup dan
sedar dengan zikir atau ingatan kepada-Nya dan jika hati yang
sedar itu bersedia menerima yang hak. Nabi s.a.w bersabda, “Mataku
tidur tetapi hatiku jaga”.
Pentingnya memperolehi makrifat dan hakikat diterangkan oleh Nabi s.a.w, “Jika seseorang berniat mempelajari dan beramal menurut keinginannya itu tetapi mati sebelum mencapai tujuannya, Allah melantik dua orang malaikat sebagai guru yang mengajarnya ilmu dan makrifat sampai ke hari kiamat. Orang itu dibangkitkan dari kuburnya sebagai orang arif yang telah memperolehi hakikat” .

Dua orang malaikat di sini menunjukkan roh Nabi Muhammad s.a.w dan
cahaya cinta yang menghubungkan insan dengan Allah. Pentingnya niat
dan hajat selanjutnya diceritakan oleh Nabi s.a.w, “Ramai yang
berniat belajar tetapi mati ketika masih di dalam kejahilam tetapi
mereka bangkit daripada kubur pada hari pembalasan sebagai orang
arif. Ramai ahli ilmu dibangkitkan pada hari itu dalam keadaan
rosak akhlak hilang segalanya dan jahil keseluruhannya” .
Mereka adalah orang-orang yang bermegah dengan ilmu mereka, yang
menuntut ilmu kerana muslihat duniawi dan berbuat dosa. Mereka
diberi amaran: “Dan (ingatkanlah mereka) hari yang akan dibawa
orang-orang kafir ke neraka (dan dikata), ‘Kami telah habiskan
bahagian kamu yang baik di dalam penghidupan dunia. Dan kamu telah
bersuka-sukaan dengannya. Maka pada hari ini kamu akan dibalas
dengan azab yang keji lantaran kamu pernah berlaku sombong di dunia
secara tidak benar dan lantaran kamu telah melewati batas” . (Surah
Ahqaaf, ayat 20).
Nabi s.a.w bersabda, “Setiap amal bergantung pada niat. Niat dan
tujuan orang beriman lebih baik dan bernilai pada pandangan Allah
daripada amalannya. Niat orang yang tidak beriman lebih buruk
daripada apa yang nyata dengan amalannya” . Niat adalah asas amalan.
Nabi s.a.w, “Adalah baik membena kerja kebajikan di atas tapak yang
baik, dan dosa adalah perbuatan yang dibina di atas tapak yang
jahat”. “Barangsiapa hendak ke taman akhirat Kami tambah untuknya
pada ke tamannya, dan barangsiapa mahu ke taman dunia Kami akan
beri kepadanya sebahagian daripadanya, tetapi tidak ada baginya
bahagian akhirat”. (Surah Syura, ayat 20).
Cara terbaik ialah mencari guru kerohanian yang akan membawa hati
kamu hidup. Ini akan menyelamatkan kamu di akhirat. Ini adalah
penting; ia mesti dilakukan segera ketika masih hidup. Dunia ini
kebun akhirat. Orang yang tidak menanam di sini tidak boleh menuai
di sana . Jadi, bercucuk tanamlah di dalam dunia ini dengan benih
yang diperlukan untuk kesejahteraan hidup di sini dan juga di
akhirat.
12: MENYAKSIKAN ALLAH: SAMPAI KEPADA MAKAM MELIHAT KENYATAAN ZAT YANG MAHA SUCI.
Melihat Allah ada dua jenis: Pertama melihat sifat keindahan Allah yang sempurna secara langsung di akhirat' dan satu lagi melihat sifat-sifat ketuhanan yang dipancarkan ke atas cermin yang jernih kepunyaan hati yang tulen di dalam kehidupan ini . Dalam hal tersebut penyaksian kelihatan sebagai penzahiran cahaya keluar daripada keindahan Allah yang sempurna dan dilihat oleh mata hati yang hakiki. “Hati tidak menafikan apa yang dia lihat” . (Surah Najmi, ayat 11).

Mengenai melihat kenyataan Allah melalui perantaraan, Nabi s.a.w
bersabda, “Yang beriman adalah cermin kepada yang beriman” . Yang
beriman yang pertama, cermin dalam ayat ini, adalah hati yang
beriman yang suci murni, sementara yang beriman kedua adalah Yang
Melihat bayangan-Nya di dalam cermin itu, Allah Yang Maha Tinggi.
Sesiapa yang sampai kepada makam melihat kenyataan sifat Allah di
dalam dunia ini akan melihat Zat Allah di akhirat, tanpa rupa tanpa
bentuk.
Kenyataan ini disahkan oleh Saidina Umar r.a dengan katanya,
“Hatiku melihat Tuhanku dengan cahaya Tuhanku” . Saidina Ali r.a
berkata, “Aku tidak menyembah Allah kecuali aku melihat-Nya” .
Mereka berdua tentu telah melihat sifat-sifat Allah dalam
kenyataan. Jika seseorang melihat cahaya matahari masuk melalui
jendela dan dia berkata, “Aku melihat matahari”, dia bercakap
benar.
Allah memberi gambaran yang jelas tentang kenyataan
sifat-sifat-Nya: “ Allah itu nur bagi langit-langit dan bumi.
Bandingan nur-Nya (adalah) seperti satu kurungan pelita yang di
dalamnya ada pelita (sedang) pelita itu dalam satu kaca, (dan) kaca
itu sebagai bintang yang seperti mutiara, yang dinyalakan (dengan
minyak) dari pohon yang banyak faedah (iaitu) zaitun yang bukan bangsa
timur dan bukan bangsa barat, yang minyaknya (sahaja) hampir
menerangi, walaupun tidak disentuh api, nur atas nur, Allah pimpin
kepada nur-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah mengadakan
perumpamaan bagi manusia, dan Allah mengetahui tiap sesuatu” .
(Surah Nuur, ayat 35).
Perumpamaan dalam ayat ini adalah hati yang yakin penuh di kalangan
orang yang beriman. Lampu yang menerangi bekas hati itu ialah
hakikat atau intipati kepada hati, sementara cahaya yang
dipancarkan ialah rahsia Tuhan, ‘roh sultan'. Kaca adalah lutsinar
dan tidak memerangkap cahaya di dalamnya tetapi ia melindunginya
sambil menyebarkannya kerana ia umpama bintang. Sumber cahaya adalah
pohon Ilahi. Pohon itu adalah makam atau suasana keesaan, menjalar
dengan dahan dan akarnya, memupuk prinsip-prinsip iman, berhubung
tanpa perantaraan dengan bahasa yang asli.
Secara langsung, melalui bahasa yang asli itulah Nabi s.a.w
menerima pembukaan al-Quran. Dalam kenyataan Jibrail membawa firman
Tuhan hanya setelah firman tersebut diterima – ini adalah untuk
faedah kita supaya kita boleh mendengarnya dalam bahasa manusia.
Ini juga memperjelaskan siapakah yang tidak percaya dan munafik
dengan memberi mereka peluang untuk menafikannya seperti mereka tidak
percaya kepada malaikat. “Dan sesungguhnya diwahyukan kepada kamu
Quran (ini) dari sisi (Tuhan) yang bijaksana, yang mengetahui” .
(Surah Naml, ayat 6).
Oleh kerana Nabi s.a.w menerima pembukaan sebelum Jibrail membawanya kepada baginda, setiap kali Jibrail membawa ayat-ayat suci itu Nabi s.a.w mendapatinya di dalam hatinya dan membacanya sebelum ayat itu diberikan. Inilah alasan bagi ayat:
“Dan janganlah engkau terburu-buru dengan Quran sebelum habis diwahyukan kepada kamu” . (Surah Ta Ha, ayat 114).

Keadaan ini menjadi jelas sewaktu Jibrail menemani Nabi s.a.w pada
malam mikraj, Jibrail tidak terdaya untuk pergi lebih jauh daripada
Sidratul Muntaha. Dia berkata, “Jika aku ambil satu langkah lagi
aku akan terbakar” . Jibrail membiarkan Nabi s.a.w meneruskan
perjalanan seorang diri.
Allah menggambarkan pokok zaitun yang diberkati, pokok keesaan, bukan dari timur dan bukan dari barat. Dalam lain perkataan ia tidak ada permulaan dan tidak ada kesudahan, dan cahayanya yang menjadi sumber tidak terbit dan tidak terbenam. Ia kekal pada masa lalu dan tiada kesudahan pada masa akan datang.

Kedua-dua Zat Allah
dan sifat-sifat-Nya adalah kekal abadi. Kedua-dua kenyataan Zat-Nya
dan kenyataan sifat-Nya bergantung kepada Zat-Nya.
Penyembahan yang sebenar hanya boleh dilakukan apabila hijab yang menutup hati tersingkap agar cahaya abadi menyinarinya. Hanya selepas itu hati menjadi terang dengan cahaya Ilahi. Hanya selepas itu roh menyaksikan perumpamaan Ilahi itu.
Tujuan diciptakan alam maya adalah untuk ditemui khazanah rahsia itu. Allah berfirman melalui Rasul-Nya: “Aku adalah Perbendaharaan Yang Tersembunyi. Aku suka dikenali lalu Aku ciptakan makhluk agar Aku dikenali”.

Ini bermakna Dia boleh dikenali di dalam dunia ini melalui
sifat-sifat-Nya. Tetapi untuk melihat dan mengenali Zat-Nya sendiri
hanyalah boleh terjadi di akhirat. Di sana melihat Allah adalah
secara langsung sebagaimana yang Dia kehendaki dan yang melihatnya
adalah mata bayi hati. “Beberapa muka pada hari itu berseri-seri.
Kepada Tuhannya mereka melihat”. (Surah Qiamat, ayat 22 & 23).
Nabi s.a.w bersabda, “Aku melihat Tuhanku di dalam rupa jejaka tampan” . Mungkin ini adalah bayangan bayi hati. Bayangan adalah cermin. Ia menjadi alat untuk menzahirkan yang ghaib. Hakikat Allah Yang Maha Tinggi tidak menyerupai sesuatu samada bayangan atau bentuk. Bayangan adalah cermin, walaupun yang kelihatan bukanlah cermin dan bukan juga orang yang melihat ke dalam cermin. Fikirkan tentang itu dan cubalah memahaminya kerana ia adalah hakikat kepada alam rahasia-rahasia.

Tetapi semuanya berlaku pada makam sifat. Pada makam Zat semua
kenyataan hilang, lenyap. Orang yang di dalam makam Zat itu sendiri
lenyap tetapi mereka merasai zat itu dan tiada yang lain. Betapa
jelas Nabi s.a.w menggambarkannya, “Aku daripada Allah dan yang
beriman daripadaku” . Dan Allah berfirman melalui Rasul-Nya: “ Aku
ciptakan cahaya Muhammad daripada cahaya Wujud-Ku sendiri”.
Maksud Wujud Allah adalah Zat-Nya Yang Maha Suci, menyata di dalam sifat-sifat-Nya Yang Maha Mengasihani. Ini dinyatakan-Nya melalui Rasul-Nya: “Rahmat-Ku mendahului murka-Ku”.
Maksud Wujud Allah adalah Zat-Nya Yang Maha Suci, menyata di dalam sifat-sifat-Nya Yang Maha Mengasihani. Ini dinyatakan-Nya melalui Rasul-Nya: “Rahmat-Ku mendahului murka-Ku”.
Rasul yang dikasihi Allah adalah cahaya kebenaran sebagaimana Allah
berfirman: “Tidak Kami utuskan engkau melainkan menjadi rahmat
kepada seluruh alam” . (Surah Anbiyaa', ayat 107).
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu rasul Kami, menerangkan kepada kamu beberapa banyak dari (isi Kitab) yang kamu sembunyikan, dan ia tidak ambil tahu berapa banyak. Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya dari Allah dan Kitab yang menerangkan”. (Surah Maaidah, ayat 15).
Pentingnya utusan Allah yang dikasihi-Nya itu jelas dengan firman-Nya kepada baginda, “Jika tidak kerana engkau Aku tidak ciptakan makhluk”.
13: TABIR CAHAYA DAN KEGELAPAN
Allah berfirman: “Sesiapa yang buta di dunia buta juga di akhirat”. (Surah Bani Israil, ayat 72).
Bukan buta mata yang di kepala tetapi buta mata yang di hati yang menghalang seseorang daripada melihat cahaya hari akhirat. Firman Allah: “Bukan matanya yang buta tetapi hatinya yang di dalam dada”. (Surah Hajj, ayat 46).

Hati menjadi buta disebabkan oleh kelalaian, yang membuat seseorang
lupa kepada Allah dan lupa kepada kewajipan mereka, tujuan mereka,
ikrar mereka dengan Allah, ketika mereka masih berada di dalam
dunia. Sebab utama kelalaian adalah kejahilam terhadap hakikat
(kebenaran) undang-undang dan peraturan Tuhan. Apa yang menyebabkan
seseorang itu berterusan di dalam kejahilam ialah kegelapan yang
menyeluruh menutupi seseorang dari luar dan sepenuhnya menguasai
batinnya. Sebahagian daripada nilai-nilai itu yang mendatangkan
kegelapan ialah sifat-sifat angkuh, sombong, megah, dengki, bakhil,
dendam, bohong, mengumpat, fitnah dan lain-lain sifat keji.
Sifat-sifat yang keji itulah yang merendahkan ciptaan Tuhan yang
sangat baik sehingga jatuh kepada tahap yang paling rendah.
Untuk membebaskan seseorang daripada kejahatan itu dia perlu
menyucikan dan menyinarkan cermin hatinya. Penyucian ini dilakukan
dengan mendapatkan pengetahuan, dengan beramal menurut pengetahuan
itu, dengan usaha dan keberanian, melawan ego diri, menghapuskan
yang banyak pada diri, mencapai keesaan. Perjuangan ini berterusan
sehingga hati menjadi hidup dengan cahaya keesaan – dan dengan
cahaya keesaan itu mata bagi hati yang suci akan melihat hakikat
sifat-sifat Allah di sekeliling dan pada dirinya.
Hanya selepas itu baharu kamu ingat akan kediaman kamu yang sebenar yang darinya kamu datang.
Hanya selepas itu baharu kamu ingat akan kediaman kamu yang sebenar yang darinya kamu datang.
Kemudian kamu akan ada rasa kerinduan
dan keinginan untuk kembali kepada rumah kediaman yang sebenar,
dengan pertolongan Yang Maha Mengasihani roh suci pada diri kamu
akan menyatu dengan-Nya.
Bila sifat-sifat kegelapan terangkat cahaya mengambil alih tempatnya dan orang yang memiliki mata rohani akan melihat. Dia mengenali apa yang dia lihat dengan cahaya nama-nama sifat Ilahiah. Kemudian dirinya dibanjiri oleh cahaya dan bertukar menjadi cahaya. Cahaya ini masih lagi hijab menutupi cahaya suci Zat, tetapi masanya akan sampai bila ini juga akan terangkat, yang tinggal hanya cahaya suci Zat itu sendiri.

Hati mempunyai dua mata, satu yang sempat dan satu lagi yang luas.
Dengan mata yang sempat seseorang boleh melihat kenyataan
sifat-sifat dan nama-nama Allah. Penglihatan ini berterusan
sepanjang perkembangan kerohaniannya. Mata yang luas melihat hanya
kepada apa yang dijadikan kelihatan oleh cahaya keesaan dan yang
esa. Hanya bila seseorang sampai kepada daerah kehampiran dengan
Allah dia akan melihat, di dalam alam penghabisan bagi kenyataan Zat
Allah, Yang Esa dan Mutlak.
Bagi mencapai makam-makam ini ketika masih di dalam dunia, di dalam kehidupan ini kamu mestilah membersihkan diri kamu daripada sifat-sifat keduniaan, yang ego dan keegoan. Jarak yang kamu mengembara di dalam kenaikan kamu ke arah makam-makam tersebut bergantung kepada sejauh mana kamu mengasingkan diri daripada hawa nafsu yang rendah dan ego diri kamu.

Pencapaian kamu kepada matlamat yang kamu inginkan bukanlah seperti
barang kebendaan sampai ke tempat kebendaan. Ia juga bukan ilmu
yang membawa seseorang kepada sesuatu yang menjadi diketahui
(daripada tidak tahu), juga bukan pertimbangan yang memperolehi apa
yang difikirkan, bukan juga khayalan yang menyatu dengan apa yang
dikhayalkan. Matlamat yang kamu ingin capai ialah kesedaran tentang
ketiadaan (kekosongan) kamu daripada segala sesuatu kecuali Zat Allah.
Pencapaian ini adalah perubahan suasana yang terjadi, bukan
perubahan pada sesuatu yang nyata. Di sana tiada jarak, tiada dekat
atau jauh, tiada kesampaian, tiada ukuran, tiada arah, tiada
ruang.
Dia Maha Besar, segala puji untuk-Nya. Dia Maha Pengampun. Dia
menjadi nyata dalam apa yang Dia sembunyikan daripada kamu. Dia
menyatakan Diri-Nya sebagaimana Dia melabuhkan tirai di antara Dia
dengan kamu. Pengenalan tentang Diri-Nya tersembunyi di dalam
ketidakupayaan mengenali-Nya.
Jika ada di antara kamu yang sampai kepada cahaya yang diterangkan dalam buku ini ketika kamu masih lagi berada di dalam dunia, buatlah muhasabah (hisab) terhadap diri kamu, buku catatan kamu tentang amalan kamu.

Hanya di bawah cahaya kamu boleh melihat apa
yang kamu sudah buat dan sedang buat; buat kiraan kamu,
seimbangkannya. Kamu akan membaca buku catatan kamu di hadapan Tuhan
kamu pada hari pembalasan. Itu adalah muktamad. Kamu tidak ada
peluang mengimbanginya di sana . Jika kamu lakukan di sini ketika
kamu masih ada masa, kamu akan termasuk ke dalam golongan yang
diselamatkan. Jika tidak azab dan seksa menjadi bahagian kamu di
akhirat. Hidup ini akan berakhir. Di sana ada azab di dalam kubur,
ada hari pembalasan, ada neraka yang menimbang sehingga kepada dosa
yang paling kecil dan kebaikan yang paling kecil. Kemudian ada jambatan
yang lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata
pedang, penghujungnya ialah taman, sementara di bawahnya ialah
neraka yang penuh dengan kecelakaan, penderitaan, semuanya adalah
berkekalan apabila kehidupan yang singkat ini berakhir.
14: KEBAHAGIAAN KERANA BERAMAL SALIH DAN KESENGSARAAN KERANA INGKAR
Kamu patut tahu bahawa manusia akan termasuk kepada salah satu daripada dua golongan, golongan pertama ialah yang berada dalam kedamaian, keimanan, bahagia dalam melakukan ketaatan kepada Allah , sementara golongan kedua berada dalam keadaan tidak selamat, keraguan dan kerisauan dalam keingkaran terhadap peraturan Tuhan. Kedua-dua nilai, ketaatan dan keingkaran, ada di dalam diri seseorang. Jika kesucian, kebaikan dan keikhlasan lebih menguasai, sifat-sifat mementingkan diri akan bertukar menjadi suasana kerohanian dan bahagian diri yang ingkar akan dikalahkan oleh bahagian diri yang baik.

Sebaliknya jika seseorang mengikuti hawa nafsu yang
rendah dan kesenangan ego dirinya, sifat-sifat ingkar akan
menguasai bahagian diri yang satu lagi untuk menjadikannya ingkar
dan jahat. Jika kedua-dua sifat yang berlawanan itu sama-sama kuat
diharapkan yang baik itu boleh menang, sebagaimana yang dijanjikan:
“Barangsiapa kerjakan kebaikan maka baginya (ganjaran) sepuluh
kali ganda, dan barangsiapa kerjakan kejahatan maka Tidaklah dibalas
dia melainkan sebanyak (kejahatannya) itu, dan mereka tidak akan
diniayai. (Surah An'aam, ayat 160).
Dan jika Allah kehendaki ditambah-Nya lagi ganjaran atas kebaikan.
Namun orang yang kebajikan dan kejahatannya sama banyak mesti lulus
perbicaraan pada hari pembalasan. Orang yang berjaya mengubah
sifat mementingkan diri kepada tidak mementingkan diri, hawa nafsu
yang rendah kepada cita-cita kerohanian, baginya tiada hisab, tiada
catatan akan diberikan kepadanya. Dia akan memasuki syurga tanpa
melalui huru hara hari kiamat. “Oleh sebab itu barangsiapa berat
(timbangan) kebaikannya maka dia di dalam kehidupan (akhirat) yang
sentosa” . (Surah Qari'ah, ayat 6 & 7).
Orang yang kejahatannya lebih berat daripada kebaikannya akan
dihukum menurut kadar kejahatannya. Kemudian dia dikeluarkan
daripada neraka, jika dia beriman, dan akan masuk syurga.
Taat dan ingkar bermakna baik dan jahat. Kedua-dua ini ada dalam diri seseorang manusia. Yang baik boleh berubah menjadi jahat dan yang jahat boleh berubah menjadi baik. Nabi s.a.w bersabda, “Orang yang kebaikan menguasainya menemui keselamatan, keimanan dan kegembiraan dan menjadi baik. Orang yang kejahatan lebih menguasai kebaikan, dia menjadi ingkar dan jahat. Orang yang menyedari kesalahannya dan bertaubat dan mengubah haluannya akan mendapati suasana ingkar akan bertukar menjadi taat dan beribadat”.

Telah menjadi ketentuan bahawa baik dan jahat, kehidupan yang
diberkati bagi orang yang taat dan kesengsaraan bagi yang ingkar,
adalah keadaan yang setiap orang dilahirkan dengannya. Kedua-duanya
tersembunyi di dalam bakat atau keupayaan seseorang. Nabi s.a.w
bersabda, “Orang yang bertuah menjadi baik adalah baik ketika di
dalam kandungan ibunya, dan orang berdosa yang jahat adalah pendosa
di dalam kandungan ibunya” . Begitulah keadaannya dan tiada siapa
yang berhak berbincang mengenainya. Urusan takdir bukan untuk
dibincangkan. Jika dibiarkan perbincangan demikian ia akan membawa
kepada bidaah dan kekufuran.
Lagipun tiada siapa boleh menjadikan takdir sebagai alasan untuk
membuang segala ikhtiar, semua perbuatan baik. Seseorang itu tidak
boleh mengatakan, ‘Jika aku ditakdirkan menjadi baik maka aku
bersusah payah membuat kebaikan sedangkan aku sudahpun diberkati'.
Atau berkata, ‘Jika aku sudah ditakdirkan menjadi jahat apa gunanya
aku berbuat kebaikan'. Jelas sekali pendirian demikian tidak benar.
Tidak wajar mengatakan, ‘Jika keadaan aku sudah ditakdirkan pada
azali apa untung atau rugi yang aku harapkan dengan usahaku
sekarang'. Contoh yang baik diberikan kepada kita adalah
perbandingan di antara Adam a.s dengan iblis yang dilaknat. Iblis
meletakkan kesalahan kepada takdir, yang menyebabkan dia menjadi
derhaka, maka dia menjadi kafir dan dibuang jauh daripada keampunan
dan kehampiran Tuhan. Adam a.s mengakui kesilapannya dan memohon
keampunan, menerima keampunan dari Allah dan diselamatkan.
Menjadi kewajipan bagi orang Islam yang beriman untuk tidak cuba
memahami sebab-sebab yang tersimpan di dalam takdir. Orang cuba
berbuat demikian akan menjadi keliru dan tidak mendapat apa-apa
melainkan keraguan. Bahkan dia mungkin kehilangan keyakinan. Orang
yang beriman mestilah mempercayai kepada kebijaksanaan Allah yang
mutlak. Segala yang manusia lihat terjadi pada dirinya di dalam dunia
ini mesti ada alasan tetapi alasan itu bukan untuk difahami melalui
lojik manusia kerana ia berdasarkan kebijaksanaan Tuhan. Di dalam
kehidupan ini bila kamu temui pencacian terhadap Tuhan,
kemunafikan, keingkaran, penipuan dan lain-lain yang jahat, jangan
biarkan perkara-perkara tersebut menggoncangkan iman kamu.
Ketahuilah Allah Yang Maha Tinggi dengan kebijaksanaan mutlak
bertanggungjawab kepada semua perkara dan Dia lakukan apa yang
kelihatan sebagai tidak baik sebagai menyatakan kekuasaan-Nya yang
mutlak.
Penzahiran kekuasaan yang demikian mungkin menyebabkan ada
orang yang tidak tertahan dan menganggapnya sebagai tidak baik
tetapi ada rahsia besar di sebaliknya yang tiada makhluk yang tahu
melainkan Rasulullah s.a.w. Ada kisah orang arif berdoa kepada Tuhannya,
“Wahai Yang Maha Suci, semua telah diatur oleh Engkau. Takdirku
adalah kepunyaan-Mu. Ilmu yang Engkau letakkan padaku adalah
milik-Mu”. Ketika itu dia mendengar jawapan tanpa suara tanpa
sepatah perkataan, keluar dari dalam dirinya mengatakan, “Wahai
hamba-Ku. Segala yang engkau katakan adalah kepunyaan Yang Maha Esa
dan dalam keesaan. Ia bukan milik hamba-hamba”. Hamba yang beriman itu
berkata, “Wahai Tuhanku, aku telah menzalimi diriku, aku bersalah,
aku berdosa”. Selepas pengakuan itu sekali lagi dia mendengar
dari dalam dirinya, “Dan Aku mempunyai keampunan terhadap dirimu.
Aku telah hapuskan kesalahan-kesalahan kamu, Aku telah ampun kamu”.
Biar mereka yang beriman tahu dan bersyukur yang segala kebaikan
yang mereka lakukan bukanlah dari mereka tetapi melalui mereka,
kejayaan datangnya dari Pencipta. Bila mereka bersalah biar mereka
tahu bahawa kesalahan mereka datangnya dari diri mereka sendiri,
kepunyaan mereka dan mereka boleh bertaubat. Kesalahan datangnya
dari keegoan mereka yang batil. Jika kamu memahami ini dan mengingatinya
kamu termasuk ke dalam golongan yang disebut Allah: “Dan yang
apabila telah berbuat kejelikan atau menganiayai diri-diri mereka maka
mereka ingat kepada Allah dan mereka minta diampunkan dosa-dosa
mereka – bukankah tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan
Allah? Dan mereka tidak berkekalan di atas dosa yang mereka
kerjakan, dan mereka tahu. Mereka itu balasannya ialah keampunan
dari Tuhan mereka, syurga-syurga yang mengalir padanya sungai-sungai,
mereka akan kekal padanya, dan alangkah baiknya balasan bagi
orang-orang yang beramal”. (Surah Imraan, ayat 135 & 136).
Adalah baik bagi orang yang beriman mengakui yang dirinya sendirilah punca semua kesalahan dan dosanya. Itulah yang akan menyelamatkannya. Itu lebih baik dan lebih benar daripada meletakkan kesalahan dirinya kepada Yang Maha Perkasa, Maha Kuasa, Pencipta semua perkara.

Bila Nabi s.a.w bersabda, “Telah diketahui bila seseorang itu
berada di dalam kandungan ibunya samada dia akan menjadi baik atau
pendosa” baginda maksudkan ‘dalam kandungan ibu' itu adalah empat
anasir yang melahirkan semua kekuatan atau tenaga dan kebolehan
lahiriah. Dua daripada anasir tersebut adalah tanah dan air yang
bertanggungjawab kepada pertumbuhan keyakinan dan pengetahuan,
melahirkan kehidupan dan lahir dalam hati sebagai tawaduk (kerendahan
diri). Dua anasir lain ialah api dan angin yang bertentangan dengan
tanah dan air – membakar, membinasa, membunuh. Kudrat Tuhan yang
menyatukan anasir-anasir yang berlawanan dan berbeza menjadi satu.
Bagaimana air dan api boleh wujud bersama? Bagaimana cahaya dan
kegelapan boleh terkandung di dalam awan? “Dia yang mengunjukkan
kepada kamu kilat untuk menakutkankan dan kerana harapan, dan Dia
jadikan mega yang berat. Dan petir itu beribadat dengan memuji Tuhannya,
dan malaikat juga, lantaran takut kepada-Nya, dan Dia kirim
halilintar dan Dia kenakannya kepada sesiapa yang Dia kehendaki…”.
(Surah ar-Ra'd, ayat 12 & 13). Satu hari wali Allah Yahya bin
Mua'adh ar-Razi ditanya, “Bagaimana mengenali Allah?' Dia menjawab,
“Melalui gabungan yang bertentangan”.
Pertentangan termasuk pada, dan sebenarnya keperluan bagi, memahami
sifat-sifat Allah. Dengan menghadapkan diri kepada hakikat Ilahi
seseorang menjadi cermin yang membalikkan kebenaran itu, juga sifat
Yang Maha Perkasa dibalikkan. Dalam diri manusia terkandung
seluruh alam maya. Sebab itu dia dipanggil penggabung yang banyak.
Allah menciptakan manusia dengan dua tangan-Nya, tangan kemurahan-Nya
dan tangan keperkasaan-Nya, keperkasaan dan kekuasaan. Jadi, manusia
adalah cermin yang menunjukkan kedua-dua belah, yang kasar serta
tebal dan yang halus serta indah.
Semua nama-nama Ilahi menyata pada manusia. Semua makhluk yang lain hanya sebelah sahaja. Allah menciptakan iblis dan keturunannya dengan sifat kekerasan-Nya. Dia ciptakan malaikat dengan sifat kemurahan-Nya. Nilai-nilai kesucian dan kebaktian yang berterusan terkandung dalam kejadian malaikat, sementara iblis dan keturunannya yang diciptakan dengan sifat kekerasan-Nya, mempunyai nilai kejahatan, kerana itu iblis menjadi takabur, dan bila Allah perintahkan sujud kepada Adam dia ingkar.

Oleh kerana manusia mempunyai kedua-dua ciri alam tinggi dan
rendah, dan Allah telah memilih utusan-utusan dan wali-wali-Nya
dari kalangan manusia, mereka tidak bebas daripada kesilapan.
Nabi-nabi dipelihara dari dosa-dosa besar tetapi kesilapan kecil
harus berlaku pada mereka. Wali-wali pula tidak terjamin dipelihara
daripada dosa tetapi adalah dikatakan wali-wali itu hampir dengan
Tuhan, mencapai makam kesempurnaan, mereka masuk ke bawah perlindungan
Tuhan daripada dosa-dosa besar.
Syaqiq al-Baqi berkata, “Terdapat lima tanda kebenaran: perangai yang lemah lembut dan lembut hati, menangis kerana menyesal, mengasingkan diri dan tidak peduli tentang dunia, tidak bercita-cita tinggi, dan memiliki rasa hati (gerak hati atau intuisi). Tanda-tanda pendosa juga lima ; keras hati, mempunyai mata yang tidak pernah menangis, mencintai dunia dan kesenangannya, bercita-cita tinggi, tidak bermalu dan tidak ada rasa atau gerak hati”.

Nabi s.a.w meletakkan empat nilai pada orang yang baik-baik, “Boleh
dipercayai dan menjaga apa yang diamanahkan kepadanya dan
mengembalikannya. Menepati janji. Bercakap benar, tidak berbohong.
Tidak kasar dalam perbincangan dan tidak menyakitkan hati orang
lain”. Baginda s.a.w juga memberitahu empat tanda pendosa, “Tidak
boleh dipercayai dan merosakkan amanah yang diberikan kepadanya,
mungkir janji, menipu, suka bertengkar, memaki apabila berbincang
dan menyakitkan hati orang lain” . Seterusnya pendosa tidak dapat
memaafkan kawan-kawannya. Ini tanda tiada iman kerana kemaafan menjadi
tanda utama orang beriman. Allah memerintahkan rasul-Nya: “Berilah
maaf, dan suruhlah mereka (manusia) berbuat kebaikan, dan
berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh”. (Surah A'raaf, ayat
199).
Perintah ‘maafkanlah' bukan hanya tertuju kepada Rasulullah s.a.w
seorang sahaja. Ia mengenai semua orang dan tentu sahaja termasuk
mereka yang beriman dengan Rasulullah s.a.w. Perkataan ‘maafkanlah'
bermakna jadikan tabiat memafkan, jadikan sifat atau peribadi.
Sesiapa yang ada sifat pemaaf menerima satu daripada nama-nama
Allah – ar-Rauf – Yang Memaafkan. “Barangsiapa memaafkan dan
membereskan maka ganjarannya (adalah) atas (tanggungan) Allah”. (Surah
Syura, ayat 40).
Ketahuilah ketaatan kepada Allah bertukar menjadi ingkar, kejahatan
dan dosa menjadi kebaikan, tidak berlaku dengan sendiri, tetapi
dengan rangsangan, pengaruh, tindakan serta usaha diri sendiri.
Nabi s.a.w bersabda, “Semua anak dilahirkan muslim. Ibu bapanya
yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi”. Setiap orang ada
bakat untuk menjadi baik atau jahat, boleh memiliki sifat-sifat
baik dan buruk dalam masa yang sama. Jadi, adalah salah menghukum
seseorang atau sesuatu sebagai sepenuhnya baik atau buruk. Tetapi
benar jika dikatakan seseorang itu lebih banyak kebaikannya
daripada kejahatannya ataupun sebaliknya.
Ini bukan bermakna manusia masuk syurga tanpa amalan baik, juga
bukan dia dihantar ke neraka tanpa amalan buruk. Berfikir cara
demikian bertentangan dengan prinsip Islam. Allah menjanjikan
syurga kepada hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal salih dan
diancam-Nya orang-orang yang berdosa dengan azab neraka. “Barangsiapa
berbuat baik maka (adalah) untuk kebaikan dirinya dan barangsiapa
berbuat jahat maka untuk dirinya. Kemudian kepada Tuhan kamulah
kamu akan dikembalikan”. (Surah Jaasiaah, ayat 15).
"Di hari ini dibalas setiap jiwa dengan apa yang dia telah
usahakan. Tidak ada kezaliman pada hari ini. Sesungguhnya Allah
cepat menghitung”. (Surah Mukmin, ayat 17).
"Kerana apa juga amal yang baik yang kamu sediakan untuk diri kamu nanti kamu dapati (ganjaran)nya di sisi Allah”. (Surah Baqaraah, ayat 110).
15: DARWIS (SUFI)
Ada satu golongan yang dikenali sebagai sufi. Empat tafsiran diberikan kepada istilah sufi. Ada yang melihatnya pada keadaan zahir mereka memakai baju bulu yang kasar. Bulu dalam bahasa Arab ialah suf. Dari perkataan ini mereka dipanggil sufi. Yang lain melihat kepada kehidupan mereka yang bebas daripada kekacauan dunia ini serta kedamaian dan ketenteraman mereka, keadaan yang sesuai dengan bahasa Arab safa. Daripada perkataan safa itu timbul istilah sufi. Yang lain pula memandang lebih mendalam, kepada hati mereka yang suci murni dan bebas daripada apa sahaja kecuali Zat Allah. Dalam bahasa Arab safi bererti kesucian hati dan dari perkataan itu dikatakan timbul istilah sufi. Yang lain memanggil mereka sufi kerana mereka hampir dengan Allah dan akan berdiri di barisan pertama di hadapan Allah pada hari kiamat. Safi dalam bahasa Arab bermakna barisan.

Terdapat empat alam , empat dunia . Pertama ialah alam atau
dunia jirim - tanah, air, api dan angin merupakan jirim dalam alam
ini. Kedua ialah alam makhluk rohani - malaikat, jin, mimpi dan
kematian , ganjaran Allah - lapan syurga dan keadilan Allah - tujuh
neraka. Ketiga ialah alam huruf, nama-nama indah bagi sifat-sifat
Allah, dan Loh Tersembunyi (Loh Mahfuz) yang menjadi sumber kepada
perintah-perintah Allah . Keempat ialah alam Zat Allah Yang Maha
Suci, alam yang tidak boleh digambarkan atau dihuraikan kerana pada
alam ini atau tahap ini tidak ada perkataan, nama-nama,
sifat-sifat atau persamaan. Tiada siapa kecuali Allah mengetahuinya.
Terdapat pula empat jenis ilmu. Pertama ilmu tentang
peraturan-peraturan Allah, dan berhubung dengan aspek lahir
kehidupan dunia ini. Kedua ialah ilmu kerohanian, pengetahuan batin
tentang sebab dan akibat. Ketiga ialah ilmu tentang jiwa, roh,
mengenal diri dan melaluinya pengetahuan tentang ketuhanan diperolehi.
Akhirnya ilmu tentang kebenaran atau hakikat.
Roh juga ada empat jenis, roh kebendaan, roh yang arif, roh yang memerintah (roh sultan) dan roh kudus (roh suci).
Roh juga ada empat jenis, roh kebendaan, roh yang arif, roh yang memerintah (roh sultan) dan roh kudus (roh suci).
Yang zahir, kenyataan bagi Pencipta, juga ada empat jenis. Pertama
ialah kenyataan di dalam rupa, bentuk, warna, seumpama gubahan-Nya.
Kedua ialah kenyataan perbuatan dan tindak balas dalam perkara
yang berlaku. Ketiga ialah kenyataan dalam sifat-sifat,
bakat-bakat, perangai-perangai sesuatu. Akhirnya kenyataan bagi
zat-Nya.
Akal atau daya menimbang juga ada empat jenis: akal yang menguruskan soal-soal kehidupan duniawi, akal yang menimbang dan memikirkan soal-soal akhirat, akal bagi roh yang bertugas dalam bidang makrifat dan akhirnya akal yang meliputi.

Perkara yang dibincangkan juga ada empat jenis. Empat jenis ilmu,
empat jenis roh, empat jenis penzahiran (kenyataan) dan empat jenis
akal. Ada orang yang berada pada tahap pertama ilmu, roh,
kenyataan dan akal. Mereka adalah penghuni syurga pertama yang
dipanggil syurga yang menjadi tempat kembali yang mensejahterakan,
iaitu syurga keduniaan. Mereka yang berada pada tahap kedua ilmu, roh,
kenyataan dan akal tergolong ke dalam syurga yang lebih tinggi,
taman kesukaan dan kesenangan kurniaan Allah kepada makhluk-Nya,
syurga di dalam alam malaikat.. Sebahagian manusia yang mencapai
tahap ketiga ilmu, roh, kenyataan dan akal (makrifat) berada di
dalam syurga peringkat ketiga, syurga langit-langit, syurga nama-nama
dan sifat-sifat Ilahi dalam alam keesaan.
Namun, mereka yang mencari dan terikat dengan ganjaran Allah,
walaupun syurga, tidak dapat melihat hakikat sebenar dalam diri
mereka dan dalam benda-benda di sekeliling mereka. Mereka yang
arif, yang mencari hakikat, mereka yang mencapai suasana sebenar
sufi, suasana keinginan menyeluruh - tidak inginkan sesuatu apa pun
kecuali Allah, berhajat kepada Allah sahaja - meninggalkan
segala-galanya dan tidak mencari apa-apa kecuali yang hak. Mereka
temui apa yang mereka cari dan masuk ke dalam alam yang hak, dan
kehampiran dengan Allah, dan hidup semata-mata kerana Zat Allah,
tidak kerana yang lain.
Ini sesuai dengan perintah Allah, "Carilah keselamatan dengan Allah" dan ikut nasihat Nabi s.a.w, "Kedua-dua dunia dan akhirat terlarang bagi orang yang mencintai Allah" . Nabi s.a.w tidak memaksudkan kedua-dua dunia dan akhirat dihukumkan haram. Apa yang baginda maksudkan ialah orang yang berkehendak menemui Allah menyekat keinginan hawa nafsunya, egonya, kasih sayang dan cita-citanya kepada dunia dan akhirat.

Pencari yang hak memberi alasan: Dunia ini adalah ciptaan dan kita
juga ciptaan. Semua yang dicipta berhajat kepada Pencipta.
Bagaimana mungkin yang berhajat meminta kepada yang berhajat juga.
Apa lagi jalan bagi yang diciptakan kecuali mencari Pencipta.
Allah berfirman melalui Rasul-Nya, "Kecintaan-Ku, Wujud-Ku, adalah kecintaan mereka kepada-Ku".
Nabi s.a.w bersabda, "Keadaanku yang sangat berhajat, kemiskinanku, adalah kemegahanku" . Keadaan yang sangat berhajat dan kecintaan kepada Allah menjadi asas kepada pencarian sufi. Keadaan kemiskinan yang menjadi kebanggaan Nabi s.a.w bukanlah kekurangan sesuatu berbentuk keduniaan atau kebendaan. Ia adalah pelepasan segala-galanya kecuali keinginan kepada Zat Allah. Ia adalah segala sesuatu- bukan sahaja yang di dalam dunia ini, malah yang dijanjikan di akhirat juga - dan lantaran itu suasana berhajat sepenuhnya untuk dipersembahkan kepada Allah.

Inilah keadaan yang membawa seseorang kepada kekosongan atau
ketiadaan diri, lenyap di dalam zat Allah. Ia adalah mengosongkan
diri seseorang daripada apa sahaja kecuali cinta Allah. Kemudian
hati menjadi bernilai atau layak untuk menerima janji Allah, "Aku
tidak dapat ditanggung oleh langit dan bumi tetapi layak ditanggung
oleh hati hamba-hamba-Ku yang beriman".
Hamba yang beriman adalah yang melepaskan apa sahaja kecuali Yang
Esa dari hatinya. Bila hati sudah disucikan, Allah melapangkannya
dan memuatkan Diri-Nya ke dalamnya. Bayazid Bustami menggambarkan
keluasan hatinya dengan katanya, "Jika segala yang maujud di dalam
dan di sekeliling arasy, keluasan semua ciptaan Allah, diletakkan
di penjuru hati manusia sempurna dia tidak akan merasai beratnya".
Begitulah keadaan kekasih Allah. Kasihilah mereka dan sentiasalah
bersama mereka kerana yang mencintai akan bersama-sama yang
dicintai pada hari akhirat nanti. Tanda kecintaan itu ialah mencari
kehadiran bersama-sama mereka, berkehendak mendengar perkataan
mereka, dan dengan pandangan serta perkataan mereka, dapat merasakan
kerinduan terhadap Allah Yang Maha Tinggi.
Allah berfirman melalui Nabi-Nya, "Aku merasai kerinduan para hamba-Ku yang beriman, yang baik-baik, hamba yang sejati, terhadap Diri-Ku dan Aku juga merindui mereka".
Allah berfirman melalui Nabi-Nya, "Aku merasai kerinduan para hamba-Ku yang beriman, yang baik-baik, hamba yang sejati, terhadap Diri-Ku dan Aku juga merindui mereka".
Kekasih Allah kelihatan berbeza daripada orang lain, kelakuan dan
tindakan mereka juga berbeza. Pada peringkat permulaan, ketika
masih baharu, tindakan mereka kelihatan seimbang antara baik dengan
buruk. Bila mereka maju lagi dan sampai kepada peringkat
pertengahan, perbuatan mereka penuh dengan manfaat. Dalam semua hal
kebaikan yang keluar melalui mereka bukan sahaja dalam ketaatan
mereka mematuhi perintah Allah dan peraturan agama, tetapi juga dalam
perbuatan yang mengandungi puncak kebahagiaan dan bersinar dengan
cahaya kepada maksud bagi yang zahir.
Mereka seolah-olah dipakaikan dengan pakaian daripada cahaya yang berwarna warni yang memancar daripada mereka menurut makam mereka.
Mereka seolah-olah dipakaikan dengan pakaian daripada cahaya yang berwarna warni yang memancar daripada mereka menurut makam mereka.
Apabila mereka dapat mengalahkan ego mereka dan kejahatan nafsu
yang rendah dengan berkat kalimah tauhid "La ilaha illa Llah" dan
sampai kepada kewujudan yang boleh membezakan antara yang hak dengan
yang batil, yang benar dengan yang salah, cahaya biru langit
memancar keluar daripada mereka.
Bila dalam peringkat tersebut, dengan pertolongan dan ilham dari Allah, mereka berpindah sepenuhnya ke dalam kebaikan dan meninggalkan kejahatan keseluruhannya, cahaya merah membungkus atau membaluti mereka.

Dengan berkata nama Allah - HU - nama itu tiada yang lain kecuali
yang hak dapat menceritakannya, mereka sampai kepada peringkat
dipersucikan daripada segala sifat-sifat keji dan perbuatan jahat
dan menemui suasana tenang dan aman, kemudian cahaya hijau keluar
daripada mereka.
Bila semua ego dan keinginan, bila semua kehendak diri sendiri dihapuskan melalui berkat HAQ, yang sebenarnya, dan bila mereka menyerahkan kehendak mereka kepada kehendak Allah dan reda dengan apa juga yang datang daripada-Nya, warna mereka berubah menjadi cahaya putih.

Inilah gambaran orang-orang sufi daripada peringkat permulaan
mereka di dalam perjalanan sampailah kepada peringkat pertengahan.
Tetapi seseorang yang sampai kepada perbatasan peringkat ini tidak
mempunyai bentuk atau warna. Dia menjadi seolah-olah sinaran cahaya
matahari. Cahaya matahari tidak berwarna. Sufi yang sampai kepada
makam yang paling tinggi tidak mempunyai kewujudan untuk membalikkan
cahaya atau warna. Jika ada, warnanya ialah hitam, yang menyerap semua
warna. Inilah tanda keadaan fana
Orang ramai yang melihat kepadanya, keadaan yang tiada warna ini,
kelihatan gelap, menjadi tabir menutupi cahaya makrifat yang dia
miliki, seperti malam menutupi sinaran matahari. Allah berfirman:
"Dan Kami jadikan malam itu (sebagai) pakaian. Dan Kami jadikan
siang itu tempat penghidupan". (Surah Nabaa, ayat 10 & 11).
Bagi mereka yang sampai kepada hakikat atau intipati akal dan ilmu, ada tanda dalam ayat di atas.
Mereka yang sampai kepada kebenaran (hakikat) ketika di dalam dunia ini merasakan seolah-olah di penjarakan di sini di dalam bilik kurungan di bawah tanah yang gelap. Mereka menghabiskan hayat mereka di dalam kesusahan dan kesengsaraan. Mereka menanggung kesusahan yang besar, tekanan-tekanan keadaan, di dalam dunia yang gelap sepenuhnya. Nabi s.a.w bersabda, "Dunia ini adalah penjara bagi orang beriman" . Seperti yang baginda s.a.w khabarkan percubaan yang paling besar menimpa para nabi, kemudian yang hampir dengan Allah, kemudian dengan kadar menurun mengikut kadar seseorang itu mahu menghampiri Allah. Jadi, adalah sesuai bagi sufi memakai pakaian hitam dan mengikat serban hitam di kepalanya, kerana ia adalah pakaian orang yang bersedia menempuh kesusahan dan kesakitan di dalam perjalanan ini.

Di dalam kenyataan, hitam adalah pakaian paling sesuai bagi mereka
yang berkabung kerana kehilangan kemanusiaan dan kewujudan diri
mereka. Ramai manusia yang kehilangan anugerah yang berharga kerana
kecuaian, sesuai hanya untuk kemanusiaan, bagi mereka yang sedar,
bagi yang boleh melihat kebenaran, enggan itu membunuh kehidupan
abadi dengan tangan mereka sendiri. Membuang kasih Ilahi yang kerinduan
di dalam hati mereka, memisahkan diri mereka enggan roh suci,
mereka hilang kesempatan untuk kembali kepada asal mereka, kepada
penyebab. Walaupun mereka tidak mengetahuinya, merekalah yang
menderita bala yang paling besar. Jika mereka sedar yang mereka
sudah kehilangan segala nikmat akhirat, kehidupan abadi, mereka
tentunya memakai pakaian hitam, pakaian berkabung. Janda yang
kematian suami berkabung selama empat bulan sepuluh hari. Ini adalah
berkabung kerana kehilangan sesuatu di dalam dunia. Orang yang
kehilangan kebaikan hidup yang abadi seharusnya berkabung secara
abadi juga.
Nabi s.a.w bersabda, "Mereka yang ikhlas sentiasa berada di tepi
bahaya besar" . Betapa tepat gambaran ini mengenai orang yang
terpaksa berjalan berjingkit-jingkit dengan penuh kewaspadaan! Tetapi
inilah suasana sufi yang meninggalkan kewujudan dirinya dan berada di
dalam alam fana. Kefakirannya terhadap dunia ini yang
ditinggalkannya dan hajatnya yang penuh kepada Allah sangat besar,
dan dia melepasi kemanusiaan sebagai keindahan yang bersangatan.
Mereka yang memperolehi penyaksian kepada yang hak, setelah
menyaksikan keindahan kebenaran itu, tidak ingin melihat yang lain
lagi. Mereka tidak boleh melihat kecintaan dan kerinduan kepada apa
sahaja. Bagi mereka, Allah jualah yang menjadi yang dikasihi,
hanya Dia yang wujud. Begitulah keadaan mereka di dalam kedua-dua
alam. Itulah satu-satunya matlamat mereka. Akhirnya mereka menjadi
insan, dan Allah ciptakan insan supaya mengenali-Nya, supaya mencapai
Zat-Nya.
Menjadi kewajipan bagi setiap orang untuk mencari dan mengenali
atau mengetahui tujuan dia diciptakan dan menghayati maksud tujuan
tersebut, kewajipan yang mereka tanggung di dalam dunia ini dan di
akhirat, supaya mereka tidak habiskan usia mereka di dalam
kerugian, agar mereka tidak menyesal selama-lamanya di akhirat -
dibungkus, lemas di dalam kerinduan yang akan mereka sedari akhirnya di
dalam penyesalan yang abadi.
16: PENYUCIAN DIRI
Dua jenis penyucian: Pertama zahir, ditentukan oleh peraturan agama dan dilakukan dengan membasuh tubuh badan dengan air yang bersih. Keduanya ialah penyucian batin, diperolehi dengan menyedari kekotoran di dalam diri, menyedari dosanya dan bertaubat dengan ikhlas . Penyucian batin memerlukan perjalanan kerohanian dan dibimbing oleh guru kerohanian.

Menurut hukum dan peraturan agama, seseorang menjadi tidak suci dan
wuduk menjadi batal jika keluar sesuatu dari rongga badan. Ini
perlu diperbaharui dengan wuduk. Dalam hal keluar mani dan darah
haid mandi wajib diperlukan. Dalam hal lain, bahagian tubuh yang
terdedah - tangan, lengan, muka dan kaki - mesti dibasuh. Mengenai
pembaharuan wuduk Nabi s.a.w bersabda, "Pada setiap pembaharuan
wuduk Allah perbaharui kepercayaan hamba-Nya yang cahaya iman
digilap dan memancar dengan lebih bercahaya" . Dan, "Mengulangi
bersuci dengan wuduk adalah cahaya di atas cahaya".
Kesucian batin juga boleh hilang, mungkin lebih kerap daripada
kesucian zahir, dengan sifat buruk, buruk perangai, perbuatan dan
sifat yang merosakkan seperti sombong, takabur, menipu, mengumpat,
fitnah, dengki dan marah. Perbuatan secara sedar dan tidak sedar
memberi kesan kepada roh: mulut yang memakan makanan haram, bibir
yang berdusta, telinga yang mendengar umpatan dan fitnah, tangan
yang memukul, kaki yang membawa kepada kejahatan. Zina, yang juga
satu dosa, bukan sahaja dilakukan di atas katil. Nabi s.a.w
bersabda, "Mata juga berzina".
Bila kesucian batin ditanamkan demikian dan wuduk kerohanian batal,
membaharui wuduk demikian adalah dengan taubat yang ikhlas, yang
dilakukan dengan menyedari kesalahan sendiri, dengan penyesalan
yang mendalam disertai oleh tangisan (yang menjadi air yang membasuh
kekotoran jiwa), dengan berazam tidak akan mengulangi kesalahan
tersebut, berhasrat meninggalkan semua kesalahan, dengan memohon
keampunan Allah, dan dengan berdoa agar Dia mencegahnya daripada
melakukan dosa lagi.
Sembahyang adalah menghadap Tuhan. Berwuduk, berada di dalam
keadaan suci, menjadi syarat untuk bersembahyang. Orang arif tahu
penyucian zahir sahaja tidak memadai, kerana Allah melihat jauh ke dalam
lubuk hati, yang perlu diberi wuduk dengan cara bertaubat. Firman
Allah: "Inilah apa yang dijanjikan untuk kamu, untuk tiap-tiap
orang yang bertaubat, yang menjaga (batas-batas)". (Surah Qaaf,
ayat 32).
Penyucian tubuh dan wuduk zahir terikat dengan masa kerana tidur membatalkan wuduk. Penyucian ini terikat dengan siang dan malam bagi kehidupan di dalam dunia. Penyucian alam batin, wuduk bagi diri yang tidak kelihatan, tidak ditentukan oleh masa. Ia untuk seluruh kehidupan - bukan sahaja kehidupan sementara di dunia tetapi juga kehidupan abadi di akhirat.
17: MAKSUD IBADAT SECARA AMALAN ZAHIR DAN IBADAT BATIN
Lima kali sehari semalam, pada masa yang telah ditentukan, sembahyang diwajibkan kepada sekalian Muslim yang baligh dan berkuasa. Ini diperintahkan oleh Allah: "Kerjakan sembahyang dengan tetap dan akan sembahyang yang terlebih penting ". (Surah al-Baqaraah, ayat 238).
Sembahyang menurut peraturan agama (rukun sembahyang) terdiri daripada berdiri, membaca Quran, rukuk, sujud, duduk, membaca dengan kedengaran beberapa doa. Pergerakan dan perbuatan ini melibatkan bahagian-bahagian tubuh, pembacaan diucap dan didengar melibatkan pancaindera dan deria, adalah sembahyang diri zahir. Kerana tindakan diri zahir ini dilakukan berulang-ulang, acapkali, di dalam setiap lima waktu sehari, bahagian pertama menurut perintah Allah "Dirikan sembahyang" , adalah lebih dari satu.

Bahagian kedua
perintah Allah "terutamanya sembahyang pertengahan" merujuk
kepada sembahyang hati, kerana hati berada di tengah-tengah pada
kejadian manusia. Tujuan sembahyang ini adalah mendapatkan
kesejahteraan pada hati. Hati berada di tengah-tengah, antara kanan
dengan kiri, antara hadapan dengan belakang, antara atas dengan
bawah, antara kebaikan dnegan keburukan.
Hati adalah pusat, titik
pengimbang, penengah. Nabi s.a.w bersabda, "Hati anak Adam berada
di antara dua jari Yang Maha Penyayang. Dia balikkan ke arah mana
yang Dia kehendaki" . Dua jari Allah adalah sifat kekerasan-Nya
yang berkuasa menghukum dan sifat keindahan-Nya dan pengasih-Nya
yang memberi rahmat dan nikmat.
Sembahyang sebenar adalah sembahyang hati. Jika hati lalai daripada sembahyang, sembahyang zahir tidak akan teratur. Bila ini terjadi kesejahteraan dan kedamaian diri zahir yang diharapkan diperolehi daripada sembahyang zahir itu tidak diperolehi. Sebab itu Nabi s.a.w bersabda, "Amalan sembahyang mungkin dengan hati yang diam".

Sembahyang adalah penyerahan yang dicipta kepada Pencipta. Ia
adalah pertemuan di antara hamba dengan Tuannya. Tempat pertemuan
itu ialah hati. Jika hati tertutup, lalai dan mati, begitu juga
maksud sembahyang itu, tidak ada kebaikan yang sampai kepada diri
zahir daripada sembahyang yang demikian, kerana hati adalah
intipati atau hakikat atau zat bagi jasad, semua yang lain bergantung
kepadanya. Nabi s.a.w bersabda, " Ada sekeping daging di dalam
tubuh manusia, jika ia baik maka baiklah semua anggota tetapi jika
ia jahat maka jahat pula anggota. Ketahuilah, itulah hati".
Sembahyang yang diperintahkan oleh agama (syariat) dilakukan pada
waktu tertentu, lima kali sehari semalam. Sebaiknya dilakukan di
dalam masjid secara berhemah, menghadap ka'abah, mengikut imam yang
tidak munafik dan tidak ria'.
Masa untuk bersembahyang batin tidak mengira masa dan tidak
berkesudahan, bagi kehidupan ini dan juga akhirat. Masjid bagi
sembahyang ini ialah hati. Jemaahnya ialah bakat-bakat kerohanian,
yang mengingat dan mengucapkan nama-nama Allah Yang Esa di dalam
bahasa alam batin. Imam sembahyang ini ialah kehendak yang tidak
dapat disekat, arah kiblatnya ialah keesaan Allah, yang di
mana-mana, dan keabadian-Nya dan keindahan-Nya. Hati yang sejati
adalah yang boleh melakukan sembahyang yang demikian. Hati yang seperti
ini tidak tidur dan tidak mati. Hati dan roh yang demikian berada
di dalam sembahyang yang berterusan, dan manusia yang memiliki hati
yang demikian, samada dia dalam jaga atau tidur, sentiasa berbuat
kebaktian. Sembahyang batin yang dilakukan oleh hati adalah
keseluruhan kehidupannya. Tiada lagi bunyi bacaan, berdiri, rukuk,
sujud atau duduk. Pembimbingnya, imam sembahyang itu adalah
Rasulullah s.a.w sendiri.
Baginda berkata-kata dengan Allah Yang Maha
Tinggi, "Engkau yang kami sembah dan Engkau jualah yang kami
minta pertolongan". (Surah Fatihaah, ayat 4) . Ayat suci ini
ditafsirkan sebagai tanda manusia sempurna, yang melewati atau
melepasi dari menjadi kosong, hilang kepada segala kebendaan, kepada
suasana keesaan. Hati yang sempurna demikian menerima rahmat yang
besar daripada Ilahi. Satu daripada rahmat itu dinyatakan oleh Nabi
s.a.w, " Nabi-nabi dan yang dikasihi Allah meneruskan ibadat
mereka di dalam kubur seperti yang mereka lakukan di dalam rumah
mereka ketika mereka hidup di dalam dunia". Dalam lain perkataan
kehidupan abadi hati meneruskan penyerahan kepada Allah Yang Maha
Tinggi.
Bila sembahyang tubuh badan dan sembahyang diri batin berpadu,
sembahyang itu lengkap, sempurna. Ganjarannya besar. Ia membawa
seseorang secara kerohanian kepada kehampiran dengan Allah, dan
secara zahir kepada peringkat yang paling tinggi mampu dicapai.
Dalam alam kenyataan mereka menjadi hamba Allah yang taat. Suasana
dalaman pula mereka adalah orang arif yang memperolehi makrifat sebenar
tentang Allah. Jika sembahyang zahir tidak bersatu dengan
sembahyang batin, ia adalah kekurangan. Ganjarannya hanyalah pada
pangkat atau kedudukan, tidak membawa seseorang hampir dengan
Allah.
18: PENYUCIAN INSAN SEMPURNA, YANG TELAH MENGASINGKAN DIRINYA DAN
MEMBEBASKAN DIRINYA DARIPADA SEGALA URUSAN DUNIA.
Tujuan penyucian itu ada dua jenis: Pertama untuk membolehkannya masuk kepada alam sifat-sifat Ilahi dan kedua untuk mencapai makam Zat.
Penyucian untuk memasuki alam sifat-sifat Ilahi memerlukan pelajaran yang membimbing seseorang di dalam proses penyucian cermin hati daripada gambaran haiwan manusia dengan cara rayuan, ucapan atau memikirkan dan mendoakan pada nama-nama Ilahi. Ucapan itu menjadi kunci, perkataan rahsia yang membuka hati. Hanya bila mata itu terbuka baharulah boleh dia melihat sifat-sifat Allah yang sebenar.

Kemudian mata itu melihat gambaran kemurahan Allah,
nikmat, rahmat dan kebaikan-Nya di atas cermin hati yang murni itu.
Nabi s.a.w bersabda, “Mukmin adalah cermin bagi samanya mukmin” .
Juga sabda baginda, “Orang berilmu membuat gambaran sementara
orang arif menggilap" . Juga sabda baginda, “Orang berilmu membuat
gambaran sementara orang arif menggilap cermin hati yang menangkap
kebenaran." Bila cermin hati sudah dicuci sepenuhnya dengan digilap
terus menerus secara menzikirkan nama-nama Allah, seseorang itu
mendapat jalan kepada pengetahuan dan sifat Ilahi. Penyaksian
terhadap pemandangan ini hanya mungkin berlaku di dalam hati.
Penyucian yang bertujuan mencapai Zat Ilahi adalah melalui terus
menerus mentafakurkan kalimah tauhid. Ada tiga nama keesaan, tiga
yang akhir daripada dua belas nama-nama Ilahi. Nama-nama tersebut
ialah:
LA ILAHA ILLA LLAH : Tiada yang ada kecuali Allah
ALLAH : Nama khusus bagi Tuhan
HU : Allah yang bersifat melampaui sesuatu
HAQ : Yang sebenarnya (Hakikat)
HAYYUN : Hidup Ilahi yang kekal abadi
QAYYUM : Berdiri dengan sendiri yang segala kewujudan bergantung kepada-Nya
QAHHAR : Yang Maha Memaksa, meliputi segala sesuatu
WAHHAB : Pemberi tanpa batas
WAHID : Yang Esa
AHAD : Esa
SAMAD : Sumber kepada segala sesuatu

Nama-nama ini mestilah diseru bukan dengan lidah biasa tetapi
dengan lidah rahsia bagi hati. Hanya dengan itu mata hati melihat
cahaya keesaan. Bila cahaya suci Zat menjadi nyata semua
nilai-nilai kebendaan lenyap, semua menjadi tiada apa-apa. Ini
adalah suasana menghabiskan sepenuhnya segala perkara, kekosongan
yang melampaui semua kekosongan. Kenyataan cahaya Ilahi memadamkan semua
cahaya: “Tiap-tiap sesuatu akan binasa kecuali Zat-Nya”. (Surah
Qasas, ayat 88). “Allah hapuskan apa yang Dia kehendaki dan Dia
tetapkan apa yang Dia kehendaki, kerana pada sisi-Nya ibu kitab”.
(Surah ar-Ra'd, ayat 39).
Bila semuanya lenyap apa yang tinggal selamanya adalah roh suci. Ia melihat dengan cahaya Allah. Ia melihat-Nya, Dia melihatnya. Di sana tiada gambaran, tiada persamaan di dalam melihat-Nya: “Tiada sesuatu yang serupa dengan-Nya. Dia mendengar dan melihat”. (Surah asy-Syura, ayat 11).

Apa yang ada hanyalah cahaya murni yang mutlak. Tidak ada apa untuk
diketahui lebih dari itu. Itu adalah alam fana diri. Tiada lagi
fikiran untuk memberi khabar berita. Tiada lagi sesiapa melainkan
Allah yang memberi khabar berita. Nabi s.a.w bersabda, “ Ada ketika
aku sangat hampir dengan Allah, tiada siapa, malaikat yang hampir
atau nabi yang diutus, boleh masuk antara aku dengan-Nya” . Ini
adalah suasana pemisahan di mana seseorang itu telah membuang semua
perkara kecuali Zat Allah. Itu adalah suasana keesaan. Allah
memerintahkan melalui Rasul-Nya, “Pisahkan diri kamu dari segala
perkara dan carilah keesaan”.
Pemisahan itu bergerak daripada semua yang keduniaan kepada
kekosongan dan ketiadaan. Hanya dengan itu kamu memperolehi
sifat-sifat Ilahi. Itulah yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w apabila
bersabda, “Sucikan diri kamu, benamkan diri kamu dalam sifat-sifat
yang suci (sifat Ilahi)”.
19: ZAKAT
Ada dua jenis zakat: zakat yang diajarkan oleh syariat dan zakat kerohanian yang berlainan sifatnya . Zakat yang diajarkan oleh syariat ialah mengeluarkan daripada barang-barang dalam dunia ini. Setelah ditolak jumlah tertentu yang diperuntukkan sebagai kegunaan keluarga, satu bahagian dibahagikan kepada orang miskin . Zakat rohani Bagaimanapun diambil daripada perolehan barangan akhirat. Ia juga diberikan kepada orang miskin, iaitu miskin kerohanian.

Zakat adalah memberi bantuan kepada orang miskin. Allah
perintahkan: “Sedekah-sedekah itu untuk faqir-faqir dan miskin”.
(Surah at-Taubah, ayat 60).
Apa juga yang diberi untuk tujuan ini sampai kepada tangan Allah Yang Maha Tinggi sebelum dihantar kepada yang memerlukannya. Jadi, tujuan zakat dan sedekah ini bukanlah terutamanya untuk membantu yang memerlukan, kerana Allah adalah Pemberi kepada semua yang memerlukan, tetapi supaya niat baik pemberi zakat dan sedekah itu diterima oleh Allah.

Mereka yang hampir dengan Allah menjadikan ganjaran rohani daripada
perbuatan baiknya sebagai kebaktian kepada orang yang berdosa.
Allah Yang Maha Tinggi menyatakan keampunan-Nya mengampunkan
orang-orang yang berdosa mengikut kadar doa, permohonan, pujian,
puasa, sedekah, hajji dan lain-lain kebaikan para hamba-Nya yang
berhasrat mengorbankan ganjaran kerohanian yang mereka harapkan
sebagai hasil daripada ibadat dan ketaatan mereka, Allah dengan
kemurahan-Nya menutup dan menyembunyikan dosa para pendosa sebagai
balasan terhadap kebaktian para hamba-Nya yang baik-baik.
Kemurahan hati hamba-hamba-Nya yang beriman hingga kepada peringkat
mereka tidak memiliki apa-apa lagi, tidak menyimpan sesuatu apa
pun untuk diri mereka, hinggakan tidak ada nama baik dari kebaikan
mereka juga tidak ada harapan untuk balasan akhirat. Orang yang
memasuki jalan ini kehilangan segala-galanya termasuklah kewujudan
dirinya sendiri. Dia menjadi muflis sepenuhnya kerana dia benar-benar
murah hati. Allah mengasihi orang yang murah hati sampai kepada
peringkat muflis seluruhnya pada dunia ini. Nabi s.a.w bersabda,
“Orang yang membelanjakan semua yang dimilikinya dan tidak berharap
untuk memiliki apa-apa berada di dalam penjagaan Allah di dunia
dan akhirat”.
Rabiatul Adawiyah berdoa, “Wahai Tuhan. Berikan semua bahagianku
daripada dunia ini kepada orang-orang kafir dan jika ada bahagianku
di akhirat bahagikannya kepada hamba-hamba-Mu yang beriman. Apa
yang aku inginkan dalam dunia ini ialah merindui-Mu dan yang aku
inginkan di akhirat ialah bersama-Mu, kerana manusia dan apa sahaja
yang diperolehinya adalah milik-Mu”.
Allah membalas sehingga sepuluh kali ganda kepada orang yang bersedekah. “Barangsiapa kerjakan kebaikan maka baginya (ganjaran) sepuluh kali ganda”. (Surah al-An'aam, ayat 160).
Allah membalas sehingga sepuluh kali ganda kepada orang yang bersedekah. “Barangsiapa kerjakan kebaikan maka baginya (ganjaran) sepuluh kali ganda”. (Surah al-An'aam, ayat 160).
Faedah lain daripada sedekah ialah kesan penyuciannya. Ia
menyucikan harta dan diri seseorang. Jika diri dibersihkan daripada
sifat-sifat ego maka tujuan sedekah atau zakat batin (kerohanian)
tercapai.
Memisahkan seseorang dengan apa yang dia anggap sebagai miliknya mendatangkan balasan yang berganda di akhirat: “Siapakah yang hendak meminjamkan kepada Allah satu pinjaman yang baik lalu Dia gandakan (ganjaran) baginya, padahal (adalah) baginya ganjaran yang mulia?” (Surah al-Hadiid, ayat 11).
“Berbahagialah orang yang membersihkannya (jiwanya)”. (Surah asy-Syams, ayat 9).

Zakat, ‘sedekah yang indah' adalah perbuatan yang baik, sebahagian
daripada yang kamu terima, kebendaan dan kerohanian. Belanjakanlah
kerana Allah, kepada Allah. Walaupun balasan berganda dijanjikan
jangan pula melakukannya kerana balasan tersebut. Berikan zakat dan
sedekah secara mengambil berat, dengan kasih sayang dan kasihan
belas bukan sebagai budi, mengharapkan pujian, membuat penerima
merasa terhutang budi dan terikat.
“Wahai orang-orang yang beriman. Janganlah kamu batalkan (pahala)
sedekah kamu dengan bangkitan dan gangguan”. (Surah al-Baqarah,
ayat 264).
Jangan meminta dan mengharapkan faedah keduniaan bagi perbuatan baik kamu. Lakukannya kerana Allah semata-mata. Firman Allah: “Kamu tidak akan dapat (balasan) kebaikan kecuali kamu mendermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi, dan sesuatu apa yang kamu dermakan itu Allah mengetahui akan dia”. (Surah al-‘Imraan, ayat 92).
20: PUASA SYARIAT DAN PUASA KEROHANIAN
Puasa syariat adalah menahan diri daripada makan, minum dan bersetubuh daripada terbit fajar hinggalah terbenam matahari . Puasa kerohanian selain yang demikian ditambah lagi memelihara pancaindera dan fikiran daripada perkara-perkara yang keji. Ia adalah melepaskan segala yang tidak sesuai, zahir dan batin. Rosak sedikit sahaja niat mengenainya rosaklah puasa rohani. Puasa syariat terikat dengan masa sementara puasa rohani pula berkekalan di dalam kehidupan sementara ini dan kehidupan abadi di akhirat. Inilah puasa yang sebenar.

Nabi s.a.w bersabda, “Ramai orang yang berpuasa tidak mendapat
apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan dahaga”. Puasa syariat
ada waktu berbuka tetapi puasa rohani berjalan terus walaupun
matahari sudah terbenam, walaupun mulut sudah merasakan makanan.
Mereka adalah yang menjaga pancaindera dan pemikiran bebas daripada
kejahatan dan yang menyakitkan orang lain. Untuk itu Allah telah
berjanji, “Puasa adalah amalan untuk-Ku dan Aku yang membalasnya” .
Mengenai dua jenis puasa itu Nabi s.a.w bersabda, “Orang yang
berpuasa mendapat dua kesukaan. Pertama bila dia berbuka dan kedua
bila dia melihat” . Orang yang mengenali zahir agama mengatakan
kesukaan yang pertama itu ialah kesukaan ketika berbuka puasa dan
‘kesukaan apabila mereka melihat' itu ialah melihat anak bulan Syawal
menandakan hari raya. Orang yang mengetahui makna batin bagi puasa
mengatakan kesukaan berbuka puasa ialah apabila seseorang yang
beriman itu masuk syurga dan menikmati balasan di dalamnya, dan
kesukaan yang lebih lagi ialah ‘apabila melihat', yang bermaksud
apabila orang yang beriman melihat Allah dengan mata rahsia bagi
hati.
Lebih berharga daripada dua jenis puasa itu ialah puasa yang
sebenarnya ( puasa hakikat ), iaitu mengelakkan hati daripada
menyembah sesuatu yang lain dari Zat Allah . Ia dilakukan dengan
mata hati buta terhadap semua kewujudan, walaupun di dalam alam
rahsia di luar daripada alam dunia ini, melainkan kecintaan kepada
Allah, kerana walaupun Allah menjadikan segala-galanya untuk
manusia, Dia jadikan manusia untuk-Nya, dan Dia berfirman: “Insan
adalah rahsia-Ku dan Aku rahsianya” . Rahasia itu ialah cahaya
daripada cahaya Allah Yang Maha Suci. Ia adalah pusat atau jantung
hati, dijadikan daripada sejenis jisim yang amat seni. Ia adalah
roh yang mengetahui segala rahsia-rahsia yang hak. Ia adalah hubungan
rahsia di antara yang dicipta dengan Pencipta. Rahsia itu tidak
cenderung dan tidak mencintai sesuatu yang lain daripada Allah.
Tidak ada yang berharga untuk diingini, tiada yang dikasihi di
dalam dunia ini dan di akhirat, melainkan Allah. Jika satu zarah
sahaja daripada sesuatu memasuki hati selain kecintaan kepada
Allah, maka batallah puasa hakikat. Seseorang perlu
memperbaharuinya, menghadapkan segala kehendak dan niat kembali kepada
kecintaan-Nya, di sini dan di akhirat. Firman Allah, “Puasa adalah
untuk-Ku dan hanya Aku yang membalasnya”.
21: HAJI KE MEKAH DAN HAJJI ROHANI KE HAKIKAT HATI
Pekerjaan hajji menurut syariat ialah mengunjungi ka'abah di Makkah . Ada beberapa syarat berhubung dengan ibadat hajji: memakai ihram – dua helai kain yang tidak berjahit menandakan pelepasan semua ikatan duniawi; memasuki Makkah dalam keadaan berwuduk; tawaf keliling ka'abah sebanyak tujuh kali tanda penyerahan sepenuhnya; lari-lari anak dari Safa ke Marwah sebanyak tujuh kali; pergi ke Padang Arafah dan tinggal di sana sehingga matahari terbenam; bermalam di Musdalifah; melakukan korban di Mina; meminum air zamzam; melakukan sembahyang dua rakaat berhampiran dengan tempat Nabi Ibrahim a.s pernah berdiri. Bila semua ini dilakukan pekerjaan hajji pun sempurna dan balasannya diperakui. Jika terdapat kecacatan pada pekerjaan tersebut balasannya dibatalkan. Allah Yang Maha Tinggi berfirman: “Sempurnakan hajji dan umrah kerana Allah”. (Surah al-Baqarah, ayat 196).

Bila semua itu telah selesai banyak daripada hubungan keduniaan
yang ditegah semasa pekerjaan hajji dibolehkan semula. Sebagai
tanda selesainya pekerjaan hajji seseorang itu melakukan tawaf
terakhir sekali sebelum kembali kepada kehidupan harian.
Ganjaran untuk orang yang mengerjakan hajji dinyatakan oleh Allah
dengan firman-Nya: “Dan barangsiapa masuk ke dalamnya amanlah ia,
dan kerana Allah (wajib) atas manusia pergi ke rumah itu bagi yang
berkuasa ke sana ”. (Surah al-‘Imraan, ayat 97).
Orang yang sempurna ibadat hajjinya selamat daripada azab neraka. Itulah balasannya.
Orang yang sempurna ibadat hajjinya selamat daripada azab neraka. Itulah balasannya.
ekerjaan hajji kerohanian memerlukan persiapan yang besar dan
mengumpulkan keperluan-keperluan sebelum memulakan perjalanan.
Langkah pertama ialah mencari juru pandu, pembimbing, guru, seorang
yang dikasihi, dihormati, diharapkan dan ditaati oleh orang yang
mahu menjadi murid itu. Pembimbing itulah yang akan membekalkan murid
itu bagi mengerjakan hajji kerohanian, dengan segala keperluannya.
Kemudian dia mesti menyediakan hatinya. Untuk menjadikannya jaga seseorang itu perlu mengucapkan kalimah tauhid “La ilaha illa Llah” dan mengingati Allah dengan menghayati kalimah tersebut. Dengan ini hati menjadi jaga, menjadi hidup. Ia hendaklah mengingati Allah dan berterusan mengingati Allah sehingga seluruh diri batin menjadi suci bersih daripada selain Allah.

Selepas penyucian batin seseorang perlu menyebutkan nama-nama bagi
sifat-sifat Allah yang akan menyalakan cahaya keindahan dan
kemuliaan-Nya. Di dalam cahaya itulah seseorang itu diharapkan
dapat melihat ka'abah bagi hakikat rahsia. Allah memerintahkan Nabi
Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s melakukan penyucian ini:
“Janganlah engkau sekutukan Aku dengan sesuatu apa pun dan
bersihkan rumah-Ku untuk orang-orang tawaf, dan yang berdiri, dan yang
rukuk, dan yang sujud”. (Surah al-Hajj, ayat 26).
Sesungguhnya ka'abah zahir yang ada di Makkah dijaga dengan bersih
untuk para pekerja hajji. Betapa lebih lagi kesucian yang perlu
dijaga terhadap ka'abah batin yang ke atasnya hakikat akan
memancar.
Selepas persediaan itu pekerja hajji batin menyelimutkan dirinya dengan roh suci, mengubah bentuk kebendaannya menjadi hakikat batin, dan melakukan tawaf ka'abah hati, mengucap di dalam hati nama Tuhan yang kedua- “ALLAH”, nama yang khusus bagi-Nya. Ia bergerak dalam bulatan kerana laluan rohani bukan lurus tetapi dalam bentuk bulatan. Akhirnya adalah permulaannya.

Kemudian ia pergi ke Padang Arafah hati, tempat batin yang
merendahkan diri dan merayu kepada Tuhannya, tempat yang diharapkan
seseorang dapat mengetahui rahasia “La ilaha illa Llah”, “Yang
Maha Esa, tiada sekutu”. Di sana ia berdiri mengucapkan nama ketiga
“HU” – bukan sendirian tetapi bersama-Nya kerana Allah berfirman: “
Dia beserta kamu walau di mana kamu berada”. (Surah al-Hadiid, ayat
4).
Kemudian dia mengucapkan nama keempat “HAQ”, nama bagi cahaya Zat
Allah – dan kemudian nama kelima “HAYYUN” – hidup Ilahi tang
darinya hidup yang sementara muncul. Kemudian dia menyatukan nama
Ilahi Yang Hidup Kekal Abadi dengan nama keenam “QAYYUM” – Yang
Wujud Sendiri, yang bergantung kepada-Nya segala kewujudan. Ini
membawanya kepada Musdalifah yang di tengah-tengah hati.
Kemudian dia di bawa ke Mina, rahasia suci, intipati atau hakikat, di mana dia ucapkan nama yang ke tujuh “QAHHAR” – Yang Meliputi Semua, Maha Keras . Dengan kekuasaan nama tersebut dirinya dan kepentingan dirinya dikorbankan. Tabir keingkaran ditiupkan dan pintu kebatilan diterbangkan.

Mengenai tabir yang memisahkan yang dicipta dengan Pencipta, Nabi
s.a.w bersabda, “Iman dan kufur wujud pada tempat di sebalik arasy
Allah. Keduanya adalah hijab memisahkan Tuhan daripada pemandangan
hamba-hamba-Nya. Satu adalah hitam dan satu lagi putih”.
Kemudian kepada roh suci dicukurkan daripada segala sifat kebendaan.
Dengan membaca nama Ilahi ke delapan “WAHHAB” – Pemberi kepada semua, tanpa batas, tanpa syarat – dia memasuki daerah suci bagi Zat. Kemudian dia mengucapkan nama kesembilan “FATTAH” – Pembuka segala yang tertutup.

Memasuki ke tempat menyerah diri di mana dia tinggal mengasingkan
diri, hampir dengan Allah, dalam keakraban dengan-Nya dan jauh
daripada segala yang lain, dia mengucapkan nama yang ke sepuluh
“WAHID” – Yang Esa, yang tiada tara , tiada sesuatu menyamai-Nya.
Di sana dia mula menyaksikan sifat Allah “SAMAD” – Yang menjadi
sumber kepada segala sesuatu. Ia adalah pemandangan tanpa rupa,
tanpa bentuk, tidak menyerupai sesuatu.
Kemudian tawaf terakhir bermula, tujuh pusingan yang dalam tempoh
tersebut dia mengucapkan enam nama-nama yang terakhir dan ditambah
dengan nama ke sebelas
“AHAD” – Yang Esa. Kemudian dia minum daripada tangan keakraban Allah.
“Dan Tuhan mereka membuat mereka meminum minuman asli”. (Surah Insaan, ayat 21) .
Cawan yang di dalamnya minuman ini disediakan ialah nama yang kedua belas “SAMAD” – Sumber, yang menunaikan segala hajat, satu-satunya tempat meminta tolong.

Dengan meminum dari sumber ini dia melihat semua tabir tersingkap
daripada wajah keabadian. Dia mendongak melihat kepada-Nya dengan
cahaya yang datang daripada-Nya. Alam ini tiada persamaan, tiada
bentuk, tiada rupa. Ia tidak mampu diterangkan, diibaratkan, alam
yang tidak ada mata pernah melihatnya, tiada telinga pernah
mendengarnya dan tiada hati manusia yang ingat. Kalam Allah tidak
didengar dengan bunyi atau dilihat dengan tulisan. Kesukaan yang
tiada hati manusia boleh merasai ialah kelazatan menyaksikan
hakikat Allah dan mendengar percakapan-Nya: “Kecuali orang yang
bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal salih, maka mereka itu
Allah akan tukarkan kejahatan-kejahatan mereka kepada
kebaikan-kebaikan” . (Surah al-Furqaan, ayat 70).
Kemudian pekerja hajji itu dibebaskan daripada semua perbuatan yang
daripada dirinya dan bebas daripada ketakutan dan dukacita.
“Ketahuilah sesungguhnya pembantu-pembantu Allah, tidak ada
ketakutan atas mereka dan tidak akan mereka berdukacita”. (Surah
Yunus, ayat 62).
Akhirnya tawaf selamat tinggal dilakukan dengan mengucapkan semua nama-nama Ilahi.
Kemudian pekerja hajji kembali ke rumahnya, ke tempat asalnya, bumi suci di mana Allah ciptakan manusia dalam bentuk yang paling baik dan paling indah. Ketika kembalinya itu dia mengucapkan nama kedua belas “SAMAD”, perbendaharaan yang daripadanya semua keperluan makhluk dibekalkan. Itu adalah alam kehampiran Allah. Itulah tempat kediaman pekerja hajji batin, dan ke sanalah mereka kembali.

Hanya itulah yang dapat diceritakan sekadar lidah mampu ucapkan dan
akal mampu terima. Selepas itu tiada berita yang boleh diberi
kerana selebih daripada itu tidak boleh disaksikan, tidak
dimengerti, tidak mampu difikir atau diterangkan. Nabi s.a.w
bersabda, “ Ada ilmu yang tinggal tetap seumpama khazanah yang
tertanam. Tiada siapa yang boleh mengetahuinya dan tiada siapa boleh
mendapatkannya melainkan mereka yang menerima ilmu Ilahi”, tetapi
bila diperdengarkan kewujudan ilmu demikian, yang ikhlas tidak
menafikannya.
Manusia yang memiliki pengetahuan biasa mengumpulkan apa yang boleh
dikumpulkan di permukaan. Orang yang memiliki ilmu ketuhanan
mengeluarkan dasarnya. Hikmah kebijaksanaan orang arif adalah
sebenar-benar rahsia bagi Allah Yang Maha Tinggi. Tiada siapa yang
tahu apa yang Dia tahu kecuali Dia sendiri. “Sedang mereka tidak
meliputi (sedikit pun) daripada ilmu-Nya kecuali apa yang
dikehendaki-Nya. Pengetahuan-Nya meliputi langit-langit dan bumi,
dan memelihara keduanya tidaklah berat bagi-Nya” . (Surah
al-Baqarah, ayat 255).
Mereka yang dirahmati, yang dikurniakan sebahagian ilmu-Nya adalah
nabi-nabi dan kekasih-Nya yang berjuang untuk datang hampir
kepada-Nya. Firman-Nya: “Dia mengetahui rahsia dan yang lebih
tersembunyi”. (Surah Ta Ha, ayat 7). “Allah, tidak ada Tuhan
melainkan Dia. Kepunyaan-Nya nama-nama yang sangat baik”. (Surah Ta
Ha, ayat 8).
Dan Allah paling mengetahui.
22: MENYAKSIKAN YANG HAK MELALUI SUASANA KEDAMAIAN YANG DATANG
DARIPADA PELEPASAN SEGALA KEDUNIAAN DAN MELALUI ZAUK.
Nabi s.a.w bersabda, “Satu ilham Ilahi yang memutuskan seseorang daripada dunia ini dan kurniaan atas seseorang akan kenyataan atau cermin sifat-sifat Tuhan, menampakkan kepada seseorang keesaan Ilahi, lebih baik daripada pengalaman dunia dan akhirat” . Dan, “Orang yang tidak mengalami zauk (keghairahan) yang daripadanya menerima kenyataan makrifat Ilahi dan yang hak adalah tidak hidup”.

Banyak ayat-ayat dan hadis-hadis serta perkhabaran daripada
wali-wali menceritakan suasana ini. “Dan apakah orang yang Allah
luaskan dadanya kepada Islam, iaitu ia berjalan atas nur dari
Tuhannya (sama dengan yang beku hatinya?). Maka kecelakaan (adalah)
bagi mereka yang beku hatinya dari mengingat Allah. Mereka itu
(adalah) dalam kesesatan yang nyata. Allah telah turunkan sebaik-baik
perkataan, kitab yang sebahagiannya menyerupai sebahagiannya, yang
diulang-ulangkan, yang seram lantarannya kulit-kulit badan orang
yang takut kepada Tuhannya. Kemudian jadi lemas kulit-kulit mereka
dan hati-hati mereka kepada mengingat Allah. Yang demikian itu
pimpiman Tuhan, yang Ia pimpin dengannya siapa yang Ia kehendaki,
dan barangsiapa disesatkan oleh Allah maka tidaklah ada baginya
sebarang pimpinan”. (Surah az-Zummar, ayat 22 & 23).
Junaid al-Baghdadi berkata, “Bila zauk (keghairahan) bertemu dengan
kenyataan Ilahi di dalam diri seseorang, dia itu berada di dalam
keadaan samada kelazatan yang amat sangat atau keharuman yang
mendalam”.
Ada dua jenis zauk: zauk lahiriah dan zauk rohaniah. Zauk lahiriah
adalah hasil daripada ego diri. Ia tidak memberi kepuasan secara
rohaniah. Ia dipengaruhi oleh pancaindera. Sering kali ianya
kepura-puraan, berlaku agar dilihat atau diketahui oleh orang lain.
Zauk jenis ini tidak berharga sedikit pun kerana ianya
disengajakan, dengan kehendak atau niat: orang yang mengalaminya masih
merasakan yang dia boleh berbuat dan memilih (tidak ada fana
padanya). Tidak guna menganggap penting pengalaman yang demikian.
Zauk kerohanian, Bagaimanapun, keseluruhannya berbeza, suasana yang dihasilkan oleh pengaliran tenaga kerohanian yang melimpah ruah.
Zauk kerohanian, Bagaimanapun, keseluruhannya berbeza, suasana yang dihasilkan oleh pengaliran tenaga kerohanian yang melimpah ruah.
Secara biasa, pengaruh luar – seperti puisi yang indah yang dibaca,
atau Quran dibaca dengan suara yang merdu, atau keghairahan yang
dicetuskan oleh upacara zikir sufi – boleh mengakibatkan
peningkatan kerohanian. Ini berlaku kerana pada ketika itu penentangan
lahiriah seseorang dihapuskan, kehendak dan kekuatan akal untuk
memilih diatasi. Bila kekuatan badan dan fikiran sudah dilemahkan
suasana zauk adalah semata-mata bersifat kerohanian.
Meneruskan
perjalanan dengan pengalaman yang demikian sangat besar gunanya
bagi seseorang. “Dan orang yang menjauhi berhala-hala daripada
menyembahnya dan kembali kepada Allah adalah bagi mereka khabar
yang menggirangkan. Oleh itu girangkanlah hamba-hamba-Ku. Yang mendengar
perkataan lalu menurut yang sebaik-baiknya. Merekalah orang-orang
yang dipimpin oleh Allah dan mereka itu ialah orang-orang yang
mempunyai fikiran”. (Surah az-Zumar, ayat 17 & 18).
Nyanyian merdu burung-burung, keluhan pencinta, adalah sebahagian
daripada penyebab luar yang menggerakkan tenaga kerohanian. Dalam
suasana tenaga kerohanian yang demikian syaitan dan ego tidak boleh
campur tangan; iblis bertindak di dalam alam kegelapan
perbuatan-perbuatan yang muncul daripada ego diri dan tidak boleh
berbuat apa-apa di dalam alam kemurahan dan keampunan yang bercahaya.
Dalam alam kemurahan dan keampunan Allah, syaitan menjadi cair
laksana garam di dalam air, sama seperti ia hilang apabila dibaca:
“La haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azim” – Tiada
daya dan upaya melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi, Maha Mulia.
Pengaruh-pengaruh yang merangsangkan zauk kerohanian diterangkan
oleh hadis, “Ayat-ayat Quran, puisi yang berhikmah dan ajaib
mengenai cinta dan bunyi serta suara kerinduan menyalakan wajah
roh”.
Zauk sebenar adalah hubungan cahaya dengan cahaya bila roh insan bertemu dengan cahaya Ilahi. Allah berfirman: “Yang suci untuk yang suci pula”. (Surah an-Nuur, ayat 26).
Zauk sebenar adalah hubungan cahaya dengan cahaya bila roh insan bertemu dengan cahaya Ilahi. Allah berfirman: “Yang suci untuk yang suci pula”. (Surah an-Nuur, ayat 26).
Jika zauk datang dari rangsangan ego dan syaitan tiada cahaya di
sana . Di sana hanya ada kegelapan tanpa cahaya, ragu-ragu,
penafian dan kekeliruan. Kegelapan menjadi bapa kepada kegelapan.
Dalam bahagian roh dan jiwa, ego tidak ada bahagian. Firman Tuhan:
“Yang tidak suci untuk yang tidak suci pula”. (Surah an-Nuur, ayat
26).
Penzahiran suasana zauk ada dua jenis: penzahiran zauk lahiriah
yang bergantung kepada kehendak diri sendiri dan penzahiran zauk
kerohanian yang di luar pilihan dan kehendak seseorang. Dalam kes
pertama yang nyata ialah disengajakan. Jika seseorang menggeletar,
bergoyang dan meraung walaupun bukan di bawah pengaruh kesakitan
atau gangguan dalam tubuh, ia tidak dianggap sah. Apa yang sah ialah
perubahan yang nyata pada keadaan lahiriah yang tidak disengajakan dan
disebabkan oleh keadaan batin seseorang.
Penzahiran yang tidak disengajakan adalah akibat tenaga kerohanian
yang tidak dapat dikawal oleh seseorang. Rohnya yang di dalam zauk
mengatasi pancaindera. Ia adalah umpama keadaan meracau orang yang
demam panas, agak tidak mungkin mencegah orang yang demikian
daripada terketar-ketar, bergoyang dan menjadi kaku di dalam
meracau itu kerana dia tidak ada kuasa terhadap penzahiran yang keluar
atau berlaku kepadanya itu. Begitu juga bila tenaga kerohanian
membesar sehingga mengalahkan kehendak, fikiran dan tubuh badan,
zauk yang lahir daripada yang demikian adalah benar, jujur dan
bersifat kerohanian.
Keadaan zauk kerohanian yang demikian, yang di
masuki oleh para sahabat akrab Allah di dalam melakukan pergerakan
dan pusingan pada upacara mereka, adalah cara untuk menimbulkan
keghairahan dan dorongan pada hati mereka. Ini adalah makanan bagi
mereka yang mengasihi Allah; ia memberikan tenaga di dalam
perjalanan mereka yang sukar dalam mencari yang hak. Nabi s.a.w
bersabda, “Upacara keghairahan yang dilakukan oleh para pencinta
Allah, tarian dan nyanyian mereka, merupakan kewajipan bagi
sebahagian, dan bagi sebahagian yang lain adalah harus sementara
bagi yang lain pula adalah bidaah. Ia adalah kewajipan bagi manusia yang
sempurna, harus bagi kekasih Allah dan bagi yang lalai adalah
bidaah” . Dan, “Adalah sifat yang tidak sihat bagi orang yang tidak
merasa kelazatan berada bersama kekasih Allah: puisi orang arif
yang mereka nyanyikan, musim bunga, warna dan keharuman bunga,
burung dan nyanyiannya”.
Orang yang lalai, yang menganggapkan mencari zauk kerohanian
sebagai bidaah, orang yang tidak sihat sifatnya yang tidak dapat
menikmati kelazatan yang indah, adalah sakit dan tidak ada penawar
untuk penyakit ini. Mereka lebih rendah daripada burung dan haiwan,
lebih rendah daripada keldai, kerana haiwan juga menikmati irama.
Bila Nabi Daud a.s melagukan suaranya burung-burung terbang di
sekelilingnya untuk menikmati kemerduan suaranya. Nabi Daud a.s berkata,
“Orang yang tidak mengalami keghairahan tidak dapat merasai
agamanya”.
Terdapat sepuluh suasana zauk. Sebahagiannya ketara dan
tanda-tandanya kelihatan kepada orang lain, seperti kesedaran
rohani dan berzikir mengingati Allah dan membaca Quran dengan
senyap. Menangis, merasai penyesalan yang mendalam, takutkan azab
Allah, kerinduan dan kesayuan, malu terhadap kelalaian diri; apabila
seseorang menjadi pucat atau mukanya berseri-seri kerana keghairahan
daripada suasana dalaman dan kejadian di sekelilingnya, membara
dengan kerinduan terhadap Allah – semua ini dan semua keganjilan
pada lahiriah dan rohaniah yang dihasilkan oleh perkara-perkara
tersebut adalah tanda-tanda zauk atau keghairahan.
23: PENGASINGAN DIRI DARI DUNIA DENGAN MEMASUKI KHALWAT DAN SULUK
Khalwat dan suluk harus dilihat secara zahir dan batin. Khalwat zahir ialah apabila seseorang mengambil keputusan untuk memisahkan dirinya daripada dunia, memencilkan dirinya di dalam satu ruang yang terpisah daripada orang ramai supaya manusia dan makhluk di dalam dunia selamat daripada kelakuan dan kewujudannya yang tidak diingini. Dia juga berharap agar dengan berbuat demikian sumber kepada kewujudan yang tidak diingini, egonya dan hawa nafsu badannya akan terpisah daripada bekalan hariannya dan terhenti juga segala yang memuaskan dan mengenyangkannya. Seterusnya dia berharap pengasingan itu akan mendidik egonya dan seleranya, memberi peluang kepada perkembangan diri rohaninya.

Bila seseorang memutuskan demikian niatnya mestilah ikhlas. Dalam
satu segi dia seumpama meletakkan dirinya di dalam kubur, dalam
keadaan mati, mengharapkan semata-mata keredaan Allah, berhasrat
dalam hatinya melahirkan yang asli dan beriman, yang boleh lahir
daripada kewujudannya yang hina ini. Nabi s.a.w bersabda, “Yang
beriman adalah yang orang lain selamat daripada tangan dan
lidahnya”.
Dia mengikat lidahnya dari berkata yang sia-sia kerana Nabi s.a.w
bersabda, “Keselamatan manusia datang dari lidah dan kebinasaannya
juga dari lidah” . Dia menutupkan matanya daripada yang diharamkan
agar pandangannya yang khianat dan menipu daya tidak jatuh ke atas
apa yang dimiliki oleh orang lain. Dia menutup telinganya dari
mendengar pembohongan dan kejahatan, dan mengikat kakinya,
membelenggunya dari pergi kepada dosa.
Nabi s.a.w bersabda menceritakan setiap anggota badan boleh
melakukan dosa sendirian, “Mata boleh berzina” . Bila salah satu
daripada pancaindera berdosa satu makhluk hitam yang hodoh
diciptakan daripadanya dan pada hari pembalasan ia menjadi saksi
terhadap dosa yang kamu lakukan. Kemudian ia dicampakkan ke dalam
neraka.
Tuhan memuji orang yang menghindarkan dirinya daripada kesalahan
kerana yang demikian merupakan penyesalan yang sebenar, taubat yang
kuat. “Adapun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya, dan
menegah diri daripada hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurga itu
tempat kembalinya”. (Surah an-Naazi'aat, ayat 40 & 41).
Orang yang takutkan Tuhannya dan bertaubat, mengeluarkan
kewujudannya yang hina daripada yang beriman dan mengeluarkan
keburukannya daripada imannya, ditukarkan di dalam khalwatnya,
sehingga jadilah ia jejaka tampan. Kewujudan yang elok ini menjadi
khadam kepada penghuni syurga.
Mengasingkan diri adalah benteng menghalang musuh bagi dosa diri sendiri dan kesalahan. Di dalamnya, sendirian, seseorang terpelihara di dalam kesucian. Firman Allah: “Barangsiapa percaya akan pertemuan Tuhannya hendaklah ia kerjakan amal salih dan janganlah ia sekutukan seseorang jua dalam ibadat kepada Tuhannya”. (Surah al-Kahfi, ayat 110).

Semua yang diceritakan hingga kini adalah maksud bagi suasana
khalwat zahir. Maksud khalwat batin pula ialah mengeluarkan dari
hati walaupun hanya memikirkan hal keduniaan, kejahatan dan ego,
meninggalkan makan, minum. Harta, keluarga, isteri, anak-anak dan
perhatian serta kasih sayang semuanya.
Anggapan orang lain melihat atau mendengar tentangnya jangan masuk kepada khalwat ini. Nabi s.a.w bersabda, “Kebesaran dan apa yang diburunya adalah bala, dan melarikan diri daripada kebesaran dan mengharapkan pujian orang dan apa yang dibawanya adalah keselamatan.” . Orang yang bercadang memasuki khalwat batin mestilah menutupi hatinya daripada kemegahan, sombong, takabur, marah, dengki, khianat dan yang seumpamanya.

Jika sebarang perasaan
yang demikian masuk kepadanya di dalam khalwatnya hatinya menjadi
terikat. Ia tidak lagi terlepas daripada dunia dan khalwat demikian
tidak berguna. Sekali kekotoran memasuki hati ia kehilangan
kesuciannya dan semua kebaikan terbatal. “Apa yang kamu bawa itu
sihir, sesungguhnya Allah akan membatalkannya (kerana) Allah itu
tidak membaguskan amal orang-orang yang berbuat bencana” . (Surah
Yunus, ayat 81).
Walaupun perbuatan seseorang itu kelihatan bagus pada pandangan
orang lain, bila sifat-sifat buruk memasukinya, orang itu dianggap
berlaku khianat dan menipu dirinya sendiri dan juga orang lain.
Nabi s.a.w bersabda, “Sombong dan takabur mencemarkan iman. Fitnah
dan umpatan lebih buruk dari dosa zina” . Juga, “Sebagaimana api
membakar kayu dendam membakar dan menghapuskan perbuatan baik
seseorang” . Juga, “Fitnah itu tidur, laknati ke atas siapa yang
mengejutkannya” . Juga, “Orang yang bakhil tidak masuk syurga
walaupun dia habiskan umurnya dengan ibadat” . Juga, “Kepura-puraan
adalah bentuk sembunyi mengadakan sekutu bagi Tuhan” . Juga,
“Syurga menolak orang yang menolak orang lain”.
Banyak lagi tanda-tanda sifat buruk yang dikutuk oleh Rasulullah
s.a.w. Apa yang dinyatakan sudah memadai untuk menunjukkan kepada
kita bahawa dunia ini adalah tempat yang memerlukan berterusan di
dalam berhati-hati dan berwaspada, perlu berjalan melaluinya dengan
penuh cermat dan perhatian. Matlamat pertama jalan kerohanian
ialah menyucikan hati dan langkah untuk memperolehinya ialah membenteras
keegoan dan keinginan hawa nafsu. Di dalam khalwat, dengan berdiam
diri, bertafakur dan berzikir terus menerus, ego seseorang
diperbaiki. Kemudian Allah Yang Maha Tinggi menjadikan hati
seseorang itu bercahaya.
Tiada yang dilakukan di dalam khalwat secara perbuatan sendiri. Apa
yang perlu ialah cinta, ikhlas dan keyakinan yang sebenar. Cara
ini bukan cara orang tersebut sendiri. Dia menuruti cara para
sahabat Rasulullah s.a.w, cara orang-orang yang mengikuti mereka
dan cara orang yang mengetahui cara mereka dan mengikutinya.
Bila orang yang yakin berada pada jalan ini menurut jalan taubat,
ilham dan menyucikan hatinya, Allah mencabut dari hatinya dan
dirinya segala yang merosakkan dan yang keji dan melindunginya agar
dia tidak kembali kepadanya. Wajahnya akan menjadi cantik;
perasaannya, samada dipendamkan atau dizahirkan, menjadi tulen. Apa
sahaja yang dia lakukan dilakukannya dengan cara yang terpuji kerana
dia berada di dalam kehadiran Ilahi. “Allah mendengar orang yang
memuji-Nya” . Jadi, Allah menjaganya. Allah menerima doanya,
kerinduannya dan puji-pujiannya dan mengabulkan segala
keinginannya. “Barangsiapa mahukan kemuliaan maka bagi Allah jualah
semua kemuliaan. Kepada-Nya naik perkataan yang baik, amal yang
salih itu Dia angkat” . (Surah Fatir, ayat 10).
Perkataan yang baik menyelamatkan lidah daripada perkataan yang
sia-sia. Lidah adalah alat yang baik untuk memuji Tuhan, mengulangi
nama-nama-Nya yang indah, memperakui keesaan-Nya. Allah memberi
amaran terhadap perkataan yang sia-sia: “Tidak sekali-kali!
Sesungguhnya yang demikian perkataan yang ia ucapkan padahal di
belakang mereka satu dinding hingga hari mereka dibangkitkan (mereka
tidak benar dalam perkataan mereka)”. (Surah Mukminuun, ayat 100).
Allah mengurniakan keampunan-Nya, kasihan belas-Nya kepada orang yang belajar dan mengamalkannya dengan niat yang baik. Dia membawanya hampir dengan membawanya kepada darjat yang lebih tinggi. Dia reda kepadanya, Dia maafkan kesalahannya.

Bila seseorang telah dinaikkan kepada darjat itu hatinya menjadi
seperti laut. Bentuk dan warna laut itu tidak berubah kerana
sedikit Kekejaman dan penganiayaan yang orang ramai Buangkan
kepadanya. Nabi s.a.w bersabda, “Jadilah seperti laut yang tidak
berubah, tetapi di dalamnya tentera gelap (ego) kamu akan lemas” ,
seperti Firaun lemas di dalam Laut Merah. Dalam lautan itu kapal
agama timbul dengan selamat dan sejahtera, ia berlayar di dalam
lautan yang luas itu. Roh orang yang di dalam khalwat terjun ke dasarnya
untuk mendapatkan mutiara kebenaran, membawa ke permukaan mutiara
kebijaksanaan (makrifat) dari batu karang budi pekerti dan
menyebarkannya ke tempat yang jauh. Firman Allah: “ Keluar
daripadanya mutiara dan marjan (batu karang)”. (Surah ar-Rahmaan,
ayat 22).
Untuk memelihara lautan tersebut zahir kamu mestilah sama dengan
batin kamu, diri kamu mestilah sama dengan apa yang kelihatan pada
diri kamu. Suasana zahir dan suasana batin kamu mestilah satu. Bila
ini terjadi, tiada lagi penipuan, hasutan atau kekacauan di dalam
laut hati kamu. Tiada ribut nakal yang boleh memabukkan di dalam
lautan yang tenang itu. Orang yang memperolehi suasana tersebut
berada di dalam keadaan taubat sepenuhnya; ilmunya luas dan bermanfaat,
perbuatannya semuanya adalah khidmat untuk orang lain, hatinya
tidak mengalir kepada kejahatan. Jika dia tersilap atau lupa dia
dimaafkan kerana dia ingat bila dia lupa dan bertaubat bila dia
bersalah. Dia berada dalam kehampiran dengan Allah dan dirinya
sendiri.
24: DOA DAN ZIKIR BERHUBUNG DENGAN JALAN SULUK
Sesiapa yang memilih untuk memisahkan dirinya daripada dunia supaya dia dapat menghampiri Allah hendaklah tahu ibadat-ibadat seperti doa dan zikir yang sesuai untuk tujuan tersebut. Melakukan ibadat tersebut memerlukan suasana yang suci dan sebaik-baiknya berada di dalam keadaan berpuasa. Bilik khalwat biasanya berhampiran dengan masjid kerana syarat bagi salik perlu meninggalkan bilik khalwatnya lima kali sehari bagi mengerjakan sembahyang berjemaah dan pada ketika tersebut hendaklah menjaga dirinya agar tidak menonjol, menyembunyikan diri dan tidak berkata-kata walau sepatah perkataan pun. Sesiapa yang di dalam suluk hendaklah mengambil langkah tegas untuk lebih menghayati dan mematuhi prinsip-prinsip, dasar-dasar dan syarat-syarat sembahyang berjemaah.

Setiap malam, ketika tengah malam, salik mestilah bangun untuk
mengerjakan sembahyang tahajjud, yang bermaksud suasana jaga
sepenuhnya di tengah-tengah tidur. Sembahyang tahajjud membawa symbol
kebangkitan setelah mati. Bila seseorang berjaya bangun untuk
melakukan sembahyang tahajjud dia adalah Pemilik hatinya dan
pemikirannya bersih. Agar suasana jaga ini tidak rosak dia tidak
seharusnya melibatkan diri dengan kegiatan harian seperti makan dan
minum.
Sebaik sahaja bangun dengan menyedari dibangkitkan daripada kelalaian kepada kesedaran, ucapkan: “Alhamduli-Llahi ahyani ba'da ma amatani wa-ilaihin-nusyur- Segala puji bagi Allah yang membangkitkan daku setelah mengambil hidupku. Selepas mati semua akan dibangkitkan dan kembali kepada-Nya”.
Kemudian bacakan sepuluh ayat terakhir surah al-‘Imraan, iaitu ayat 190 – 200. Selepas itu mengambil wuduk dan berdoa:
“Kemenangan untuk Allah! Segala puji untuk-Mu. Tidak ada yang lain daripada-Mu yang layak menerima ibadat. Daku bertaubat dari dosaku. Ampuni dosaku, maafkan kehadiranku, terimalah taubatku. Engkau Maha Pengampun, Engkau suka memaafkan. Wahai Tuhanku! Masukkan daku ke dalam golongan mereka yang menyedari kesalahan mereka dan masukkan daku ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang salih yang memiliki kesabaran, yang bersyukur, yang mengingati Engkau dan yang memuji Engkau malam dan siang”.
Kemudian dongakkan pandangan ke langit dan buat pengakuan:
“Aku naik saksi tiada Tuhan melainkan Allah, Esa, tiada sekutu, dan aku naik saksi Muhamamd adalah hamba Allah dan Rasul-Nya. Daku berlindung dengan keampunan-Mu daripada azab-Mu. Daku berlindung dengan keredaan-Mu daripada murka-Mu. Daku berlindung dengan-Mu daripada-Mu. Aku tidak mampu mengenali-Mu sebagaimana Engkau kenali Diri-Mu. Aku tidak mampu memuji-Mu selayaknya. Daku adalah hamba-Mu, daku adalah anak kepada hamba-Mu. Dahiku yang di atasnya Engkau tuliskan takdir adalah dalam tangan-Mu. Perintah-Mu berlari menerusi daku. Apa yang Engkau tentukan untukku adalah baik bagiku. Daku serahkan kepada-Mu tanganku dan kekuatan yang Engkau letakkan padanya. Daku buka diriku di hadapan-Mu, mendedahkan semua dosaku. Tiada Tuhan kecuali Engkau, dan Engkau Maha Pengampun, aku yang zalim, aku yang berbuat kejahatan, daku menzalimi diriku. Untukku kerana daku adalah hamba-Mu ampunkan dosa-dosaku. Engkau jualah Tuhan, hanya Engkau yang boleh mengampunkan”.

Kemudian menghadap ke arah kiblat dan ucapkan: “Allah Maha Besar! Segala puji untuk-Nya. Aku ingat dan membesarkan-Nya”.
Kemudian ucapkan sepuluh kali: “Segala kemenangan buat Allah”.
Kemudian ucapkan sepuluh kali: “Segala puji dan syukur untuk Allah”.
Kemudian ucapkan sepuluh kali: “Tiada Tuhan melainkan Allah”.
Kemudian ucapkan sepuluh kali: “Segala kemenangan buat Allah”.
Kemudian ucapkan sepuluh kali: “Segala puji dan syukur untuk Allah”.
Kemudian ucapkan sepuluh kali: “Tiada Tuhan melainkan Allah”.
Kemudian lakukan sembahyang sepuluh rakaat, dua rakaat satu salam.
Nabi s.a.w bersabda, “Sembahyang malam dua, dua”. Allah memuji
orang yang bersembahyang malam. “Dan di sebahagian malam hendaklah
engkau sembahyang tahajjud sebagai sembahyang sunat untukmu, supaya
Tuhanmu bangkitkan kamu di satu tempat yang terpuji”. (Surah Bani
Israil, ayat 79).
“Renggang rusuk-rusuk mereka dari tempat tidur, dalam keadaan menyeru Tuhan mereka dengan takut dan penuh harapan, dan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan itu mereka belanjakan”. (Surah as-Sajadah, ayat 16 & 17).

Kemudian pada akhir malam bangun semula untuk mengerjakan
sembahyang witir tiga rakaat, sembahyang yang menutup semua
sembahyang-sembahyang pada hari itu. Pada rakaat ketiga selepas
al-Faatihah bacakan satu surah dari Quran, kemudian angkatkan
tangan seperti pada permulaan sembahyang sambil ucapkan “Allahu
Akbar!” dan bacakan doa qunut. Kemudian selesaikan sembahyang
seperti biasa.
Setelah matahari terbit orang yang di dalam suluk perlu melakukan sembahyang isyraq, sembahyang yang menerangi, dua rakaat. Selepas itu melakukan sembahyang istihadha' dua rakaat, mencari perlindungan dan keselamatan daripada syaitan. Pada rakaat pertama selepas al-Faatihah bacakan surah al-Falaq. Dalam rakaat kedua selepas al-Faatihah bacakan surah an-Nas.

Bagi mempersiapkan diri untuk hari itu lakukan sembahyang sunat
istikharah, sembahyang meminta petunjuk Allah untuk keputusan yang
benar pada hari itu. Pada tiap rakaat selepas al-Faatihah bacakan ayat
al-Kursi. Kemudian tujuh kali surah al-Ikhlas. Kemudian pagi itu
lakukan sembahyang dhuha, sembahyang kesalihan dan kedamaian hati.
Lakukan enam rakaat. Bacakan surah asy-Syams dan surah ad-Dhuha.
Sembahyang dhuha diikuti oleh dua rakaat kaffarat, sembahyang
penebusan terhadap kekotoran yang mengenai seseorang tanpa boleh
dielakkan atau disedari. Tersentuh dengan kekotoran walaupun secara
tidak sengaja masih berdosa, boleh dihukum. Ini boleh berlaku walaupun
di dalam suluk, misalnya melalui keperluan tubuh badan. Nabi s.a.w
bersabda, “Jaga-jaga dari najis – walaupun ketika kamu kencing,
satu titik tidak mengenai kamu – kerana ia adalah keseksaan di
dalam kubur”. Setiap rakaat, selepas membaca al-Faatihah bacakan
surah al-Kausar tujuh kali.
Satu lagi sembahyang – panjang, walaupun empat rakaat – harus
dilakukan dalam satu hari semasa khalwat atau suluk. Ini adalah
sembahyang tasbih – sembahyang penyucian atau pemujaan. Jika seseorang
itu mengikuti mazhab Hanafi dia melakukannya empat rakaat satu
salam. Jika dia berfahaman Syafi'e dilakukannya dua rakaat satu
salam, dua kali. Ini jika dilakukan di siang hari. Jika dilakukan
malam hari Hanafi dan Syafi'e sependapat, dua rakaat satu salam,
dua kali.
Nabi s.a.w memberitahu mengenai sembahyang ini kepada bapa saudara
baginda, Ibnu Abbas, “Wahai bapa saudaraku yang ku kasihi. Ingatlah
aku akan berikan kepada kamu satu pemberian. Perhatikanlah aku
akan Sampaikan kepada kamu satu yang sangat baik. Ingatlah aku akan
berikan kepada kamu kehidupan dan harapan baharu. Ingatlah aku akan
berikan kepada kamu sesuatu yang bernilai sepuluh daripada
perbuatan-perbuatan yang baik.
Jika kamu kerjakan apa yang aku
beritahu dan ajarkan kepada kamu Allah akan ampunkan dosa-dosa kamu
yang lalu dan yang akan datang, yang lama dan yang baharu, yang
kecil dan yang besar. Lakukan secara diketahui atau tidak diketahui,
secara tersembunyi atau terbuka”. “Engkau kerjakan sembahyang empat
rakaat. Pada tiap-tiap rakaat selepas al-Faatihah kamu bacakan satu
surah dari Quran. Ketika kamu berdiri bacakan lima belas kali:
Subhana Llahi il-hamdu li-Llahi la ilaha illa Llahu wa-Llahu akbar,
wa-la hawla wa-la quwwata illa billahil l-‘Ali I-‘Azim. Bila kamu
rukuk, tangan di atas lutut, bacakan sepuluh kali.
Ketika berdiri
ulanginya sepuluh kali lagi. Ketika kamu sujud bacakan sepuluh
kali. Bila kamu bangun dari sujud bacakan sepuluh kali. Ketika duduk
bacakan sepuluh kali. Sujud semula bacakan sepuluh kali. Duduk
semula bacakan sepuluh kali. Kemudian bangun untuk rakaat kedua.
Lakukan serupa untuk rakaat yang lain sehingga empat rakaat”. “Jika
kamu mampu lakukan sembahyang ini setiap hari. Jika tidak lakukan
sekali sebulan. Jika tidak mampu juga lakukan sekali setahun. Jika
masih tidak mampu lakukan sekali seumur hidup”.
Jadi, empat rakaat itu tasbih diucapkan sebanyak tiga ratus kali.
Sebagaimana Nabi s.a.w ajarkan kepada bapa saudara baginda Ibnu
Abbas, dianjurkan juga kepada orang yang bersuluk melakukan sembahyang
tersebut.
Selain daripada tugas tersebut orang yang di dalam suluk juga
dianjurkan membaca Quran sekurang-kurangnya sebanyak 200 ayat
sehari. Dia juga hendaklah mengingati Allah secara terus menerus dan
menurut suasana rohani, samada menyebut nama-nama-Nya yang indah
secara kuat atau senyap di dalam hati. Ingatan di dalam hati secara
senyap hanya bermula bila hati kembali jaga dan hidup. Bahasa
zikir ini adalah perkataan rahsia yang tersembunyi.
Setiap orang mengingati Allah menurut keupayaan masing-masing.
Allah berfirman: “Hendaklah kamu sebut Dia sebagaimana Dia pimpin
kamu”. (Surah al-Baqarah, ayat 198).
Ingatlah kepada-Nya menurut kemampuan kamu. Pada setiap tahap kerohanian ingatan itu berbeza-beza. Ia mempunyai satu nama lagi, ia mempunyai satu sifat lagi, satu cara lagi. Hanya orang yang ditahap itu tahu zikir yang sesuai.
Orang yang di dalam suluk juga dianjurkan membaca surah al-Ikhlas seratus kali sehari. Perlu juga membaca Selawat seratus kali sehari. Dia juga perlu membaca doa ini sebanyak seratus kali:
“Astaghfiru Llah al-‘Azim, la ilaha illa Huwa l-Hayy ul-Qayyum – mimma qaddamtu wa-ma akhkhartu wa-ma ‘alantu wa-ma asrartu wa-ma anta a'lamu bihi minni. Anta l-Muqaddimu wa-antal Muakhkhiru wa-anta ‘ala kulli syai in Qadir”.
Masa yang selebihnya setelah dilakukan ibadat-ibadat yang telah dinyatakan, gunakan untuk membaca Quran dan lain-lain pekerjaan ibadat.
25: MIMPI-MIMPI
Mimpi yang dimimpikan di antara masa seseorang hampir lena hingga dia tidur lena adalah benar dan berfaedah. Mimpi-mimpi ini selalunya merupakan pembawa pembukaan dan perantaraan kepada yang luar biasa. Bukti kebenaran mimpi dinyatakan oleh Allah dengan firman-Nya: “Sesungguhnya Allah akan buktikan mimpi itu benar kepada Rasul-Nya, kamu akan masuk Masjidil Haram jika dikehendaki Allah dengan aman”. (Surah al-Fath, ayat 27).

Dan memang benar Nabi s.a.w memasuki kota Makkah yang masih
dikuasai oleh musuh-0musuh baginda, tahun sesudah baginda bermimpi.
Contoh lain ialah mimpi Nabi Yusuf a.s: “Tatkala Yusuf berkata
kepada bapanya, ‘Wahai bapaku, sesungguhnya aku melihat sebelas
bintang dan matahari serta bulan – aku lihat – bersujud kepadaku”.
(Surah Yusuf, ayat 4).
Nabi s.a.w bersabda, “ Tidak ada nabi yang datang selepas aku tetapi boleh datang pembukaan-pembukaan yang lain. Orang yang beriman akan melihat pembukaan itu dalam mimpi mereka atau pembukaan itu akan ditunjukkan kepada mereka menerusi mimpi”. “Bagi mereka pembukaan tentang khabar baik dalam dunia ini dan di akhirat”. (Surah Yunus, ayat 64).
Mimpi datangnya dari Allah tetapi kadang-kadang ada juga yang datang dari syaitan. Nabi s.a.w bersabda, “Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi sesungguhnya dia benar-benar melihatku kerana syaitan tidak dapat mengambil bentukku” . Syaitan juga tidak dapat mengambil bentuk mereka yang mengikut iman, jalan kebenaran, makrifat, kebenaran dan cahaya Nabi s.a.w. Orang arif mentafsirkan hadis Nabi s.a.w di atas dengan mengatakan syaitan bukan sahaja tidak dapat mengambil bentuk Nabi s.a.w malah syaitan juga tidak dapat berpura-pura mengakui seseorang atau sesuatu yang ada sifat kemurahan dan kebaikan atau kasih sayang dan lemah lembut dan beriman.

Sesungguhnya Nabi-nabi, wali-wali, malaikat, Masjidil
haram, matahari, bulan, awan putih, Quran yang suci, merupakan kewujudan
yang ke dalamnya syaitan tidak boleh masuk juga tidak dapat
mengambil bentuk mereka. Ini kerana syaitan adalah tempat dan
keadaan yang menzahirkan kekerasan, hukuman dan kesengsaraan. Ia
hanya boleh menggambarkan kekeliruan dan keraguan. Bila seseorang
sudah memiliki di dalam dirinya kenyataan nama Allah, ‘Pembimbing
Mutlak Kepada Kebenaran', bagaimana sifat yang membawa kekacauan itu
boleh menyata dalam dirinya? Sifat-sifat yang bertentangan satu
sama lain tidak boleh bertukar tempat, seperti air dengan api.
Kemurkaan tidak dapat mengambil tempat kemurahan, juga tidak boleh
api menyerupai air. Mereka menolak sesama mereka, mereka berjauhan,
mereka kepunyaan ruang yang berlainan. Allah Pisahkan kebenaran
daripada kepalsuan:
“Demikianlah Allah nyatakan kebenaran dan kepalsuan… dengan misalan dan ibarat…”. (Surah ar-Ra'd, ayat 17).
“Demikianlah Allah nyatakan kebenaran dan kepalsuan… dengan misalan dan ibarat…”. (Surah ar-Ra'd, ayat 17).
Tetapi syaitan boleh mengaku menjadi Allah dan menipu manusia,
membawa mereka menjadi sesat. Ini hanya boleh dilakukan dengan izin
Allah. Allah mempunyai banyak sifat-sifat yang kelihatan
bertentangan satu sama lain. Misalnya sifat-Nya Yang Gagah dan
Keras kelihatan berlawanan dengan sifat-Nya Yang Indah dan
Lemah-lembut. Syaitan dilaknati hanya boleh berpura-pura mengambil watak
kemarahan dan keperkasaan kerana ia secara kejadian asalnya adalah
bentuk menyatakan kekerasan Allah.
Allah memiliki kedua-dua sifat,
Pembimbing Mutlak kepada kebenaran dan juga Pembawa kepada
kesesatan. Syaitan tidak boleh menjelma dengan watak sifat yang
mengandungi nilai pembimbingan. Jika syaitan berpura-pura
menjelmakan sebarang sifat Allah, ia lakukannya dengan kehendak dan izin
Allah, bagi membimbing orang yang beriman kepada kebaikan dengan
menentang kejahatan, membawanya kepada kebenaran dengan cara
menentang kepalsuan. Dalam kenyataannya syaitan tidak ada sebarang
kuasa untuk merampas iman daripada seseorang yang beriman; ia hanya
boleh mengambilnya jika orang yang beriman itu sendiri mencampakkan
imannya.
Allah memerintahkan Nabi-Nya supaya: “Katakanlah: ‘Inilah jalanku,
yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia)
kepada Allah dengan basirah (penyaksian yang jelas). Maha Suci
Allah! Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin”. (Surah Yusuf,
ayat 108).
Dalam ayat ini ‘orang yang mengikuti daku' adalah manusia sempurna, guru kerohanian yang sebenar yang akan datang selepas Nabi Muhamamd s.a.w, yang akan mewarisi ilmu batin baginda dan kebijaksanaan baginda dan yang akan berada hampir dengan Allah. Manusia yang demikian digambarkan sebagai ‘pelindung dan pembimbing sebenar'. (Surah al-Kahfi, ayat 17).

Ada dua jenis mimpi; subjektif (memberi pandangan atau perasaan
sendiri) dan objektif (bermatlamat), masing-masing dibahagi kepada
dua jenis. Jenis pertama mimpi subjektif ialah bayangan atau
gambaran suasana kerohanian yang tinggi dan hasil daripada
keharmonian, dan kelihatan dalam gambar seperti matahari, bulan,
bintang, pemandangan padang pasir putih bermandikan cahaya, taman
syurga, mahligai, roh yang cantik dalam bentuk malaikat dan
lain-lain. Ini semua adalah sifat-sifat hati yang murni. Jenis
kedua mimpi subjektif mengandungi gambaran yang berkaitan dengan
suasana seseorang yang bebas daripada keresahan, yang mengenal diri
dan menemui ketenteraman fikirannya.
Gambaran-gambaran ini adalah
kelazatan yang dia akan temui dalam syurga, bau-bauan dan suara di dalam
syurga. Dia akan bermimpikan beberapa jenis haiwan dan burung yang
menyerupai yang paling cantik yang jenisnya ada dalam dunia.
Haiwan yang dilihat di dalam mimpi itu adalah haiwan syurga.
Misalnya, unta adalah haiwan syurga. Kuda dihantar sebagai haiwan
yang membawa tentera suci di dalam peperangan menentang orang-orang
kafir di sekelilingnya dan di dalamnya. Lembu jantan kepada Nabi
Adam a.s bagi menenggala tanah untuk ditanam gandum. Kambing biri-biri
datangnya dari madu syurga, unta diciptakan dari cahaya syurga,
kuda daripada selasih manis di dalam syurga, biri-biri daripada
kunyit syurga.
Baghal menggambarkan suasana terendah seseorang yang menemui hati
dan fikiran yang tenang. Bila dia mimpikan baghal itu tandanya dia
cuai dan malas di dalam melakukan ibadat sebab hawa nafsu badannya
menahan, dan usaha kerohaniannya tidak memberi hasil. Kemudian dia
harus bertaubat dan teruskan melakukan kebajikan supaya dia akan
mendapat hasil.
Keldai diciptakan dari batu syurga dan diberikan untuk berkhidmat
kepada Nabi Adam a.s dan keturunannya. Keldai adalah lambang jasad
dan keperluan kebendaannya, ego dan pentingkan diri sendiri. Jasad
adalah haiwan yang membawa beban, membawa roh. Jika seseorang
menjadi hamba kepada jasad dia adalah umpama orang yang memikul
keldai di atas bahunya, tetapi manusia sebenar menunggangi keldai
jasad kebendaannya. Jadi, keldai melambangkan cara atau alat dia
mengarahkan urusan akhiratnya di dalam dunia ini.
Berkata-kata dengan jejaka tampan dengan wajah yang berseri-seri
adalah tanda kenyataan Ilahi sampai kepada seseorang itu kerana
mereka yang sudah memperolehi makrifat kepada kenyataan Ilahi di
dalam syurga akan muncul di dalam rupa yang cantik. Nabi s.a.w
menggambarkan orang demikian sebagai berkeadaan serba-kena, serba-elok,
lemah lembut dan mempunyai mata kehitaman yang indah. Baginda
bahkan mengatakan, “Aku lihat Tuhanku dalam rupa jejaka tampan”.
Kerana Allah tidak menyerupai sesuatu, hadis ini dimengertikan
sebagai kenyataan sifat-sifat Allah Yang Maha Indah digambarkan di
dalam cermin roh yang suci. Gambaran ini dinamakan bayi bagi hati.
Rupa kebendaan, badan, adalah cermin kepada kebijaksanaan ketuhanan
yang mengajarkan dan membentuk kita. Gambaran ini juga adalah
perhubungan di antara hamba dengan Tuhan. Saidina Ali r.a berkata,
“Jika aku tidak dibentuk oleh Tuhanku aku tidak akan mengenal-Nya”.
Bagi pembentukan kerohanian, seseorang itu memerlukan petunjuk,
bimbingan dan teladan daripada pembimbing yang masih hidup.
Guru-guru yang menjadi pembimbing adalah nab-nabi dan orang-orang
yang hampir dengan Allah yang mewarisi kebijaksanaan nabi-nabi.
Melalui pengajaran mereka hati dan diri seseorang diterangi cahaya,
menerangi perjalanan mereka. Murid menemui roh yang diilhamkan di dalam
dirinya melalui mereka yang menjadi guru kerohanian tersebut. “Dia
jualah yang tinggi darjat-Nya, yang memiliki arasy. Dia kirimkan
roh (dari perintah-Nya) kepada sesiapa yang Dia kehendaki dari
hamba-hamba-Nya buat Dia ancam dengan hari pertemuan”. (Surah
Mukmin, ayat 15).
Untuk keselamatan hati kamu mestilah mendapatkan guru yang mengilhamkan kamu dengan roh itu.
Imam al-Ghazali berkata, “ Tidak menjadi kesalahan bagi seseorang melihat Allah dalam mimpinya sebagai gambaran yang indah. Gambaran itu adalah symbol menurut peringkat kerohanian seseorang. Apa yang dilihat tentu sekali bukan Zat Yang Maha Suci yang tidak serupa dengan sesuatu. Begitu juga Nabi s.a.w tidak dapat dilihat dalam rupa baginda yang asli, kecuali mereka yang menjadi waris kepada hikmah kebijaksanaan baginda, ilmu dan amalan baginda, dan yang mengikuti baginda secara keseluruhan. Yang lain, bila mereka mimpikan Rasulullah s.a.w, mimpikan simbol menurut kemampuan dan suasana mereka, tetapi mereka tidak sebenarnya melihat baginda”.

Kata qil (kata orang bijak pandai), “Dibolehkan melihat Allah di
dalam mimpi sebagai cahaya atau rupa manusia”. Dia menyatakan
Diri-Nya dalam bentuk sifat-sifat-Nya. Kepada Nabi Musa a.s Dia
kelihatan sebagai api pada pokok jujube yang terbakar. Itu adalah
penzahiran tentang Kalam Suci yang Nabi Musa a.s dengan sebagai
Belukar Terbakar, mengatakan, “Wahai Musa, apakah di tangan kamu?'
(Surah Ta Ha, ayat 15).
Apa yang kelihatan kepada Musa a.s sebagai api adalah cahaya Ilahi.
Dia melihatnya sebagai api menurut peringkat dan hasratnya, kerana
dia sedang mencari api. Bagi manusia, peringkat kewujudan terendah
pada dirinya ialah tumbuh-tumbuhan, kemudian haiwan. Apakah yang
ganjil jika manusia yang telah menyucikan dirinya daripada
tahap-tahap rendah itu sehingga menjadi manusia sempurna, melihat
kenyataan Tuhan dizahirkan sebagai Belukar Terbakar.
Bagi manusia
sempurna yang lain Allah menzahirkan Kalam-Nya sebagai perkataan
mereka sendiri, keluar daripada mulut mereka. Bayazid al-Bustami
berkata, “Zatku adalah Yang Maha Mulia. Betapa besarnya kemuliaan
daku” . Kalam Suci keluar daripada mulut Junaid al-Baghdadi, “Tiada
yang lain kecuali Allah di dalam jubahku” . Terdapat rahsia-rahsia
besar di dalam peringkat seperti ini yang dicapai oleh manusia
sempurna. Terlalu sukar untuk menerangkannya dan terlalu panjang
untuk menghuraikannya. Ia hanya berkaitan dengan mereka yang
menghabiskan hayatnya mengejar ilmu batin.
Untuk menjadi penerima penzahiran Ilahi dan untuk berhubung dengan
roh Nabi s.a.w, seseorang mesti diajar dan dididik dan dibawa ke
peringkat kerohanian tersebut. Orang yang baharu memasuki
perjalanan kerohanian tidak boleh berharap dapat berhubung dengan
Allah dan Rasul-Nya. Di antara guru yang suci yang hampir dengan
Allah dan Rasul-Nya ada hubungan yang mengatasi zahiriah.
Jika Nabi
s.a.w masih hidup seseorang boleh mengambil ilmu secara langsung
daripada baginda dan tidak perlulah kepada perantaraan. Tetapi oleh
kerana baginda sudah wafat dan berpindah kepada alam baqa, baginda
berpisah dengan keadaan keduniaan dan kebendaan. Jadi, seseorang
tidak dapat berhubung secara langsung dengan baginda. Hal yang sama
juga terjadi pada guru yang benar. Bila mereka meninggal dunia
orang ramai tidak boleh lagi belajar dengan mereka.
Kamu akan faham jika kamu mempunyai pengertian yang mendalam, jika
kamu mencari bukan untuk menjadi luar biasa. Mencari untuk
memperolehi kefahaman ini dengan renungan mendalam, agar kamu
melepasi kegelapan ego diri kamu dengan cahaya yang dinyalakan.
Kamu perlu cahaya untuk melihat, untuk mengerti. Kamu tidak boleh
melihat di dalam kegelapan. Cahaya itu hanya jatuh pada tempat yang
sesuai, yang teratur dan suci, tempat yang mulia. Orang yang baharu,
dengan dirinya sendiri, tidak dapat meletakkan dirinya dalam
kesesuaian dan sebab itu memerlukan guru.
Guru yang masih hidup mestilah ada hubungan dengan Nabi s.a.w – iaitu jika dia benar-benar pewaris suasana Nabi s.a.w. Dalam perjalanannya dia menerima bimbingan daripada Nabi s.a.w dan diajarkan untuk menjadi hamba Allah yang sabar. Dengan bantuan ini dia menjadi alat bagi penerusan jalan batin. Selebihnya adalah rahsia. Hanya orang yang layak mengalaminya akan mengalaminya.

“Bagi Allah jualah kemuliaan dan bagi Rasul-Nya dan bagi orang mukmin”. (Surah Munafiquun, ayat 8).
Suasana yang mulia ini adalah rahsia.
Latihan kerohanian bukanlah perkara mudah. Roh kebendaan berada di dalam tubuh dan dilatih dengannya. Tempat roh kerohanian di dalam hati. Tempat roh sultan adalah pusat hati. Tempat roh kudus (roh suci) adalah rahsia. Rahsia itu adalah jalan yang menghubungkan yang hak dengan orang yang beriman. Ia adalah juru bahasa, menterjemahkan yang hak kepada si pencari, kerana rahsia itu kepunyaan Allah, adalah hampir dengan-Nya dan amanah-Nya.

Ada juga mimpi akibat kelakuan buruk. Ia menunjukkan sifat-sifat
ego yang menguasai atau kesedaran terhadap kesalahan tetapi dia
tidak mampu menghentikannya.
Malah dalam suasana yang lebih baik bila seseorang diingatkan oleh Allah tentang kesalahan dan dosanya dia mimpikan haiwan liar seperti harimau dan singa, serigala dan beruang, anjing dan babi jantan, dan haiwan-haiwan kecil – musang, arnab, kucing ular, kala jengking dan haiwan yang memakan daging dan juga haiwan berbisa, haiwan yang merosakkan.,

Untuk menyatakan sebahagian kecil kejahatan yang ditunjukkan oleh
gambaran-gambaran itu: Harimau adalah simbol; ujub dan besar diri
serta takabur yang sampai kepada peringkat angkuh dengan Allah:
“Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan tidak mahu terima
dia, maka tidak akan dibuka pintu-pintu langit dan tidak akan
mereka masuk syurga sehingga unta boleh masuk ke lubang jarum”.
(Surah al-A'raaf, ayat 40).
Hukuman yang sama juga bagi mereka yang angkuh dengan sesama manusia.
Serigala adalah simbol kasihkan diri yang melampau dan inginkan
pujian. Beruang melambangkan kemarahan dan keberangan dan kezaliman
ke atas orang yang dia kuasai. Serigala melambangkan kerakusan
tanpa memperdulikan haram dan halal, bersih atau kotor. Anjing
melambangkan kasihkan dunia dan huru harinya. Babi melambangkan
kedinginan, cita-cita tinggi, berendam dan hawa nafsu yang kuat.
Musang menunjukkan penipuan, pembohongan, menipu dalam urusan
dunia. Arnab menunjukkan kelakuan yang sama, kecuali dilakukan
secara tidak sedar dan dalam kelalaian.
Harimau bintang – usaha
yang digunakan tanpa pertimbangan dan menyakitkan hati, juga ingin
menjadi terkenal. Kucing – kebakhilan dan memutar belit. Ular –
berbohong, mengata-ngata, membuat tuduhan palsu dan menyakitkan
orang lain dengan perkataannya. Kala jengking – kritik yang tidak
sihat, mempersendakan orang dan tidak menerima mereka. Tebuan –
bahasa kesat yang menyakitkan hati orang.
Jika seseorang bermimpi berlawan dengan salah satu daripada haiwan
tersebut tetapi tidak dapat mengalahkannya dia perlu memperkuatkan
lagi usaha, ibadat dan ingatan secara sedar, sehingga sekali pukul
binatang itu dapat dihapuskan. Jika bermimpi membunuh binatang itu
bermakna dia telah berhenti melakukan kesalahan dan menyakitkan
hati orang lain. Allah berfirman: “ Dia akan hapuskan daripada
mereka kejahatan dan Dia akan perbaiki keadaan mereka”. (Surah
Muhammad, ayat 2).
Jika dia bermimpi salah satu daripada binatang itu berubah menjadi
manusia itu tandanya suasananya yang salah dahulu telah
diperbetulkannya dan taubatnya diterima, kerana tanda sebenar
taubat diterima ialah ketidak-upayaan melakukan kesalahan yang
sama. “Kecuali orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan
akal salih, maka mereka itu Allah tukarkan kejahatan mereka dengan
kebaikan…” (Surah al-Furqaan, ayat 70).
Bila seseorang diselamatkan daripada kejahatan dan kesalahan dia
mesti menjaganya sungguh-sungguh, jangan berasa sudah selamat,
kerana hawa nafsu dan ego mendapat kembali kekuatannya melalui
ingatan yang sedikit terhadap keingkaran, bangkangan dan kejahatan,
dan membawa seseorang kembali kepada cara lama. Suasana roh yang
sejahtera dengan mudah akan hilang. Tujuan Allah memerintahkan
hamba-hamba-Nya menahan diri daripada yang haram adalah
mengwujudkan amaran yang berterusan untuk menjaga seseorang agar
sentiasa berwaspada.
Ego jahat yang memerintah kadang-kadang kelihatan dalam mimpi
sebagai orang kafir; diri yang mengkritik diri sendiri boleh
kelihatan sebagai orang Yahudi; diri yang berperangsang
kadang-kadang kelihatan sebagai orang Kristian.
26: PENGIKUT-PENGIKUT JALAN KEROHANIAN
Orang-orang yang mengikuti jalan kerohanian terbahagi kepada dua bahagian atau golongan. Golongan pertama ialah yang termasuk ke dalam kumpulan Sunnis; mereka yang mengikuti peraturan Quran dan amalan serta peraturan yang berasal daripada kelakuan dan perbuatan Rasulullah s.a.w. Mereka ikuti peraturan ini dalam perkataan, perbuatan, pemikiran dan perasaan, dan mereka mengikuti maksud batin agama – iaitu mereka mengerti bukan ikut secara taklid buta. Mereka beramal dan hidup menurut peraturan agama, merasainya dan menikmatinya, bukan semata-mata menanggung sesuatu yang dipaksakan ke atas mereka. Inilah jalan kerohanian yang mereka ikut. Inilah persaudaraan hamba-hamba Allah yang berkasih sayang.

Sebahagian
daripada mereka dijanjikan syurga tanpa hisab, yang lain akan
menderita sedikit azab hari kiamat dan kemudian masuk syurga. Namun
ada juga sebahagian yang memasuki neraka beberapa ketika yang singkat
untuk menyucikannya daripada dosa sebelum masuk syurga. Tiada yang
akan kekal di dalam neraka. Yang akan kekal di dalam neraka ialah
orang kafir dan munafik.
Golongan kedua terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang bidaah. Nabi
s.a.w telah memberi peringatan , “ Kamu, seperti Bani Israil
sebelum kamu, seperti umat Isa anak Maryam, akan dibahagikan dan
dipisahkan di antara satu sama lain. Sebagaimana mereka mereka-reka
dan mengubah-ubah, kamu juga akan mengadakan bidaah. Dengan masa
berlalu dalam bidaah, tentangan dan dosa, kamu akan jadi seperti
mereka dan berbuat yang sama. Jika mereka masuk ke dalam lubang
ular yang berbisa kamu juga akan mengikuti mereka. Kamu patut tahu
Bani Israil berpecah kepada tujuh puluh satu kumpulan.
Kesemuanya dalam
kesesatan kecuali satu. Dan orang Nasrani berpecah kepada tujuh
puluh dua kumpulan, dan semuanya sesat kecuali satu. Aku bimbang
umatku akan dipecahkan kepada tujuh puluh tiga kumpulan. Ini
terjadi kerana mereka mengubah yang benar kepada yang salah dan
yang haram kepada yang halal menurut pertimbangan mereka sendiri,
untuk muslihat dan keuntungan mereka, kecuali satu, semua kumpulan itu
akan ke neraka, dan kumpulan yang satu itu akan selamat.” Bila
ditanya siapakah yang satu diselamatkan itu baginda bersabda,
“Mereka yang mengikuti kepercayaan dan perbuatanku serta para
sahabatku”.
Di bawah ini dinyatakan sebahagian daripada jalan bidaah yang
dipegang dan diikuti oleh orang-orang yang mengakui diri mereka
orang kerohanian:
• Hululiyya – percaya kepada penjelmaan dalam bentuk makhluk
atau manusia, mendakwa halal melihat tubuh dan wajah yang cantik,
samada perempuan atau lelaki, siapa sahaja samada isteri-isteri
atau suami-suami, anak-anak perempuan atau saudara-saudara
perempuan orang lain. Mereka juga bercampur dan menari
bersama-sama. Ini jelas bertentangan dengan peraturan Islam dan
menjaga kesucian dan kehormatan di dalam peraturan tersebut.
• Haliyya – mencari kerasukan zauk dengan cara menari, menyanyi,
menjerit dan bertepuk tangan. Mereka mendakwa syeikh mereka berada
dalam suasana yang mengatasi batasan hukum agama. Jelas sekali
mereka terpesung jauh daripada perjalanan Nabi s.a.w yang dalam
tindak tanduk mematuhi hukum agama.
• Awliya'iyya – mendakwa mereka berada dalam kehampiran dengan
Allah dan mengatakan bila hamba hampir dengan Tuhan semua kewajipan
agama terangkat daripada mereka. Seterusnya mereka mendakwa seorang
wali, orang yang hampir dengan Allah, menjadi sahabat akrab-Nya,
mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada nabi. Mereka
mengatakan ilmu sampai kepada Rasulullah s.a.w melalui Jibrail
sementara wali menerima ilmu secara langsung dari Tuhan. Pandangan
salah tentang suasana mereka dan apa yang mereka sifatkan kepada
diri mereka adalah dosa mereka yang paling besar yang membawa mereka
kepada bidaah dan kekufuran.
• Syamuraniyya – percaya dunia ini kekal abadi, dan sesiapa
yang mengucapkan perkataan abadi akan terlepas daripada tuntutan agama,
lagi mereka tidak ada hukum halal dan haram. Mereka menggunakan
alat musik dalam upacara ibadat mereka. Mereka tidak memisahkan
lelaki dengan perempuan. Mereka tidak membezakan dua jantina itu.
Mereka adalah kumpulan kafir yang tidak boleh diperbetulkan lagi.
• Hubiyya – mengatakan bila manusia sampai ke peringkat cinta
mereka bebas daripada semua kewajipan agama. Mereka tidak menutup
kemaluan mereka.
• Huriyya – seperti Haliyya, enggan menjerit, menyanyi, menari
dan bertepuk tangan, mereka menjadi kerasukan dan di dalam suasana
kerasukan itu mereka mendakwa mengadakan hubungan jenis dengan
bidadari; bila keluar dari kerasukan mereka mandi junub. Mereka
dimusnahkan oleh pembohongan mereka sendiri.
• Ibahiyya – enggan mengajak kepada kebaikan dan melarang
kemungkaran. Mereka menghukumkan haram sebagai halal. Mereka memahatkan
pendapat ini kepada kaum perempuan. Bagi mereka semua perempuan
halal bagi semua lelaki.
• Mutakasiliyya – menjadikan prinsip kemalasan dan meminta
sedekah dari rumah ke rumah sebagai cara mendapatkan keperluan harian
mereka. Mereka mendakwa telah meninggalkan segala hal ehwal dunia.
Mereka gagal dan terus gagal di dalam kemalasan mereka.
• Mutajahiliyya – berpura-pura jahil dan dengan sengaja
berpakaian tidak sopan, cuba menunjukkan dan berkelakuan seperti
orang kafir, sedangkan Allah berfirman, “Jangan cenderung kepada
yang berbuat dosa”. (Surah Hud, ayat 113) . Nabi s.a.w bersabda,
“Sesiapa yang cuba berlagak seperti satu kaum dia dianggap salah
seorang dari mereka”.
• Wafiqiyya – mendakwa hanya Allah yang boleh kenal Allah.
Jadi, mereka membuang jalan kebenaran. Kejahilan yang disengajakan
membawa mereka kepada kemusnahan.
• Ilhamiyya – berpegang dan mengharapkan kepada ilham,
meninggalkan ilmu pengetahuan, melarang belajar, dan berkata Quran
adalah hijab bagi mereka, dan fikiran puisi adalah Quran mereka.
Mereka meninggalkan Quran dan sembahyang, sebaliknya mengajarkan
anak-anak mereka puisi.
Pemimpin-pemimpin dan guru-guru dari kumpulan Sunni mengatakan para
sahabat, dengan berkat kehadiran Rasulullah s.a.w di tengah-tengah
mereka, berada dalam suasana zauk dan keghairahan kerohanian yang
sangat tinggi. Pada zaman kemudian peringkat kerohanian yang
demikian tidak tercapai lagi oleh orang ramai dan ia menjadi semakin
hilang. Yang masih tinggal diturunkan kepada pewaris-pewaris
kerohanian pada jalan kebenaran Ilahi, yang kemudiannya terbahagi
kepada banyak cabang-cabang. Ia berpecah kepada terlalu banyak
kumpulan sehingga kebijaksanaan dan tenaganya menjadi sangat
berkurangan dan berselerak.
Dalam banyak kes segala yang tinggal
hanyalah rupa yang dibaluti oleh pakaian guru kerohanian tanpa sebarang
makna, kekuatan dan tenaga di bawah pakaian tersebut. Walaupun
dalam suasana kosong itu ia masih juga berpecah dan berganda,
bertukar menjadi bidaah. Sebahagian menjadi Qalandari – peminta
sedekah yang mengembara. Yang lain menjadi Haydari dan berpura-pura
menjadi wira. Yang lain pula menamakan diri mereka Adhami dan
berpura-pura mengikuti wali Allah Ibrahim Adham yang meninggalkan takhta
kerajaan dunia ini. Masih ramai lagi yang lain.
Dalam zaman kita mereka yang mengikuti jalan kebenaran sesuai
dengan hukum agama menjadi semakin berkurangan. Pengikut-pengikut
yang benar pada jalan ini boleh dikenali melalui dua kenyataan.
Pertama
Kenyataan zahir, yang menunjukkan keadaan kehidupan harian
mereka yang dibentengi oleh hukum dan amalan agama.
Kedua
Kenyataan dalaman, contoh teladan yang si pencari itu ikuti dan lahirkan
dan dengan apa yang dia dibimbingkan. Sesungguhnya tiada yang lain
untuk diikuti melainkan Nabi Muhamamd s.a.w, yang menjadi teladan,
yang pada satu masa dahulu baginda sendiri berada dalam suasana
mencari dan kebenaranlah yang baginda cari. Tanpa ragu-ragu roh
suci baginda sahaja yang menjadi perantaraan.
Itulah undang-undang
yang mesti dipatuhi oleh orang yang beriman bagi penerusan kehidupan
agama dalam kehidupan. Cara lain, wali yang memiliki pesaka kerohanian
Nabi s.a.w boleh memberkati si pencari dengan kewujudan
kebendaannya. Sesungguhnya syaitan tidak boleh mengambil rupa Nabi
s.a.w.
Waspadalah wahai pengembara pada jalan kerohanian, orang buta tidak
boleh memimpin orang buta. Perhatian kamu mesti bersungguh-sungguh
agar kamu dapat membezakan kebaikan yang paling kecil daripada
kejahatan yang paling kecil.
27: PENUTUP
Pengembara di atas jalan kepada kebenaran mestilah mempunyai kebijaksanaan, kefahaman dan pengertian yang mendalam akan fitnah sesuatu. Ini semua merupakan kelayakan awal yang perlu dimilikinya. “Allah ciptakan hamba bijaksana dan berkebolehan yang meninggalkan dunia tempat huru hara mereka ke laut yang hanya ombak menjadi ujian mereka perbuatan baik adalah kapal yang menempuh gelombang”.

Orang memasuki jalan ini kerana ada matlamat yang dia tuju.
Perhatiannya tetap teguh kepada matlamat namun, dia tidak boleh
abaikan pentingnya persiapan untuk pengembaraan ini. Bila dia
mempersiapkan diri dia mesti berjaga-jaga jangan ditipu oleh rupa
yang menawan dan dia mesti tidak membebankan dirinya dengan muatan
atau menjadikan perhentian atau setesen kerohanian sebagai matlamat
terakhir.
Orang yang berada pada jalan kerohanian mengatakan segala perbuatan
kepunyaan Yang Menciptakannya, manusia tidak sepenuhnya
bertanggungjawab; di dalam tangannya perbuatan boleh kelihatan lain
daripada apa yang sebenarnya. Allah berfirman: “Apakah mereka
(berasa) aman (daripada) percubaan Allah? Kerana tidaklah ada yang
berasa aman daripada percubaan Allah melainkan kaum yang muflis”.
(Surah al-A'raaf, ayat 99).
Inilah dasar bagi jalan ini; meninggalkan semua muatan di belakang
dan bergantung kepada Allah semata-mata, tidak dibingungkan oleh
rangsangan pada setesen-setesen di sepanjang perjalanan. Dalam
hadis Qudsi Allah berfirman: “Wahai Muhammad! Sampaikan khabar
gembira kepada pendosa-pendosa yang Aku Maha Pengampun. Tetapi
sampaikan kepada mereka yang benar-benar kepunyaan-Ku dan ikhlas pada
niatnya untuk-Ku bahawa Aku sangat cemburu (terhadap apa yang mereka
inginkan di samping Aku)”.
Kekeramatan yang zahir pada mereka yang hampir dengan Allah dan
Setesen kerohanian yang mereka nyatakan adalah benar. Tetapi
orang-orang yang seperti ini masih tidak terlepas daripada
rangsangan Allah dan ujian-Nya merangsang kepada dosa –
kadang-kadang mereka diberi kejayaan bila mereka mula berbuat dosa, jadi
mereka fikir suasana atau keadaan mereka adalah milik mereka dan
kekeramatan itu juga milik mereka. Hanya nabi-nabi dan mukjizat
mereka yang bebas daripada ujian demikian. Adalah dikatakan
ketakutan kehilangan iman ketika tercabut nyawa dari badan adalah
satu-satunya penjagaan yang akan menjamin iman pada saat akhir.
Hassan al-Basri pernah berkata bahawa kepada orang yang hampir
dengan Allah berjaya melalui ketakutan mereka terhadap Allah. Di
dalam diri mereka takut jauh lebih kuat daripada harap kerana
mereka tahu bahayanya diperbodohkan oleh sifat semula jadi manusia.
Tipu daya ini menarik manusia keluar daripada jalan tanpa mereka
menyedarinya. Dia juga berkata orang yang sihat takutkan penyakit dan
harapannya adalah sedikit, sementara orang yang berpenyakit tidak
lagi takutkan ditimpa penyakit dan harapannya untuk sihat
bertambah.
Nabi s.a.w bersabda, “Jika ditimbang takut dan harap pada orang
beriman kedua-duanya adalah sama” . Dengan rahmat Allah, ketika
saat akhir kita, Allah lebihkan harapan kita daripada ketakutan.
Nabi s.a.w bersabda, “ Semua umatku akan menghembuskan nafas
terakhirnya dengan kepercayaan dan harapan kepada rahmat Allah” ,
kerana Allah menjanjikan, “Keampunan-Ku meliputi segala-galanya” ,
dan, “Rahmat-Ku mendahului murka-Ku”.
Allah Maha Pemurah, Penyayang dan Pengampun, tentu sekali para
hamba boleh bergantung kepada-Nya. Namun pengembara pada jalan
kerohanian mesti takut dan menyelamatkan dirinya daripada kemurkaan
Allah. Untuk itu perlu dia serahkan semua yang dimilikinya –
dirinya sendiri, kewujudannya – letakkan segala-galanya di kaki-Nya
dan berlindung dengan-Nya di dalam-Nya.
Wahai pencari. Duduklah di atas lutut kamu di hadapan Tuhan kamu!
Akui dan bertaubat terhadap kesalahan-kesalahan kamu! Tanggalkan
daripada diri kamu segala kewujudan kebendaan! Akui dan bertaubat
daripada dosa-dosa kamu yang lalu dan nantikan di pintu
keampunan-Nya tanpa membawa apa-apa, dalam keadaan berhajat penuh
kepada-Nya! Jika kamu lakukan ini tentunya kamu akan menerima
rahmat-Nya, berkat-Nya, makrifat-Nya, kasih-Nya dan belas
kasihan-Nya; dan semua dosa-dosa kamu dan kekotoran kamu akan
hancur dan terlucut daripada kamu. Kerana Dia jualah Maha Besar,
Pemurah, Penyayang, Tuhan yang kekal abadi, Maha Berkuasa!
Kami memohon keselamatan dan kesejahteraan ke atas penghulu kami
Nabi Muhamamd s.a.w, keturunan baginda, sahabat-sahabat baginda dan
sekalian pengikut baginda. Segala puji dan syukur kepunyaan Allah;
kami serahkan segala-galanya ke dalam tangan-Nya.
AMIN!
AMIN!
http://tqnmargadana.blogspot.com
0 Komentar